Tuesday, December 23, 2008

:: Putaran kehidupan ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya tergerak hati untuk menulis pasal ni lepas saya memerhatikan sikap dan perangai adik yang 'menyerupai' kakaknya(saya la kakak itu..=p) semasa saya baru melangkah ke alam remaja..to be honest, time tu(form 1-3), saya memang tak faham sangat pasal agama..mungkin juga boleh disebut kurang kesedaran pasal agama..sembahyang pun sebab orang di sekeliling sembahyang..pendek kata, kebanyakan ibadah yang saya buat adalah didorong oleh orang lain yang pastinya bukan lahir dari kesedaran dan tanggungjawab untuk berbuat demikian..namun, hidup ini adalah proses pembelajaran..semakin kita meniti usia(semakin kita tua) kita akan kian menyedari kesilapan yang telah kita buat dan menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan kesilapan tu..ni lah yang dinamakan tarbiyah dan hidayah daripada Allah.. dan saya amat bersyukur kerana Allah menyedarkan saya bahawa setiap apa yang dilakukan mestilah diniatkan hanya kerana Allah..

Berbalik kepada perangai adik yang menyerupai saya yang dulu, dua perangai dia yang membuat saya teringat sikap saya:

1. Cepat naik angin
Time cuti hari tu, adik cari kain baju kurang yang saya rasa dia tersalah letak..cari punya cari, tak jumpa..(walhal dia bukan cari, tapi 'tengok' je dalam almari, pastu kata tak de..)..pastu, dia mengadu kat mak dengan harapan mak akan tolong cari..time tu masing2 cam busy wat benda lain..so sape pun tak de nak tolong dia..apa lagi, dia pun terus masuk bilik and tido..sebijik perangai kakaknya dulu-dulu..tapi saya lagi dahsyat..siap pernah hempap pintu kuat-kuat..teruk giler perangai time tu..
"Ya Allah, banyaknya dosaku pada ibu bapaku..ampuni daku.."

2. Minat artis secara berlebihan
Kat rumah hari tu, saya ada kemas bilik adik n terjumpa buku nota kulit tebal..comel je pembalut buku tu..so saya pun buka..tergelak-gelak bila tengok apa isi buku tu..penuh dengan gambar pelakon2 Korea..ada jugak tajuk drama n filem diorang di bawah gambar tu..terus saya teringat zaman saya dulu..seingat saya, time tu, saya memang minat sangat dengan kumpulan New Boyz, Boboy, Q Face..siap beli album Q Face...pastu, terkantoi dengan abah..abah agak marah la time tu..ye la, habiskan duit untuk benda2 tak berfaedah macam tu..pastu, minat jugak dengan Siti..so gambar2 artis tersebut dilekatkan dalam satu buku nota..bila fikir balik, ntah pape je..

Menyedari akan tanggungjawab saya nak tegur kesalahan adik, satu hari ni saya slow talk dengan dia.."shah, minat artis ni boleh, tapi jangan lebih-lebih..lagipun, depa bukan kenal kita pun..kat akhirat nanti, bukannya depa boleh tolong bagi syafaat kat kita.." Dia macam boleh terima..tapi lepas dua tiga hari, dia beli jugak majalah Klik n Yezz..dalam majalah tu, banyak la info pasal artis korea..saya macam nak marah pada mulanya, tapi menyedari yang marah hanya akan menambahkan masalah yang sedia ada, saya berdiam diri je..cuma muka saya memprotes..ye la, beli dua majalah tu dah habis RM10..tak ke membazir namanya..

Macam tu jugak bila dia tengok citer Korea..rasa bersalah plak sebab macam saya yang men'stimulate' dia untuk tengok citer2 Korea..tapi, bila fikir balik, as long as satu benda tu tak melalaikan kita dari menunaikan tanggungjawab kepada Allah, sesuatu benda itu tak mengundang dosa..cuma, bila saya nampak dia terleka sikit, ingatkan dia.."shah, sembahyang dulu, nanti sambung tengok movie balik.."

So, moral of the story, bila kita yang lebih tua ni memandang orang yang lebih muda, kadangkala ia mengingatkan kita sikap kita dulu..mungkin salah satu cara Allah nak suruh kita muhasabah diri dan betulkan kesilapan orang lain..yang penting, betulkan kesilapan mereka dengan berhikmah..

wallahu a'lam..

p/s: untuk Shah, ketahuilah kak t amat sayangkan Shah sebab u're d only adik yang kak t ada kat dunia ni..(^_^)

2 komen:

TimMie on December 23, 2008 at 12:58 PM said...

baik la kirana ni
tabik!
kte dlu pun suka gak lekat2 gmba ct dlm buku
smpai 3 buku..tebal lak tu
tapi bagusnya xde sorang pun adik yang ikut
tabik ah kt diorang =)

KiRaNa on December 24, 2008 at 3:31 PM said...

3 buku?
waa..dahsyat gak eh..hehe..
bagus la adik k tim..
tabik jugak kat diorang..=)