Thursday, August 27, 2009

:: Bed time story...=) ::


Bismillahirrahmanirrahim....

(actually, tengah dok study Drug Abuse..tapi tangan ni gatai sangat nak menaip..ehehe..makanya, blog saya ni la jadi mangsanya..)

Sebenarnya dah lama nak menulis pasal ni..tapi saya perlukan kekuatan untuk tulis sebab entry kali ni melibatkan mak saya..*kalo bab mak dan abah ni, saya cepat sangat nak menangis..so kena tunggu masa tak sensitif, baru boleh cerita...=)* dan sekarang saya tengah cool..so bolehla nak menaip tanpa perlu menitiskan air mata..

Alhamdulillah sangat2 sebab mak mampu puasa tahun ni..sangat2 happy bila saya call mak dalam pukul 6 ptg(sejak hari first puasa) dan dapat dengar suara mak yang sangat ceria..macam tahun2 lepas, around pukul 6 ptg, memang mak dah tak larat dah..pernah jugak mak pengsan sebab terlalu letih..(dah rasa sedih dah ni..)moga mak mampu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ni... *saya dah siap janji nak bagi duit raya kalau mak puasa penuh..hehe..* mak, bertabahla ye..kuatkan semangat..siti doakan mak sihat selalu...

Oleh sebab nak call mak setiap harilah, saya kurangkan mesej dengan kawan2..huhu..sorry kawan2 ku..kalo ada mesej yang tak berbalas tu, paham2 je la ek..tapi mesej penting saya balas je..sy xde la kejam sangat..hehe..*ni la akibat kedekut nak top up..huhu*

tapi..dalam nak menjimatkan kredit pun, kredit saya dah tinggal 50 sen je kot..huhu..so hari ni just anta mesej kat mak..memberi kata2 semangat..moga mak lebih semangat setelah baca mesej saya..(^_^)

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan nikmat kesihatan yang baik kepada ibuku yang tersayang...

oh ya..abah pun turut serta tolong mak masak sahur..mak citer abah tak bagi mak masak..abah tolong masak nasi goreng..*tapi saya xpernah sempat nak merasa abah masak lagi..xaci sungguh..*

nak katanya, Allah Maha Adil kan..dan janji Allah pasti benar...Allah berjanji bahawa wanita yang baik jodohnya dengan lelaki yang baik.. dan oleh sebab mak baik, dapat la suami yang baik macam abah...(^_^)

ps: agaknya baikkah suami saya nanti?sebab saya ni pun cam xberapa baik...=(

2 komen:

diana on August 27, 2009 at 10:10 PM said...

hehe...kelakarla bila awk kata ada mesej tak berbalas. mak awk nampak macam dah makin sihat, alhamdulillah. semoga semakin sihat lagi, ameen...

KiRaNa on August 30, 2009 at 8:22 AM said...

huhu..time kite nak berjimat la ramai plak yg nak msj..
bila kite byk kredit, xde pulak org nak msj..pelik2..

tu la..mak kite dah mkn sihat..dah bole g kenduri kat rumah jiran...
amin...thanx 4 ur du'a..