Sunday, January 4, 2009

:: Doakan mereka ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Di saat kita sedang bergembira dan hidup dalam keamanan, saudara seagama kita di Palestin sedang menderita..mereka dihina dan dilayan bagai sampah di bumi sendiri..serangan Israel telah meragut ratusan nyawa manusia yang tidak berdosa..moga saudara2 kita yang terkorban ditempatkan bersama para syuhada' dan orang2 soleh..

Ya Allah, besarnya ujian yang Engkau berikan kepada mereka..
kuatkan hati dan fizikal mereka untuk menghadapi segalanya..

Sebagai umat Islam, marilah kita sama-sama mendoakan agar mereka di sana tabah dan diberikan kekuatan hati untuk menghadapi ujian dariNya..walaupun kita tidak dapat menyumbang tenaga ataupun harta, yakinlah bahawa setiap doa yang kita titipkan buat mereka mampu menyuntik semangat dan kekuatan kepada mereka untuk terus mempertahankan maruah diri dan negara mereka..

wallahu a'lam..

0 komen: