Wednesday, January 27, 2010

:: Sungai Petani atau Butterworth? ::


Salam...

Walaupun sepatutnya saya ada banyak masa untuk update blog, tapi bila nak start menaip, macam takde idea pulak..hehe..bagus jugak bila xde idea ni..sekurang2nya saya boleh memberi tumpuan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat..since blog saya tidak memberi apa2 faedah kepada orang lain, maka kalo tak update pun takpe..ngeh3..Cuma di saat saya rasa nak melepaskan or meluahkan sesuatu, blog ni ada. Nak lepaskan kemarahan or kegeraman kat orang lain, rasa macam tak patut, so lepaskanlah kat blog..(saya xpublishkan pun entry berunsurkan geram dan tak puas hati..just in draft je..demi menjaga hati semua pihak..)

Ok, kan saya ni suka melalut dan selalu terkeluar daripada tajuk. Maka, dalam entry kali ni pun nak melalut jugak..hehe.. nak bagi pendapat dan peringatan untuk diri sendiri dan semua yang membaca. terutama perempuan ok. sebab perempuan mudah terjebak dengan penyakit ni..huhu..tp, err, perkara ni hanya sesuai untuk masa depan kot..ok,nak cakap pasal PENTINGNYA MENJAGA RAHSIA DALAM RUMAHTANGGA. Dalam erti kata lain, apa-apa sahaja masalah yang berlaku dalam rumahtangga, tolong jangan bawa sampai ke pengetahuan umum. Bukan ke kalo kita menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aib kita? tambah pulak dalam kes isteri menjaga aib suami atau sebaliknya. Apapun, kekurangan pasangan kita, kita kena terima. kita pun ada kekurangan jugak. if dia boleh terima kita seadanya, mengapa tidak kita? Dan perlu diingat, dia adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. Pilihan Allah adalah yang terbaik. Kalau kita ingat akan hakikat tu ditambah dengan keyakinan bahawa perkahwinan itu adalah amanah dan ibadah, maka kita akan cuba menerima pasangan kita seadanya.Apa yang baik yang ada pada dirinya, itu adalah nikmat dan anugerah yang harus disyukuri. Yang kurang, mungkin kita boleh melengkapkan kekurangan tersebut (teringat istilah "He/She completes me"). (Hanisah,2010).

Ok, sudah cukup...kalau saya dah nak kahwin nanti, saya nak letak la entry pasal rumahtangga banyak2..haha..(ok sila abaikan ye...ini namanya simptom penat belajar or syndrome nak kawin ..)

Ok, back to the main issue..(issue la sangat..)
Sejak kebelakangan ni, bila nak balik Kedah, saya selalu dalam dilema samaada nak turun kat Butterworth or Sungai Petani. Walaupun jarak dari rumah saya ke Buterworth sama je dengan jarak dari rumah ke Sg Petani, masa dulu-dulu saya tak teringin langsung nak turun kat Butterworth..Huhu..tapi sejak sy baru sedar yang kalo turun kat Butterworth boleh jimatkan harga tiket (RM 3 je pun..kekeke..), maka saya lebih suka kalo turun kat Butterworth...huhu..tambah plak, sekarang ni, terminal bas kat situ sgt2 best (compare dgn sebelumnya)..tapi, kalo nak balik dari kedah ke kuantan, sy tetap prefer naik kat Sg Petani..(xtau la nape..sbb dah biasa kot..)

Oh lupa nak cakap.. saya BALIK esok malam...walaupun banyak lagi benda yang tak settle, saya kena balik jugak.. memang rumah-sakit saya ni sangat kronik dah. huhu. tak boleh bayangkan macam mana  nak exam kalo tengah rumah-sakit. huhu.. maka, jalan terbaik ialah balik.. ^_^

Mak pun mcm sangat happy bila saya cakap nak balik.. Mak dah siap tanya saya teringin nak makan apa..banyak kot yang saya nak makan..hmm, gulai telur dgn ubi, bubur pulut hitam, sambal ikan kayu, laksam, laksa, etc.. yang pastinya, no more IKAN KELI n AYAM..dah xlarat mkn kt uia ni..huhu..macam mana la nak makan semua benda tu dalam masa 3 hari..hoho..

Ok, mintak maaf kalo ada salah silap ye...selamat menempuhi peperiksaan kepada sesiapa yang ada exam pas break nti..doakan saya selamat sampai n selamat kembali ke kuantan...have a nice holiday...

ps: indahnya perasaan ini....mak, abah, nantikan kepulangan anakmu..rindu sgt2...~

2 komen:

Anonymous said...

'yang pastinya, no more IKAN KELI n AYAM..dah xlarat mkn kt uia ni'

hahah!sgt lwk.i mean spe yg thn mkn kt uia ni lg?first and second years je kut mcm kite dlu.dh tue2 ni even bygkn lauk cafe dh loya!

ergghhh..nk cari hotspot len tuk makan ni!sungguh xlarat mkn lauk sme je~

diana on February 1, 2010 at 8:06 PM said...

first nak comment psl pentingnya jaga rahsia dlm rumahtangga. ske istilah he/she completes me. kita terima dia seadanya. setiap org ada kekurangan, so utk isteri2 diluar sana n utk bakal2 isteri (mcm awk n kita hehe), igt pada kelebihan dia. Kalau lihat pd kekurangan, sebab kecik pun nanti boleh jadi perang besar. Thanks for your reminder yang ni "dia adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. Pilihan Allah adalah yang terbaik."

second yang comment lauk ayam+ikan keli. hihi bukan ikan/ayam je, menu hari hari boleh kata sama. Jadi bertahanlah kita sampai hujung tahun ni. ^_^/