Thursday, December 17, 2009

:: Balik kedah lagi..(^_^) ::


Salamun 'alayk....

Agak lama rasanya saya tak update blog.. bukannya xde idea nak tulis apa, tapi tak berkesempatan. Semuanya disebabkan busy dengan final year project(FYP). Itu la akibatnya kalau baru nak start fyp sem ni (sepatutnya dah kena start last sem).. seminggu berkampung kat lab adalah aktiviti yang sangat2 memenatkan. even last weekend pun kena stay kat lab siang malam. dan alhamdulillah, sudah selesai extraction part. hopefully, next week boleh start prepare media, then bole start antimicrobial testing. satu lagi, xleh nak update blog sebab laptop xde depan mata..(sgt2 rindu nak guna laptop sendiri). sepatutnya dah boleh start tulis thesis, tapi sebab xde laptop, xleh nak start lagi..(malas sebenarnya..huhu..). makanya, saya wat draft je dulu dlm buku yang dikhaskan untuk fyp..(at least, ada usaha ke arah nak menulis thesis..ngee..)

Malam ni inshaAllah saya akan pulang ke kedah. tak sabar rasanya nak menatap wajah mak, abah, kakak dan adik. Kebetulan esok(Jumaat) birthday mak. harapnya saya orang pertama yang wish (sebab saya inshaAllah sampai umah time subuh. harap2 kak min n shah xwish dulu..huhu..)dalam kepala ni, tengah fikir mcm2 plan untuk sambut birthday mak. inshaAllah nak beli kek kat secret recipe. pastu nak belanja family makan. mungkin kat RFC. tak pun, makan nasi kandar kat Bedong. sangat2 murah n sedap makanan kat situ.. pape pun, kena undi dulu la. sampai umah pagi jumaat, kena buat urgent meeting dulu..hehe..

Tak sabar jugak nak jumpa kucing2 (moli, mili, miki, mini, mimi). rindu nak tengok kucing2 yang sedang membesar tu bermain. abah dah buat 'rumah' untuk diorang. rumah 3 tingkat. kreatif sungguh abah. oleh sebab dorang dah xbebas macam dulu, bila biarkan dorg keluar dari 'rumah', memang dorang akan bermain non stop. ingat lagi gelagat si mili. antara anak2 moli (mili, miki, mini, mimi), si mili ni yang paling besar. bila adik beradik yang lain panjat pokok, dia pun nak panjat jugak. tapi half way je sebab xlarat nak naik sampai atas pokok. huhu. sangat2 terhibur melihat telatah dorg. selalunya saya akan kuarkan dorg dari 'rumah' around kol 9pg. sambil2 sidai kain, boleh la tengok dan pantau dorang main (dorang suka merayau2..dah la kecik2 lagi, kena jaga betul2..hehe..). punyala seronok bermain, sampai kaki saya pun dorang nak panjat. selalunya yang akan start panjat ialah miki (dia paling manja). bila dia start, yang lain2 pun nak panjat kaki. pelik betul. punya la banyak pokok kat rumah saya, kaki saya yang jadi mangsa..

ok, dah banyak pulak saya bercerita kat sini. di kesempatan ini, nak ucapkan salam maal hijrah 1431H. jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ya (ingatan buat diri jugak. takut jugak kalau xsempat sempat bas pukul 8mlm). moga tahun baru ni memberikan harapan, kejayaan dan permualaan baru buat kita semua. amin.

wassalam..

2 komen:

MNM on December 17, 2009 at 4:20 PM said...

wahh... x sampai 2 weeks dh balik dh ... hehe

me?? new year br balik......

KiRaNa on December 22, 2009 at 11:23 AM said...

hehe..balik sbb nak amik laptop..
tmbah pulak, duit tgh banyak, tu yg balik shopping kat kedah..=p

ok la tu..ingatkan nak balik pas abis sem ni..=p
selamat balik naa..=)