Saturday, November 6, 2010

Sandera Cinta



Bismillahirrahmaanirrahim.....

First time jumpa perkataan sandera (orang yang tertawan) dalam majalah Solusi, terus rasa nak share kat blog..hehe... artikel bertajuk "SANDERA CINTA-cinta bukan bererti memiliki" ni tulisan Ust Pahrol Mohamad Juoi dalam ruangan soal cinta...untuk pengetahuan, kalo beli majalah solusi je, ruangan ni yang saya akan buka dulu....saya pun sebenarnya tak berapa nak pasti sebab saya suka sangat ruangan ni, mungkin sekadar nak menambah ilmu sebagai bekalan nak menuju alam rumah tangga nanti...inshaAllah....^_^

Secara umumnya, artikel ni menyentuh tentang konsep perbezaan antara cinta dan memiliki...menurut penulis, cinta dan memiliki tu berbeza. Apabila kita mencintai seseorang, kita akan berfikir tentang dirinya, bukan kepentingan diri kita. Apabila kepentingan diri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, itu bukannya cinta, tapi memperalatkan cinta..Tiba-tiba saya teringat satu berita pembunuhan seorang wanita oleh seorang lelaki gara-gara cinta si lelaki tadi ditolak.. dalam kes tersebut, lelaki tadi bukan menyintai wanita tersebut, tapi menyintai dirinya sendiri...kan?-_-

Banyak lagi nasihat, panduan dan tunjuk ajar yang sangat berguna untuk mennghadapi rumah tangga...antara nasihat yang menarik yang saya nak share kat sini:

1) Apabila usia perkahwinan makin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar- cinta yang melepaskan, bukan mengikat...

2) Ingat jika pasangan kita ada kerenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita saja yang diperkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap kerenah kita juga wajar dipertimbangkan. 

3) Suami adalah cermin isteri dan begitulah sebaliknya. Bagaimana perangai dan akhlak kita, maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita.

4) Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya. Begitulah cinta, kalau tujuannya hanya untuk memiliki. Kalau cinta bukan untuk memiliki, kita akan terus menerus menyintai, tidak kita apa jua keadaan pasangan kita.

5) Untuk bebas daripada memperalatkan dan diperalatkan cinta, jadikanlah CINTA ALLAH sebagai ASAS dan DI ATAS SEGALA cinta.

Sila baca artikel penuh dalam majalah solusi isu 3 untuk maklumat lanjut..heheh..;p

Selamat beramal....

Tuesday, November 2, 2010

:: Rezeki Allah ada di mana-mana ::


Assalamualaikum......

Saya tengah dalam keadaan tak-berapa-hampir-nak-frust...I need to write something dan makanya, blog merupakan medium terbaik saat ni....;p

Nak letak status kat facebook, macam terlalu panjang pulak..lagipun ramai yang akan baca..(perasan betul) since i know tak de la sangat orang baca blog ni, maka selamat kot untuk meluahkan apa yang patut..heee..

Alkisahnya, saya ada memohon kerja untuk jawatan tutor kat Kolej PTPL Sungai Petani.. Kalo ada rezeki, memang best sangat la...dapat dok dekat dengan family...penat dah rasa merantau jauh ni...hehe.. ok back to the story.. lepas je mandi tadi, handphone berbunyi..tengok2 number, dah tau, Kolej PTPL SP punya number...saya terus excited angkat...Cik/Puan-yang-baik-lagi-suara comel cakap kena attend interview hari KHAMIS ni, 4/11....saya terus cakap yang saya still kat UIA, tengah final exam n abis 11/11....akak tu mcm xterkejut kot since saya dah state dalam cover letter saya ni final semester student kat UIA n will be graduating on 12/11..ni the real version of the covel letter (nak juga paste kat sini..hehe...)

I wish to apply for the post of tutor at your esteem organization. I am a final semester student at International Islamic University Malaysia and will be graduating soon on 12 November 2010. After reading the required qualification sent via email by Miss/Madam Noraishah Che Ani from Admin Department, I believe I can meet your organization’s needs since I am a student of Bachelor Biomedical Science with the concentration of Clinical and Pharmaceutical Research.

Pastu Cik/Puan-baik tu cakap dia akan discuss dulu dengan pihak yang berkenaan dan akan maklumkan sekiranya pihak PTPL nak adakan sesi temuduga special(kononnya) untuk saya...moga mereka lembut hati untuk pertimbangkan kesulitan yang saya hadapi..cewah..

Kepada sesiapa yang by any chance baca entry ni, saya minta tolong sangat2, PLEASE PRAY FOR ME.....moga ada peluang untuk attend interview..(walaupun berdebar sangat....) berdebar tak berdebar, interview tuk keja memang kena hadapi...xkan la nak tanam anggur kat rumah...hutang PTPTN sapa nak bayar? -_-

Ok, dah tamat.....

err, tapi kan, apa kaitan tajuk dengan tulisan di atas?

Nak cakapnya, kalo dah rezeki saya, akan dapat jugak attend interview tu...Yakin pada Allah...Dia lah Pemberi rezeki...kalo xde rezeki tu, ada la rezeki kat tempat lain....jangan risau...Rezeki Allah tu ada di mana-mana....cuma tinggal kena doa banyak2 je....solat dhuha tu, jangan tinggalkan ye Siti Hanisah....moga usaha yang xseberapa akan dipandang oleh Allah dan moga Dia akan bukakan pintu rezeki seluas-luasnya buat saya, dia, kamu, mereka dan kita semua...

ps: doakan saya exam 4/11 n 11/11.... moga this is the last final exam as undergrad student...ameen Ya Rabb....

pss: Good luck juga untuk sapa2 yang nak final exam....

Wassalam....

Friday, October 8, 2010

Nak menyanyi.....;p


Rindunya nak menyanyi KAT ADIK...
Lagu yang selalu saya nyanyi kat adik:

1. Damasutra-Asyik
Bila saya start nyanyi kat part ni.. "indah bukan rupa, harum bukan bunga, manis bukan gula, panas bukannya bara...", adik dah buat muka-macam-xmau-dengar....
Melihat kpd muka tu, saya lagi la kuatkan volume suara...terus masuk part ni..."gelap bukan malam, terang bukan siang, satu xterbilang, hanyut xterenang,waktu xterasa...."
Muka dia terus tukar kepada muka seolah2 nak ckp.."apa la kak t ni tgh merepek ni?" hehe
Best oo dapat tgk muka dia yg macam tu.....dan saya akan terus menyanyi walaupun dia buat-buat tak dengar...

Sangat annoying kan dapat kak mcm saya ni?;p

2. Misha Omar-Pulangkan
Saya suka nyanyi lagu ni malam2 sbb sy tau adik penakut sikit..semuanya bermula pada satu hari..tiba2 je dia cakap kat kakak dia yang comel ni..."kak t, cuba tengok belakang..(smbil buat muka konon2 ada 'sesuatu' la kat belakang saya)"
Geram dengan gurauan dia, saya pun bergurau balik..."mai kak nyanyi kat shah.." dia kata, "alah, kalo lagu asyik tu, baik xpayah" saya senyum smbil cakap, "ni special punya lagu...dengar naaa....seharum bunga yang menggoda....sekadar dipandang usah dipuja..(smbil angkat kening n jeling kat dia..hehe..)" terus dia menjerit...."aaa...xmau la...cepat teman adik study"
"Haa tu la...sapa suh takutkan kak..kan dah kena balik..." tergelak2 saya dibuatnya....

adik...adik....kalo dah namanya adik tu, walaupun usia dia dah 17 tahun, tp perangai kebudak-budakan tu still nampak...(kak dia ni pun perangai mcm budak2 lagi...;p)

moral of the story, saya boring sbb xtau nak nyanyi kat sapa...rindu expression muka dia each time sy nyanyi...dah la suara xsedap, nyanyi lagu yang ntah apa2 plak tu..hehe...

i miss u my dear sister.....

Saturday, August 28, 2010

Apa khabar iman kita ye?


Bismillahirrahmanirrahim.....

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah masuk 18 Ramadhan...kejap je masa kan...moga2 kita dapat manfaatnya sepenuhnya 12 hari yang berbaki ni...moga2 tahun ni, kita dapat bertemu dengan Lailatul Qadr..inshaAllah....risau jugak ni..sy balik kedah 1/9 malam = 23 Ramadhan...apa yang mampu buat, zikir dan selawat je la kot...huhu..sedihnya...=(

Balik rumah nanti, mesti saya sangat busy kemas rumah..tambah pulak, rumah baru je siap renovate...lagi la banyak benda nak kena kemas...tapi tak pe, hero kat rumah ada (of course my abah..ngeh3)..selalu nya, abah tak bagi tolong buat kerja sangat..dulu time nak mengecat rumah pun, abah yang buat sorang2..byk kali sy offer diri nak tolong, tapi abah xbagi..boleh tengok je..huhu...kalo nak tolong alihkan perabot pun, macam tu jugak..seboleh2nya abah nak buat sorang2..(padahal sy ni besar dan boleh dikatakan kuat jugak..kekeke) tapi itulah abah...semua benda abah nak buat..tmbah bila dah pencen ni, lagi la banyak benda abah buat..basuh baju pun abah dah ambil alih...cuma masak je abah belum..hoho..(out of topic lagi...huhu..)

Di kesempatan ni, saya nak ucap selamat mempersiapkan diri menghadapi 10 malam terakhir..moga Allah kurniakan kekuatan dan semangat utk kita lipatgandakan amalan....rebutlah peluang keemasan ni, kerana Ramadhan tahun ni mungkin yang terakhir buat kita....


"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan. Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)"
(al-qadr:1-5)

Allaahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah..
wa na'uuzubika min sakhatika wan-nar...

-Selamat beramal kawan-kawan-

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Kareem.....



Walaupun agak terlambat, tapi nak ucap jugak salam Ramadhan al-Mubarak buat semua....moga bonus pahala yang Allah offer dalam karnival Ramadhan ni dapat sama2 kita rebut...moga keluarnya kita dari bulan Ramadhan nanti dalam keadaan hamba Allah yang diampuni dosa2 olehNya...amin....

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Rombongan pertama yang masuk syurga, rupa mereka seperti bulan purnama. Mereka tidak meludah, membuang hingus ataupun buang air di dalam syurga. Pinggan-pinggan mereka daripada emas. Sikat rambut mereka daripada emas dan perak. Setanggi mereka daripada gaharu yang wangi. Peluh mereka berbau kasturi. Bagi mereka dua isteri. Seolah-olah terlihat urat betisnya di sebalik daging kerana keindahannya. Tidak ada perselisihan di antara mereka mahupun perkelahian. Hati-hati mereka seolah-olah satu hati. Mereka bertasbih memuji Allah setiap pagi dan petang,"
(Riwayat Bukhari dan Muslim)


Allahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah....

Selamat berpuasa...moga setiap ibadah kita diterima....amin....

Sunday, August 8, 2010

......



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..…

Buat adik-adik yang akak sayangi kerana Allah..Sihat tak? Iman cane? Makin bertambah ke berkurang? Moga-moga makin bertambah ek..insyaAllah.. Akak harap surat akak ni tak mengganggu adik nak study..xpe, jgn risau..insyaAllah tak panjang kot surat ni..just nak rapatkan ukhwah di antara kita melalui surat ni..lagipun kita kan jumpa sekali je dalam 2 minggu. So, kalau rindu kat akak, bacala surat ni tau..=) First sekali, akak minta maaf bebanyak sebab tak tulis sendiri surat ni..adik-adik kan ramai,so akak tak termampu nak tulis dgn tangan..hehe..sebenarnya, malas..=)

Macam mana ngan study? Ok tak? Ape pun kesusahan yang adik hadapi time belajar, anggap je suma tu dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu.. biar kita bersusah payah dulu untuk berjaya pd masa hadapan.. yg paling penting, niat kita belajar biarla kerana Allah..kerana Allah yang mewajibkan setiap hambanya spya menuntut ilmu..moga-moga apabila niat kita betul, Allah akan permudahkan kita untuk faham dan amalkan ilmuNya, insyaAllah..

Adik yang akak kasihi..
Akak bersyukur sangat2 kerana Allah menemukan kita. Seronok sangat dapat berkongsi ilmu dan berbual-bual dengan adik.. Terubat sikit rindu kat adik akak..yang beznya, akak dapat 10 orang adik sekali gus..hehe.. Cuma apa yang akak harapkan, adik pun gembira mengenali akak dan dapat menerima akak dalam hidup adik.. bila adik gembira, barulah terasa kemesraan antara kita..betul tak? (ceewaah..dramatiknya ayat =)

Minta maaf la kalau sepanjang usrah, akak lebih banyak cerita pasal diri akak kat adik..bukannya apa, akak nak adik sedar yang pada usia adik sekarang, terlalu banyak cabaran dan rintangan yang akan adik hadapi..alhamdulillah, akak dah melepasi tahap tu dan Allah permudahkan perjalanan hidup akak sepanjang tempoh tu..bila Allah tengok akak makin leka dengan kehidupan dunia, Dia masukkan akak ke sekolah agama.. banyak benda yang akak belajar kat sana.. Bila Allah lihat akak mula berminat nak bercouple, Dia selamatkan akak dengan jauhkan akak daripada terlibat dengan perkara 2..Alhamdulillah, sehingga kini akak dipelihara daripada cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata..Adik tau tak apa yg dikatakan cinta kerana hawa nafsu? Kalau nak tau, tunggu tahun depan ek..hehe..laa..nangis ke? janganla nangis..ok2, agak gtau ..-) Cinta hawa nafsu ialah apabila kita cintakan seseorang, tapi kita langgar hukum dan perintah Allah..Allah kata jangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tapi betapa ramai yang buat macam 2.. Sebab tu, bila kita buat benda-benda yang Allah larang before kita mendirikan rumah tangga, rumah tangga yang dibina tidak mendapat keberkatan dan redha Allah.. sebab tu la sekarang ni, banyak sangat kes penceraian yang berlaku..

Adikku sayang..
Apa yang akak nak sampaikan kat sini, apa yang akan berlaku pada masa hadapan bermula dengan apa yang adik buat sekarang.. so, pesan akak, jagalah maruah dan harga diri.. kalau betul adik sayang pada diri sendiri dan nak perkara yang terbaik pada masa hadapan, mulakanlah dengan mengikut apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang Allah larang dari sekarang. Ingat, Allah tak kan menzalimi hamba-hambaNya.. Kalau kita ikut panduan yang Allah tetapkan, InsyaAllah hidup kita akn sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah..Maybe adik fikir akak terlalu ‘memandang ke hadapan’, tapi percayalah dik, akak dah pernah melalui zaman adik, dan akak cukup faham masalah ‘ingin disayangi dan menyayangi’ ni.. sebagai ‘kakak’, akak nak adik tau akak sayang adik sebagai seorang kakak, sahabat dan saudara seIslam..

K la, banyak la plak yang akak tulis..opps, silap..bukan tulis, tapi taip..Akak harap adik dapat renungkan dan fikir-fikirkan apa yang akak cuba sampaikan kat sini..kalau ada pape masalah, akak bersedia untuk jadi pendengar yang setia dan akak akan try bagi prndapat..so, jangan malu2 nak cerita kat akak kalau ada pape masalah tau…

Akhir kalam, akak nak pesan: laksanakan tanggungjwab sebagai hamba Allah dengan baik, study rajin-rajin, hormat pada ibu bapa n lastly, ingat akak sokmo..=)

Sekian wassalam…

ps: jumpa surat ni masa tgh "mengemas" folder dlm laptop...identiti penulis adalah dirahsiakan...apa yg pasti, penulis ialah perempuan...;p

Tuesday, June 29, 2010

Apa khabar kawan2? -_-



Santha and me

Acah2 je tarik rambut Maha ni...:D


Last mkn kat cafe wif Maha

Depa ni (Izzat n Tan) dah boring sangat agaknya..hoho..

Yakinlah dengan sepenuh hati....



Bismillahirrahmanirrahim.....

Satu masalah saya, saya tak tahu bagaimana nak mula menaip..tapi bila dah mula, laju je tangan ni menaip..sama la jugak kalo nak buat kerja rumah...pagi-pagi tu (syaitan sgt suka menghasut time ni) rasa macam malas nak start mengemas rumah (basuh baju, sapu sampah, kemas bilik etc), tapi bila dah start kemas, tangan tu macam tak nak berhenti..tapi ni kalau sifat rajin datang la..kalo malas tu, tak leh nak kata apa la..(adoi..macam mana nak uruskan keluarga bila dah kawin nanti?sila la berubah wahai nisah..-_-)

Ok saya dah mengarut..aduhai...;p

Berbalik kepada tajuk, kali ni saje je la nak cakap tentang satu perkara yang saya rasa nak cakap..ngeh3...
Soal atau tentang JODOH (saja nak bold kan..hoho..)..saya pernah tanya pada seseorang..."takkan xpernah rasa nak tahu siapa pasangan hidup awk nti?" Jawapan dia.."tak pernah plak.." Bagi diri saya sendiri, saya selalu tertanya-tanya, siapa gerangan insan itu...Insan itu sangat istimewa..kerana dia bakal nakhoda dalam kapal yang akan kami sama-sama bina nanti...kerana dia bakal imam di dalam masjid yang bakal kami imarahkan dengan syariatNya...inshaAllah..kerana dia adalah insan yang akan saya taati melebihi taatnya saya pada kedua ibu bapa...istimewa kan seorang suami? (adoi, ayat apakah?-_-)


Saya terfikir untuk menyentuh soal ni sebab pernah satu hari, ada la seorang saudara (xingat dah sapa) cakap..."zaman la ni, perempuan kena dah start cari calon suami time belajaq..bkn apa, la ni perempuan lebih ramai dari lelaki..." Masa tu, saya macam terpedaya juga...sedikit sebanyak, timbul juga rasa resah gelisah..risau sebenarnya..namun, keyakinan padaNya mengatasi rasa itu...bukankah Allah telah berjanji;

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Sesungguhnya Allah Maha Adil...andai kita berusaha untuk jadi hambaNya yang baik, inshaAllah pasangan kita pun adalah dari kalangan hambaNya yang baik....andai sebaliknya, yakinlah bahawa itu adalah ujian dariNya..ujian yang hanya Dia yang mengetahui hikmahnya...

Jodoh adalah rahsia Allah..bila tiba saat dan ketikanya, Dia akan pertemukan...bagi pendapat saya, sebenarnya, kita tak perlu nak cari dan mencari kerana pertemuan itu akan berlaku dengan izinNya..jika jodoh boleh dipercepatkan dengan mencari calon, maka kenapa ramai yang tidak mencari tapi cepat jodohnya? Yakinlah dengan Dia...(pesanan untuk diri sendiri sebenarnya...)

k akan bersambung...inshaAllah...

sebelum tu, jom baca doa ni....

"Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa qurratu a'yun waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa....Istajib du'aa ana ya Rabbi...."

amin....

with love,
kirana...




Thursday, June 24, 2010

Berubah


Assalamualaikum.....

Alhamdulillah...syukur sangat2 atas segala nikmat yang Allah pinjamkan...sesungguhnya apa yang ada di tangan kita semuanya milik Allah..kita hanya dipilih oleh Allah untuk meminjam sebentar..dan hanya Dia berhak untuk mengambil kembali pada bila-bila masa...

Alhamdulillah...Allah masih lagi memberi kesempatan untuk saya hidup...hidup untuk mengabdikan diri kepadaNya..hidup untuk kembali menyusun kehidupan yang sering tersasar dari tujuan sebenar kita dihidupkan..

Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku
(Adz Dzariyat : 56)

Juga hidup untuk memperbaiki diri agar menjadi insan yang dipandang oleh Allah dengan pandangan kasih sayangNya...inshaAllah...bukan dengan pandangan kemurkaanNya..na'uzubillah....

Beberapa hari lepas, saya berpeluang ke kedai buku..dan alhamdulillah, saya membeli buku dengan agak banyak...yang bestnya, dapat beli buku ni..


Untuk mencintai Nabi kita, saya perlu kenal sejarah dan perjalanan hidup Baginda SAW..mungkin ilmu yang ada tentang Nabi terlalu sedikit jika dibandingkan dengan ilmu tentang orang lain..moga dengan menyelusuri perjalanan hidup Baginda, rasa cinta kepada Baginda semakin menebal dalam diri..moga rasa cinta itu mekar menjadi rasa cinta secinta nya....amin....

Teringat pertanyaan adik bila saya menunjukkan buku ini..
Adik tanya.."awat kak t beli buku ni? beli la buku Alexander adalah Zulkarnain?"
Saya tersenyum sambil menjawab.."sebab kak rasa kak tak cukup kenal Nabi kita..nak kenal Nabi kita betul-betul, baru kita boleh cintakan Nabi..."
Adik seperti biasa, menjawab..."ooo.."

Maka, untuk cintai seseorang, kita perlu kenali dia dengan mendalam...walaupun saya sendiri merasakan agak terlambat untuk mula membaca biografi Baginda, mudah-mudahan usaha ini tidak terlambat pada pandangan Allah..moga Allah mudahkan usaha ke arah nak abiskan pembacaan....

Mari sama2 tambahkan ilmu..moga jadi bekalan untuk menghadap Allah dan RasulNya nanti....inshaAllah....






Monday, June 21, 2010

Happy Father's Day..





ABAH,
SELAMAT HARI BAPA...



Terima kasih untuk segala-galanya...


You are the BEST FATHER in this world..





and



I always pray to ALLAH that we will be together in HIS Jannah...amin...



I'll try my best to be a great daughter...
Because I am a daughter of a GREAT DAD...
inshaALLAH....




abah wif hadiah... :D




hadiah 'kecil', tp mengandungi kasih syg yg tiada ternilai dari kami (mak, kak, sy n adik)..^_^




with too much LOVE,
Siti aka mejar