Bismillahirrahmanirrahim..
Walaupun hari nih dah masuk 10 Syawal, tapi saya still nak berkongsi pengalaman raya tahun ni.. Raya tahun ni merupakan raya yang seingat saya paling meriah dan yang penting, paling mengerah tenaga dan keringat..huhu..
Disebabkan nenek tinggal bersama kami sekeluarga, dan rumah kami terletak kat kampung, dengan rasminya rumah saya menjadi tempat saudara mara berkumpul pada hari raya..
Seusai solat raya kat surau kampung, saya dan kakak bermaafan dengan mak cik-mak cik dan tok-tok kat surau..ada yang bertanya kami berdua ni anak siapa..mungkin jarang melihat muka kami kat kampung..(sedih gler bila orang tak kenal..huhu..)
Pas tu, kami berjalan kaki balik ke rumah.dekat je pun..tengah jalan, nampak sekumpulan kanak-kanak ribena yang sangat comel..si kanak2 lelaki lengkap dengan baju melayu dan sampin manakala budak perempuan pulak pakai baju kurung, dengan beg tangan kecil(untuk isi duit raya la kan..) dan siap make up..comel sesangat..macam nak cubit je pipi budak-budak tu..tapi mengingatkan pagi tu pagi raya, niat tu dibatalkan..hehe.kang tak pasal-pasal nangis pulak..
Sesampai kat rumah, saya dan kakak bermaafan dengan mak, abah, dan tok.. yang peliknya, tahun ni tak de sesi tangis-menangis..tak tau la kenapa..tahun lepas, sampai bengkak mata menangis, tahun ni siap menghadiahkan senyuman time salam dengan mak dan abah..(confuse2..)..pas tu, abah bagi duit raya..hehe..time ni la yang seronok..sapa yang tak suka bila orang kasi duit kan..hehe.
Around pukul 10, kanak-kanak ribena mula bertandang..semua cumil-cumil..lepas satu kumpulan, datang pulak satu kumpulan lagi..memang ramai..ok, hipotesis yang boleh dibuat time tu, populasi kanak-kanak yang datang beraya tahun ni lebih ramai berbanding tahun sebelumnya..(",) Saya bersyukur dalam hati..sekurang-kurangnya, budaya tersebut masih lagi ada dan diamalkan..bagi saya, tak meriah hari raya tanpa kunjungan kanak-kanak tersebut..walaupun sekadar datang untuk menambah jumlah duit raya, melihat telatah dan ragam mereka membuatkan saya tersenyum..ada yang datang, berebut-rebut nak duit raya..ada pulak, pukul 2 petang baru datang sampai kat rumah saya..muka budak tu berpeluh-peluh..mungkin jauh sangat berjalan untuk mengumpul duit raya..hmm..macam-macam telatah diorang..
Rumah saya mula dikunjungi jiran dan sanak saudara sekitar jam 10.30pagi..time ni la keringat dan tenaga diperlukan semaksimumnya..mungkin disebabkan agak ramai yang bertandang ke rumah pada satu masa, menyebabkan saya dan kakak terpaksa melayan tetamu yang ramai pada satu masa..menu raya tahun ni, mee kuah yang mak buat habis dihidangkan petang tu..selalunya, kalau raya sebelum ni, tak pernah pulak tak cukup or habis awal..so, sanak saudara yang datang lepas Asar dan malam terpaksa makan lemang je..kesian la plak..untuk memasak, mak memang dah tak larat..kalau saya dan kakak nak masak, alamatnya tak jadi kot mee kuah..hehe..
Dalam kemeriahan menyambut hari raya, sedih saya melihat tok yang terpaksa beraya dengan muka yang bengkak(sebab allergic).. ubat dah diambil, tapi bengkak kat muka tok masih lagi tak surut..petang hari raya kedua, kami sepaakt membawa tok ke satu klinik swasta ni..tok kena tahan kat wad and doktor masukkan air n suntik anti-histamine untuk kurangkan allergic..saya dan kakak tunggu tok kat wad sampai malam..walaupun bengkak kat muka tok ambil masa beberapa hari untuk sembuh, alhamdulillah kesihatan tok dah semakin pulih..(",)
Hari raya ketiga, Allah menguji kami sekeluarga dengan symptom keracunan makanan..satu family diserang diarrhoea(atau orang Melayu menyebut cirit-birit) dan muntah-muntah..Mengikut teori yang saya buat, keracunan makanan tersebut adalah disebabkan fishball yang abah beli kat pasar malam..so pengajarannya, jangan membeli lagi fishball kat pasar malam..hehe..
Moral of the story, dalam kita bersuka ria dan bergelak tawa, kadangkala kita mudah terlupa bahawa semua itu adalah anugerah dari Allah.. Oleh sebab Allah sangat sayangkan hamba-hambaNya, kesusahan dan kesedihan datang menguji sebagai salah satu peringatan Allah kepada kita atau mungkin juga salah satu cara untuk kita kembali ingat kepadaNya..dan jika kita redha dan sabar menerima semua kesusahan, kesusahan tersebut bakal menjadi penghapus dosa dan kelalaian kita..
Akhirul kalam, salam aidilfitri buat semua..maaf dipinta atas segala kekhilafan dan ketelanjuran kata..moga Ramadhan yang berlalu meninggalkan seribu satu keinsafan buat kita..dan mudah-mudahan, Syawal membawa lembaran baru buat kita supaya menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa..inshaAllah..
Wslm..