Saturday, December 27, 2008

:: Bukan kedekut, tapi berjimat cermat.. ::


Setelah mengambil kira aspek2 seperti cuti yang agak lama ditambah dengan barang keperluan yang perlu dibeli didarab dengan banyaknya duit dalam bank(haha..banyak la sangat..)serta dibahagi dengan boringnya duduk kat bilik, saya dan dua orang kawan telah berpakat untuk menghabiskan duit, masa dan tenaga di Megamall..sampai kat sana, destinasi pertama yang dituju ialah Popular..barang yang perlu dibeli pulak ialah novel BI..mungkin bagi orang lain, membeli novel BI adalah satu salah satu hobi, but not for me..jangankan membeli, membaca pun susah nak habiskan..bayangkanlah, the last time I read English novel when I was in matric..tu pun dah tak ingat apa tajuk novel dan jalan cerita..too bad..(bak kata Dr Tarique)..so, bila mdm hayati(lecturer tuk sbjek EAP) dah mewajibkan setiap orang untuk beli dan baca at least satu novel BI, peluang ni saya manfaatkan sebaik mungkin..manusia ni memang macam tu..kadang2, kena ada keadaan yang memaksa kita untuk buat sesuatu..contohnya, kalau lecturer bagi assignment, mesti dia akan cakap bila due date..kalau tak ada due date, alamatnya tak buat la assignment tu kan..hmm..ada kaitan eh?ok, kalo tak ada kaitan, just forget it..haha..
ok, berbalik cerita asal..lepas je beli novel yang inshaAllah, saya akan try baca bagi habis, kitorang masuk Parkson..kalau refer pada shopping list yang saya buat, cadar termasuk dalam list tu..lepas tengok cadar Angah yang baru berwarna purple, saya jadi jeles sangat..nak cari jugak cadar warna purple(walhal dah ada 4 cadar-pink,purple,biru n hijau)..nak jugak beli lagi cadar warna purple..mengada sungguh..tengok punya tengok, belek punya belek, dari yang murah ke yang mahal, akhirnya tak beli..reasonnya, semua tak selawa cadar Angah..haha..macam apa je..tapi sebab lain yang tak kurang penting, tak nak membazir..ye la, dah ada 4 cadar, still nak beli lagi..(kamu selamat,wahai duitku..hehe.)
Pastu, masuk Cold Storage..kat sini la yang menguji iman saya..barang2 kat situ boleh dikatakan mahal la jugak..kalau nak banding dengan kat Kedah, memang jauh beza..(waa..rindu nak shopping kat Kedah.).dan hari ni, saya berjaya mengawal nafsu dari membeli Bytes..saya suka sangat makan biskut tu sebab cover Bytes yang berwarna purple ditambah dengan rasanya yang sedap..hehe...tapi hanya sebab harga kat Cold Storage RM1.29(harga standard RM1.20), saya tak jadi beli..walaupun hanya beza 9 sen, tapi still melibatkan duit..hehe..nanti balik rumah baru nak beli n makan puas2..saya tak tau kenapa, tapi saya memang macam tu...rasa macam tak boleh nak beli, kecuali kalau teringin sangat nak makan la..yang saya beli just asam dan choc chip cookies..tu pun sebab agak murah, RM3.75 dan kebetulan saya tak ingat harga cookies tu time kali terakhir saya beli ..so tak terasa ragu-ragu untuk beli..hehe..
dan hasil daripada sifat 'kedekut' (kedekut ni kedekut yang baik ye..) yang dipraktikkan, dengan ini diumumkan bahawa nisah hanya berbelanja sebanyak RM67.25..kalau ditolak dengan novel BI(RM32.90), nisah telah berbelanja kurang dari RM50..waa..tahniah untuk diri sendiri..bukan senang untuk mengawal diri..tambah pulak, kaum wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal..mungkin hari ini saya telah menggunakan 1 akal yang Allah bagi dengan sebaik mungkin..=)
so, berjimat cermatlah sebelum anda terpaksa menjimatkan wang anda..(pesanan ditujukan khas untuk orang tak kaya seperti saya..hehe)

3 komen:

TimMie on December 28, 2008 at 11:01 AM said...

pesanan anda diterima dengan baik skali..
huhu bla jpa nk masuk ni
nk membeli belah choc jugak.. :p

Anonymous said...

ha ha
cadar tu biasa je
tp disebabkan color dia purple
along jadi xtentu arah :p
oh n cold storage tu bukan mahal la jgk...tp memang mahal pun
hihi

KiRaNa on December 30, 2008 at 10:33 PM said...

LIB,
nak choc jugak..
nti bawa la g kls ckit eh..
nak mkn time kls Dr Tarique..(macam berani sgt je..huhu..)

Angah,
tu la pasal..
bole jadi tak tentu arah kalo tgk barang warna purple..
sory kalo along asyik masuk bilik angah..
like I said, sejuk mata bla tgk cadar angah..hehe..
btw, mmg pun kan cold storage tu mahal..
pasni, g ECM la ye..
ada carrefour..mrh ckit..hehe..
lgpun, bole parking kat 'bawah tanah'..haha..