Wednesday, December 31, 2008

:: Tahniah, adikku sayang ::


Result PMR dah kuar!

dan..

adikku yang tersayang mendapat ____________
(result dirahsiakan atas sebab2 teknikal..haha..)

walaupun xdapat semua A, but i'm very proud of u, my dear..
i'd seen that u'd work very hard..
so redha dgn apa yang Allah anugerahkan..(^_^)
semuanya ada hikmah yang inshaAllah shah akan nampak dan sedar nanti..
yang penting, usaha untuk SPM pulak ye..
jangan ambil hati dengan leteran abah ye dik..
jadikan semua tu sebagai satu inspirasi..
chayok2!!

pape pun..

TAHNIAH!!

CONGRATZ!!

MABRUK!!

dan pape perkataan yang membawa maksud tahniah..hehe..

p/s: shah, duit kak t terselamat..hehe..tak dapat ___, so tak denya nak dapat handphone baru..hehe..btw, amat100000000x jeles bila mak citer yang abah bawak shah p makan nasi ayam..kak dulu tak de nya nak bawak makan2 ni..tu yang seronok jadi anak bongsu kan?
uwaa..nak balik!!

Tuesday, December 30, 2008

:: Alhamdulillah ::


Pukul 9 pg tadi, saya call Hospital Sultan Abdul Halim kat Sungai Petani untuk tanya sama ada permohonan saya untuk jalani latihan industri atau orang putih cakap industrial training diluluskan atau tidak..mula2, ingat nak serahkan saja semua urusan kat Bro Fuad..tapi bila seorang kawan saya dah call kat tempat praktikal yang dia mintak, n permohonan dia ditolak, saya jadi cuak..ye la, kalau tak dapat kat Sungai Petani, saya kena mintak kat tempat lain..itu bermaksud saya kena berjauhan dengan family..waa..tak nak!! nak duk umah!!

So dengan penuh rasa berdebar, saya call hospital tersebut..

"Assalamualaikum.." saya memulakan bicara..

"Waalaikumussalam.."

"Ni hospital Sultan Abdul Halim ke?" kot2 la saya tersilap call ke..hehe..

"Ya.."

"Hmm..saya pelajar dari UIA..saya nak tanya pasal permohonan saya untuk praktikal..pihak UIA dah hantar surat dekat sebulan dah.."

"Sat naa dik.."

Kakak yang baik+berbudi bahasa(^_^) tu menyambungkan talian kepada kakak kedua..kakak kedua menyambungkan talian kepada kakak ketiga..kakak ketiga pulak menyambungkan talian kepada kakak keempat..kakak keempat ni la yang bertanggungjawab untuk uruskan permohonan praktikal..huhu..banyak sungguh kakak yang terlibat..hehe..
(semua kakak2 di atas amat baik dan berbudi bahasa..(^_^) )

Lepas gtau nama, kakak keempat tu tolong checkkan..

"Siti Hanisah Md Puzi, kan?

"Aah.." saya menanti dengan penuh debaran..huhu..

"Lembaga Pengarah bahagian Pathology dah buat mensyuarat dan depa dah luluskan permohonan adik..nanti adik check dengan office latihan industri naa..surat dah dihantar.."

"oo..yaka?terima kasih naa..assalamualaikum.."

-talian dimatikan-

alhamdulillah!!! seronoknya..hanya Allah yang tahu perasaan saat itu..
terus call mak n gtau berita gembira lagi menyeronokkan itu..(^_^)

so balik rumah ni kena berlatih bawa kereta..
huhu..
nasib baik jalan ke hospital tak masuk pusat bandar..
kalau tak, mesti saya menangis tak berlagu..haha..


Sunday, December 28, 2008

:: Mari berdoa ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Sedar tak sedar, tahun 1429H hampir melabuhkan tirainya..dan apabila azan Maghrib berkumandang pada hari ini, maka tahun 1430H bermula..secara jujurnya, saya lupa esok adalah 1 Muharam 1430H sehinggalah saya menerima sms ucapan selaamt tahun baru daripada seorang kawan..teruk sangat2..namun, saya masih lagi bersyukur sebab Allah masih nak mengingatkan saya..dan kepada yang mungkin terlupa seperti saya, entri ni ditulis untuk mengingatkan anda..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali tiba tahun baru hijrah, satu ibadah yang sering diamalkan ialah doa akhir tahun dan doa awal tahun..semasa saya mencari info tentang doa tersebut, saya terjumpa satu blog yang membincangkan mengenai isu boleh atau tidak boleh diamalkan doa tersebut..(untuk membaca, klik di sini..)

dan klik di sini untuk mengatahui doa2 tersebut..

akhirul kalam, salam ma'al hijrah..(^_^)
moga segala amalan kita sepanjang tahun 1429H diterima Allah dan dosa2 kita yang menggunung tinggi diampunkanNya..
dan sama2 kita memohon supaya tahun 1430H bakal menjadikan kita hamba yang lebih beriman dan bertaqwa..amin..

wallalhu a'lam..

:: Sila ambil perhatian! ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang ni, kebanyakan daripada kita telah pun tahu berkenaan blog yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW..pemilik blog tersebut bernama Adibah Ahmad..mungkin nama sebenar..mungkin juga nama samaran..tidak mustahil juga kalau ada orang yang sengaja menggunakan nama tersebut..semuanya mungkin dalam alam siber ni..tapi blog tersebut telah didelete..
Bukan isu nama yang hendak diperkatakan di sini, tapi tujuan sebenar blog tersebut..sebenarnya, dua hari lepas, saya mendapat satu instant message daripada sorang kawan kat ym..kat mesej tu, tertulis "blog yang menghina Nabi(beserta dengan blog address).." bila tengok je blog tu, perkataan pertama yang keluar dari bibir saya ialah..astaghfirullahl'azim..menitis air mata saya saat tu..yang membuatkan saya pelik, aim sebenar blogger tu macam nak menghina Rasulullah je..kebanyakan entry menampakkan penulis begitu benci dengan Nabi..tak tau la kenapa dia boleh jadi macam tu..pastu, banyak jugak gambar-gambar kartun 'nabi' dan didakwa dilukis sendiri oleh penulis..
p/s: moga dosa orang tesebut diampunkan..moga dia diberikan hidayah dan bertaubat..itu je yang bole saya komen..tak berani nak cakap lebih..sama2 kita berdoa moga tak ada umat Islam yang terpengaruh dengan blog seumpama itu..kalo terjumpa, sila flag blog tersebut..

Saturday, December 27, 2008

:: Bukan kedekut, tapi berjimat cermat.. ::


Setelah mengambil kira aspek2 seperti cuti yang agak lama ditambah dengan barang keperluan yang perlu dibeli didarab dengan banyaknya duit dalam bank(haha..banyak la sangat..)serta dibahagi dengan boringnya duduk kat bilik, saya dan dua orang kawan telah berpakat untuk menghabiskan duit, masa dan tenaga di Megamall..sampai kat sana, destinasi pertama yang dituju ialah Popular..barang yang perlu dibeli pulak ialah novel BI..mungkin bagi orang lain, membeli novel BI adalah satu salah satu hobi, but not for me..jangankan membeli, membaca pun susah nak habiskan..bayangkanlah, the last time I read English novel when I was in matric..tu pun dah tak ingat apa tajuk novel dan jalan cerita..too bad..(bak kata Dr Tarique)..so, bila mdm hayati(lecturer tuk sbjek EAP) dah mewajibkan setiap orang untuk beli dan baca at least satu novel BI, peluang ni saya manfaatkan sebaik mungkin..manusia ni memang macam tu..kadang2, kena ada keadaan yang memaksa kita untuk buat sesuatu..contohnya, kalau lecturer bagi assignment, mesti dia akan cakap bila due date..kalau tak ada due date, alamatnya tak buat la assignment tu kan..hmm..ada kaitan eh?ok, kalo tak ada kaitan, just forget it..haha..
ok, berbalik cerita asal..lepas je beli novel yang inshaAllah, saya akan try baca bagi habis, kitorang masuk Parkson..kalau refer pada shopping list yang saya buat, cadar termasuk dalam list tu..lepas tengok cadar Angah yang baru berwarna purple, saya jadi jeles sangat..nak cari jugak cadar warna purple(walhal dah ada 4 cadar-pink,purple,biru n hijau)..nak jugak beli lagi cadar warna purple..mengada sungguh..tengok punya tengok, belek punya belek, dari yang murah ke yang mahal, akhirnya tak beli..reasonnya, semua tak selawa cadar Angah..haha..macam apa je..tapi sebab lain yang tak kurang penting, tak nak membazir..ye la, dah ada 4 cadar, still nak beli lagi..(kamu selamat,wahai duitku..hehe.)
Pastu, masuk Cold Storage..kat sini la yang menguji iman saya..barang2 kat situ boleh dikatakan mahal la jugak..kalau nak banding dengan kat Kedah, memang jauh beza..(waa..rindu nak shopping kat Kedah.).dan hari ni, saya berjaya mengawal nafsu dari membeli Bytes..saya suka sangat makan biskut tu sebab cover Bytes yang berwarna purple ditambah dengan rasanya yang sedap..hehe...tapi hanya sebab harga kat Cold Storage RM1.29(harga standard RM1.20), saya tak jadi beli..walaupun hanya beza 9 sen, tapi still melibatkan duit..hehe..nanti balik rumah baru nak beli n makan puas2..saya tak tau kenapa, tapi saya memang macam tu...rasa macam tak boleh nak beli, kecuali kalau teringin sangat nak makan la..yang saya beli just asam dan choc chip cookies..tu pun sebab agak murah, RM3.75 dan kebetulan saya tak ingat harga cookies tu time kali terakhir saya beli ..so tak terasa ragu-ragu untuk beli..hehe..
dan hasil daripada sifat 'kedekut' (kedekut ni kedekut yang baik ye..) yang dipraktikkan, dengan ini diumumkan bahawa nisah hanya berbelanja sebanyak RM67.25..kalau ditolak dengan novel BI(RM32.90), nisah telah berbelanja kurang dari RM50..waa..tahniah untuk diri sendiri..bukan senang untuk mengawal diri..tambah pulak, kaum wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal..mungkin hari ini saya telah menggunakan 1 akal yang Allah bagi dengan sebaik mungkin..=)
so, berjimat cermatlah sebelum anda terpaksa menjimatkan wang anda..(pesanan ditujukan khas untuk orang tak kaya seperti saya..hehe)

Thursday, December 25, 2008

:: Kenangan itu ::


Semalam..
Saat hati ini jauh dariMu..
Aku ingin hidup dalam kenangan itu..
Walau aku sedari, mengerti dan fahami..
Ia menyakitkan aku, melukakan aku..


Hari ini..
Saat kusedari cintaMu abadi lagi hakiki..
Aku ingin membuang kenangan itu dari lubuk hati..
Aku nekad mematikan terus bayangannya dari kotak ingatan..


Namun..
Aku masih tak mampu..
Semakin aku cuba menjauh..
Kenangan itu bagai menggamitku..
Apa harus aku lakukan Ya Allah?
Kenapa begitu payah meluputkan ingatanku padanya?


Bantulah aku Ya Allah..
Bila tiba waktu dan saatnya..
Andai Engkau menentukan kami bertemu semula..
Temukan kami dalam rahmat dan redhaMu..
Sesungguhnya, hanya cintaMu yang aku dambakan..
Jua aku harapkan cinta kepada sesuatu yang mengundang redhaMu..

Wednesday, December 24, 2008

:: Aku rela ::


AKU RELA
Lirik: Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Mufti Negeri Perlis)
Munsyid: Algebra

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah. .
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini..aku bahagia
Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

untuk mendengar, klik sini..


Tuesday, December 23, 2008

:: Putaran kehidupan ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya tergerak hati untuk menulis pasal ni lepas saya memerhatikan sikap dan perangai adik yang 'menyerupai' kakaknya(saya la kakak itu..=p) semasa saya baru melangkah ke alam remaja..to be honest, time tu(form 1-3), saya memang tak faham sangat pasal agama..mungkin juga boleh disebut kurang kesedaran pasal agama..sembahyang pun sebab orang di sekeliling sembahyang..pendek kata, kebanyakan ibadah yang saya buat adalah didorong oleh orang lain yang pastinya bukan lahir dari kesedaran dan tanggungjawab untuk berbuat demikian..namun, hidup ini adalah proses pembelajaran..semakin kita meniti usia(semakin kita tua) kita akan kian menyedari kesilapan yang telah kita buat dan menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan kesilapan tu..ni lah yang dinamakan tarbiyah dan hidayah daripada Allah.. dan saya amat bersyukur kerana Allah menyedarkan saya bahawa setiap apa yang dilakukan mestilah diniatkan hanya kerana Allah..

Berbalik kepada perangai adik yang menyerupai saya yang dulu, dua perangai dia yang membuat saya teringat sikap saya:

1. Cepat naik angin
Time cuti hari tu, adik cari kain baju kurang yang saya rasa dia tersalah letak..cari punya cari, tak jumpa..(walhal dia bukan cari, tapi 'tengok' je dalam almari, pastu kata tak de..)..pastu, dia mengadu kat mak dengan harapan mak akan tolong cari..time tu masing2 cam busy wat benda lain..so sape pun tak de nak tolong dia..apa lagi, dia pun terus masuk bilik and tido..sebijik perangai kakaknya dulu-dulu..tapi saya lagi dahsyat..siap pernah hempap pintu kuat-kuat..teruk giler perangai time tu..
"Ya Allah, banyaknya dosaku pada ibu bapaku..ampuni daku.."

2. Minat artis secara berlebihan
Kat rumah hari tu, saya ada kemas bilik adik n terjumpa buku nota kulit tebal..comel je pembalut buku tu..so saya pun buka..tergelak-gelak bila tengok apa isi buku tu..penuh dengan gambar pelakon2 Korea..ada jugak tajuk drama n filem diorang di bawah gambar tu..terus saya teringat zaman saya dulu..seingat saya, time tu, saya memang minat sangat dengan kumpulan New Boyz, Boboy, Q Face..siap beli album Q Face...pastu, terkantoi dengan abah..abah agak marah la time tu..ye la, habiskan duit untuk benda2 tak berfaedah macam tu..pastu, minat jugak dengan Siti..so gambar2 artis tersebut dilekatkan dalam satu buku nota..bila fikir balik, ntah pape je..

Menyedari akan tanggungjawab saya nak tegur kesalahan adik, satu hari ni saya slow talk dengan dia.."shah, minat artis ni boleh, tapi jangan lebih-lebih..lagipun, depa bukan kenal kita pun..kat akhirat nanti, bukannya depa boleh tolong bagi syafaat kat kita.." Dia macam boleh terima..tapi lepas dua tiga hari, dia beli jugak majalah Klik n Yezz..dalam majalah tu, banyak la info pasal artis korea..saya macam nak marah pada mulanya, tapi menyedari yang marah hanya akan menambahkan masalah yang sedia ada, saya berdiam diri je..cuma muka saya memprotes..ye la, beli dua majalah tu dah habis RM10..tak ke membazir namanya..

Macam tu jugak bila dia tengok citer Korea..rasa bersalah plak sebab macam saya yang men'stimulate' dia untuk tengok citer2 Korea..tapi, bila fikir balik, as long as satu benda tu tak melalaikan kita dari menunaikan tanggungjawab kepada Allah, sesuatu benda itu tak mengundang dosa..cuma, bila saya nampak dia terleka sikit, ingatkan dia.."shah, sembahyang dulu, nanti sambung tengok movie balik.."

So, moral of the story, bila kita yang lebih tua ni memandang orang yang lebih muda, kadangkala ia mengingatkan kita sikap kita dulu..mungkin salah satu cara Allah nak suruh kita muhasabah diri dan betulkan kesilapan orang lain..yang penting, betulkan kesilapan mereka dengan berhikmah..

wallahu a'lam..

p/s: untuk Shah, ketahuilah kak t amat sayangkan Shah sebab u're d only adik yang kak t ada kat dunia ni..(^_^)

Monday, December 22, 2008

:: Selamat kembali ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah agak lama blog ni bercuti, saya akan kembali mengaktifkan diri dalam aktiviti berblog..inshaAllah..sem 2 sesi 2008/2009 sudah bermula, dan tentunya masing2 mempunyai perancangan, azam, misi, visi dan pape perkataan yang sewaktu dengannya..apa pun perancangan dan agenda anda, semoga apa yang dirancangkan mendapat rahmat dan keberkatan dari Rabbul Izzati..dan semoga dengan restuNya, segala apa yang dirancang bakal tercapai, inshaAllah..

Semasa cuti yang lepas, saya berkesempatan membaca beberapa blog time g tengok result exam kat cc..apa yang boleh saya katakan kat sini, pape pun result yang kita dapat, itu adalah yang terbaik buat kita..mungkin ia mengundang kekecewaan kepada kita, namun mungkin itu merupakan pengajaran yang semestinya amat bernilai dalam meniti kehidupan kita yang sementara cuma ini..kalau kegagalan itu berpunca daripada kurangnya belajar, untuk sem ni, tingkatkan usaha..andai kita dah usaha dengan semaksimumnya, tapi result tak ‘berbaloi’ dengan apa yang diusahakan, mungkin doa dan tawakkal kita tak seiring dengan usaha..mungkin juga kita study hard tapi tak smart..namun yang pasti, Allah ingin menguji sejauh mana kita redha menerima dugaan dan ujianNya..yang penting, jangan berputus asa, tingkatkan usaha dan lipatgandakan doa kepadaNya.. sebagai hamba Allah, kita hanya mampu berusaha, Allah jualah yang berhak memberi samaada kejayaan atau kegagalan..inna ma’al ‘usri yusra..

So, berusaha selagi terdaya, jangan lupa banyakkan berdoa dan tingkatkan kebergantungan kita kepadaNya..inshaAllah, kejayaan akan menanti di akhir jalan perjuangan..Buat akhirnya, selamat memulakan perjalanan untuk semester ni dan pastikan kita berada di lorong yang betul..hehe..kalau anda macam saya(susah nak faham n kena betul2 beri tumpuan dalam kelas n kena study lebih gigih..) sila la guna lorong sebelah kiri..kalau kita nak sampai ke destinasi pada waktu yang sama dengan orang yang menggunakan lorong kanan, kita kena la memulakan perjalanan lebih awal..so bersiap sedia daripada sekarang k..all d best buat semua..(“,)

“Rabbi yassir wa la tu’assir Rabbi tammim bilkhoir..”

Tuesday, November 11, 2008

:: Sebelum berangkat pulang.. ::


Bismillahirahmanirrahim..

Ni merupakan entry yang terakhir tuk bulan November ni..huhu.. Hmm..before balik Kedah malam ni, nak tulis something.. ye la..nanti kat rumah mesti rindu nak membebel kat blog nih.. tapi kerinduan tu tak sama dengan bestnya dapat meluangkan masa bersama family.. tambah pulak, abah dah siap ambil cuti untuk bawa permaisuri hati(my mum of course) dan tiga orang puterinya(kakak, saya dan adik..=p) pergi bercuti..waa..mesti best..(^_^)

So, selamat bercuti kawan2..manfaatkan cuti dengan buat benda2 yang berfaedah eh..(ditujukan khasnya buat diri sendiri..)..inshaAllah, kalau panjang umur, jumpa lagi next sem..=) waa..macam tak percaya yang diriku bakal bergelar 3rd year student next sem..hehe.. (thanx LIB coz mengingatkan)..=) actually, tak penting pun gelaran tu..=p saja je nak rasa seronok..huhu..

Akhirul kalam, andai ditakdirkan umur saya tak panjang, mintak maaf zahir dan batin..=)

Wassalam

Sunday, November 9, 2008

:: Nantikan kepulanganku ::


10 perkara yang saya nak buat time cuti nanti..

1) Nak buli kucing2 yang pastinya dah makin bertambah kenakalan dorg..

2) Kemas bilik kesayangan..mesti adik dah memporak-perandakan bilik..dia tu mmg..xleh tengok bilik orang lain kemas..

3) Baca novel yang adik pinjam..huhu..

4) Nak melaksanakan satu misi..misi apa ek? hehe..biarlah rahsia..

5) Cari buku resepi yang hilang entah ke mana..nak update resepi2 kat dalam tu..waa..sengsaranya hidup tanpa buku itu..

6) Nak improve skill memasak..dear dapur, sila la bersiap sedia..kali ni kena betul2 nisah..xleh berpandu kat buku resepi je..masak ni kena kreatif..tingkatkan kekreatifan anda ya..

7) Nak tengok tv puas-puas..

8) Nak try hafal Quran..Ya Allah, permudahkan usaha hambaMu ini..

9) Nak tidur awal supaya tak tidur lepas Subuh..nanti abah marah kalau tidur pas Subuh..huhu

10) Yang paling penting, nak bahagiakan mak n abah..nisah, jangan dok wat perangai balik umah nanti..jangan tidoq banyak..tolong mak abah wat keje rumah eh..balik umah bukan nak enjoy semata2..tanggungjawab sebagai anak perlu dilaksanakan ok..


Saturday, November 8, 2008

:: Saat diri lemah ::


atiQah az: Ya Allah, cabutkan ketakutan dari hatinya, gantikanlah dengan ketenangan,bukalah pintu taubat utk adkku agar nur menembusi sanubarinya, pintu rezekinya melimpah ruah, pintu langitMu agar para malaikat mendoakan kejayaannya, pintu rahmatMu agar usahanya selama ini diberkatiMu, KAU sendiri menyaksikan usahanya maka permudahkanlah perjuangannya ini....

thanx Kak Tikah
Dek T sgt2 menghargai kata2 tu..
May Allah bless u..

Friday, November 7, 2008

:: Siri memotivasi diri 1 ::








Nisah, chayok2 !
Aja aja fightin' !!

Thursday, November 6, 2008

:: S.E.N.S.I.T.I.F ::


Entah kenapa..
Bila tiba musim exam je,
saya mudah tersentuh or orang kampung saya cakap sensitif..hehe..
Kekadang tu, tetiba je rasa sedih..tanpa sebab or alasan..
kalau dalam istilah perubatan, idiopathic (unknown reason)..
Pastu, nangis..teruk pulak tu..
Bila fikir balik, cam ape je..

Tapi kan, lepas nangis, memang rasa lega sangat2..
Seolah-olah semua masalah dah selesai..
Konon2, semua bebanan tu mengalir bersama air mata duka..
(cehh..ntah pape je ayat..)
Tambah pulak, kalau menangis time sujud..
Sangat-sangat la tenang lepas tu..
Ye la kan..bila kita mengadu kat manusia, apa la sangat yang manusia mampu buat untuk hilangkan kesedihan kita..
tapi, kalau kita mengadu kat Allah..inshaAllah kita akan diberi kekuatan dan ketenangan..

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."~kalamullah~

Berbalik kpd isu sensitif ni,
Hari ni saya dah start nak rasa sedih..
Mungkin sebab ada lagi 3 paper sedang menunggu..
Lagi pulak, Angah dah habis 4 paper..tinggal 1 paper je lagi..
Bertambah menjadi-jadi la kesedihan tu..

So, petang tadi call la mak..
Dengan harapan, lepas dengar suara mak, perasaan sedih tu hilang..
Time tu around kul 4 lebih..
Mula-mula mak tak angkat phone..
Ok, mak dok kat dapuq kot..
5 minit pastu, mak call balik..
Saya angkat..
Saya tanya mak dok kat mana coz saya dengar bunyi ala-ala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..
Mak cakap mak kat Pantai Merdeka..
(Pantai Merdeka ialah salah satu pantai yang seringmenjadi kunjungan saya sekeluarga..
satu lagi tempat yang selalu kami p ialah Pulau Sayak..)

Waaa..ntah kenapa..saya tetiba jadi sebak..
"Nape la mak tak tunggu saya balik umah, baru g Pantai?"(saya cakap dalam hati je..)
Kalau difikirkan, macam tak logik pulak untuk rasa sedih..
Sebab perjalanan dari rumah ke Pantai Merdeka tu, hanya ambil masa 15minit je..
Kalau nak g setiap hari pun xde masalah..
Tapi, still nak rasa sedih..
Rasa nak nangis pun ada..
Saya tahan je air mata..
Saya pun tak pasti mak perasan tak perubahan suara saya..
Dah terketar-ketar suara macam nak kena present kat depan pulak..
Saya cakap kejap dengan mak..takut mak terasa kalau saya tetiba letak phone..
Pas letak phone, terus nangis..

~Sori eh..nak membebel kat diri sendiri jap..
Nisah..Nisah..
apa la nak jadi dengan hang ni..
dah besaq dah..
kena la belajaq kawal emosi sikit..
Bak kata abah,
" Ni baru ujian n bebanan kecil je yang Allah bagi..xde apa la sangat..takut apa aih..bukannya first time nak exam.."
Mak pulak kata..
" Ni baru masalah sorang2..bila kawin nanti, lagi la byk masalah yang kena tanggung..kena la belajaq atasi semua tu.."

Hmm..betul tu Nisah..
Kena kuat k..
Berusaha semampu yang bole..
hasilnya, serah kat Allah je k..
Banyakkan berdoa..
Bila dah wat exam nti, tawakkal je kat Allah..

"Ya Allah..
Kuatkan hatiku..
Tenangkanlah jiwaku..
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu Ya Rabbi..
Berikanlah aku kejayaan di dunia dan akhirat..
amin.."

Wednesday, November 5, 2008

:: Saat jantungku berdegup kencang ::


Tajuk entry ni cam hyperbola la plak..
haha..
teruskan membaca ye..
anda akan sedar batapa hyperbolanya tajuk entry ni..
hehe..

Alkisahnya,
baru-baru ni saya telah bertemu semula dengan seorang kawan lama..
Kawan time sek rendah n menengah dulu..
berjumpa kat Friendster..

so, kitorang pun mula la berborak kat ym..
Macam2 la yang kitorang sembang.

Sampai la bab muzik yang kitorang minat..
Dia minat metallica, salah satu band yang membawa lagu berkonsepkan heavy metal(cari kat google ni..nampak sgt tak tau siapakah metallica itu..hehe..)
Saya plak minat nasyid..

Pastu, semalam, dia send satu lagu Metallica ni kat saya..
Tajuk lagu tu "Master of Puppets"..
Paksa jugak saya dengar..
So nak jaga hati kawan punya pasal..
Saya pun dengar la..

Mak ai, boleh sakit jantung kot..
Selama ni dok dengar lagu berentak slow n sentimental..
Tak main la lagu2 rock ni..
Jantung pun xde la terkejut dan berfungsi dengan normalnya..

Tapi semalam,
Start je dengar,
jantungku berdegup dengan kuatnya..
Macam orang jatuh cinta plak..
haha..
Tambah plak, rentak lagu tu cam xmenentu..
kejap slow, kejap laju nak mampuih..

Walaupun begitu..
Kena ucap terima kasih kat dia..
At least, untuk tulis entry ni,
Saya search pasal metallica kat google..
haha..

So,
tajuk entry ni
macam hyperbola kan..

~wahai jantungku, minta maaf ye sebab menyebabkan kamu kena bekerja kuat..hehe..~

Tuesday, November 4, 2008

:: T.A.K P.U.A.S H.A.T.I ::


Tengah best2 study(yeke best..=p), tetiba dapat msj dari satu-satunya adik yang semestinya adik kesayangan..huhu..tapi rasa amat TAK PUAS HATI bila baca mesej dia..

" Salam. kak t, ni senarai lagu nk sruh kak t download.kalo kak t busy x pyh la.
Tanpa-6ixth sense
Tak bisa memiliki-Samson
Cinta yang sempurna-Adi 6ixth sense& Letto
Dibius cinta-Yusri & Melly
Cinta ini membunuhku-Dimensif
Kau Pergi-Alif OIAM
Jatuh cinta lagi-Matta
Lagu Kata-Aizat
Ada Untukmu-Nubhan AF6.."

Mula-mula, rasa nak marah je..
(ingat kak ni tempat mendownload lagu kah? + eeeii..mentang2 la dah abis PMR..ish..)

Tapi bila baca part..
"kalo kak t busy x pyh la" terus xjadi marah..haha..
pandai adikku sorang ni membuat ayat..

Rasa macam nak reply je msj dia..nak ckp.."list la lagi lagu..sikit sgt ni.."

Dearest Shah:
walaupun kak amat2 la xpuas hati, tp nanti kak t download ye..nasib baik shah dah abis PMR..so kak t bagi peluang bersuka ria..kalo tak, mmg xdenya kak nak wat baik camni..hehe..miss u so much..

~entry ni ditulis sebab dah rindu sgt nak balik umah..waa..andai ku punya sayap..dah lama ku terbang pulang..huhu..nak balikkkkkkkk!!~

Sunday, November 2, 2008

:: Pharmacology..What can I say? ::


Date: 02 November 2008
Time: 11.45am
Detail: Tamatnya exam Pharmacology!!

Perasaan:

1) Happy- Sebab dah habis subject yg amat menguji kesabaran, kekuatan minda, emosi dan fizikal..huhu..

2) Takut- Dok pikiaq "Betul ka apa yg aku jawab?" + "Hmm..ntah2 apa yg aku jwb td salah .." + "dapat grade apa la untuk subjek ni? + "ish..dah la 4 krdt hours..mesti pointer drop punya la(na'uzubillahi min zalik)" + n macam lagi fikiran yang smeestinya negatif..

3) Geram- Kenapa la p tidoq awai semalam? awat la tak ingat nama drug ni? padahal dah baca byk kali kot..

4) Bersyukur-Walaupun ada yang tak boleh jawab, still bersyukur sebab at least, bila tengok soalan, ada la idea sikit nak tulis..walaupun kebanyakannya adalah teori hanisah dan fakta kirana..haha..

p/s: perasaan2 di atas adalah ditulis mengikut sequence..tq..

Pengajaran:

1) Perasaan bersyukur sepatutnya diletakkan paling atas..tp sbg manusia biasa, kita selalu menilai sesuatu dengan pandangan negatif daripada yang positif..kan?

2) Membaca itu penting..walaupun kamu confuse atau ragu-ragu akan kemampuan kamu untuk mengingat, at least kamu ada idea untuk 'menggoreng' fakta..haha..

3) Teruskan membaca, mambaca dan membaca walaupun kamu tak ingat apa yang dibaca..

4) Kepada sesiapa yang belum mengambil killer subject ini, sila la bersiap sedia..yg penting H.A.F.A.L nama2 drug k..kirana telah membuat kesilapan besar kerana tak hafal..(actually dah try nak ingat, tp mmg susah nak ingat..)

~Gudluck semua!!

Friday, October 24, 2008

:: Berakhirnya sebuah penantian ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Akhirnya, penantian untuk kumpul suma lagu nasyid kumpulan Nice telah berakhir..
(Walaupun sebenarnya, bole je beli album..hehe..nampak sgt kedekut..)
Alhamdulillah.. thanx to my lovely+nice+best roomate, Diana aka Angah atas pemberian installer tuk download lagu kat imeem..waa..best gler..
So pas ni, bersemangat ckit nak study..haha.(ye la tu nisah..)
Lagu kat bawah ni adalah lagu favourite after lagu Metafora..
Mungkin ada kaitan dgn diri sendiri kot..

Ampun

Saat kehilangan
Harapan dan keupayaaan
Berperang dihati mencari harga diri ini
Dimana kekuatan terlantar kehampaan
Dan kini sendiri alami
Kesakitan yang tak terperi
Cari ketenangan
Hilang oh dimana….
Terasa….
Ingin ku kembali kepada masa yang silam
Menebus dosa kemungkaran
Kerna kealpaan
KumohonKeampunan….
Oh Tuhanku
Sujud padaMu
Kini hanya pada KAU
kumampu untuk berserah

Lagu/Lirik : Hazami (Music & Me Entertainment)

klik sini untuk dengar lagu ni..
or bole dgr kat sebelah nih..
selamat mendengar..

btw, kawan2..selamat study..
Gudluck 4 final exam..

Friday, October 17, 2008

:: Duit raya oh duit raya ::





Thursday, October 16, 2008

:: Tagging Game #2 ::


15 things about me....

  1. Time baby sampai la da jadi kanak2 ribena, mak cakap, sy suka sgt nangis..cian mak n abah..=( thanx 4 bersabar dgn kerenah n perangai mengada-ngada Siti ni..
  2. Because of that, sy pakai spek time darjah 2..ingat lg time tu..pakai spek yang besar, cam org tua..huhu..
  3. Time kecik2, kulit sy gelap sgt..kawan2 abah slalu ckp sy anak keling(mamak..)..kalo amik gambar, nampak gigi ngan mata je kot..alhamdulillah, skrg dah cerah ckit..hehe..
  4. First present- abah bagi jam tangan masa darjah 2 or 3(xingat sangat..) tp sy hilangkan..sedih sesgt..
  5. Pernah kena tampar/lempang ngan abah..time tu abah mmg agak panas baran..reasonnya, melawan time abah cakap..pas tu, insaf n smpai skrg, xpernah nak lawan apa yg abah ckp..hehe..
  6. Sy xsuka citer cartoon..sebabnya, xlogik..bole tertidur kalo tgk citer cartoon..
  7. Suka kucing, tp tak semua kucing..kalau nak compare sy dgn kakak n adik, dorg lebih menyayangi kucing..huhu..
  8. Masa baby dulu, sy pernah dipanggil Siti Zaleha..sebabnya, bila panggil nama tu, sy berhenti nangis..alhamdulilah, panggilan tu dah tak de skrg..hehe..
  9. Kalau guna sudu, I feel very difficult to use my right hand..rasa cam lemah sgt tgn kanan..i'm still trying..skrg da ok ckit kot..alah bisa tegal biasa kan.
  10. First time rasa susah sgt nak cari duit: time ambil upah untuk wat simpul kasih(kerepek yg menggunakan kulit popia n dalamnya inti serunding..pastu, simpulkan..errr..penah makan tak?)..utk satu paket kulit popia, ada 5oo keping kecil..letakkan serunding atas setiap keping kecil n simpulkan..upah yang dapat untuk satu paket ialah RM2..huh..mmg penat sgt..kena siapkan 10 paket in 3 days..
  11. Sy tak reti guna gunting..tp sesetengah gunting je la..pelik kan? mayb sebab sy kidal.kalo tolong mak kat siang ikan, lama sgt amik masa coz kena guna pisau..kalo gunting, copek ckit..huhu..
  12. Tak de skill untuk explain something kat org..selalunya, adik la yg jd mangsa..slalu xpaham apa yg kakak dia ajar..huhu..sori shah..
  13. Selalu nangis..tp nangis sorg2..selalu jugak nangis tanpa sebab..pelik..pelik..
  14. Pernah menjadi peminat fanatik tomok(new boyz)..huhu..bila da besar2 ni, malu je bila kenangkan balik..
  15. Ada syndrome melatah..ayat yg slalu terkeluar.."o mak terbalik.." =) mayb ni akibatnya kalo suka mengusik tok..kan dah dpt syndrome ni..

~the end~

sori master j..malas nak tag org lain..huhu..

:: Tagging Game #1 ::


Every question is referring to 1 person.

Tak nak namakan org ni.. bcoz if I mention d name, xde org kenal kot..huhu..

1.What is the relationship of you and her?
Best friend of mine.~

2. Your 5 impressions towards her.
Understanding, Nice, Caring, Supportive, and Cute friend

3.The most memorable things she had done for you.
Gave me something (3 years ago)..alhamdulillah, still bole pakai sampai skrg..=)

4. The most memorable things she have said to you?
Too much..unable to list here..hehe..

5. If she become your lover, you will...
No need to answer I think coz u know d answer rite?

6. If she become your enemy, you will...
No idea..hope that she'll alwez b my fren..

7. If she become your lover, she has to improve on...
No answer!hehe..no negative marking rite?kihkih..

8.If she become your enemy, the reason is...
Big quarrel..but I still think she is too nice to become my enemy..but only Allah knows best..

9. The most desirable thing to do on her is?
Wanna meet her..really miss her..

10. The overall impression of her is...
A very10x nice and kind friend..

11. How do you think the people around you will feel about you?
Ntah..what people think is not important..what Allah 'think' is the one that I should really care..

12. The character of you for yourself is?
Biarla rahsia..huhu..

13. On contrary, the character you hate of yourself is?
Childish(sikit2 je k..), gelabah..huhu..xreti nak pujuk org yg tgh merajuk..dunno how to change these things..=(

14. The most ideal person that you wanna be is?
Siti Hanisah

15. For the people who care about and likes you, say something about them.
Perempuan: thank you..moga Allah merahmati kamu..=)
Lelaki: err..anda salah org kot..sila tambah power spek ye..hehe..

16. Ten people to tag:
xnak tag org, bole? huhu..

p/s: szakif..sori lambat 'bermain' game nih..

Friday, October 10, 2008

:: Suka duka di aidilfitri ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Walaupun hari nih dah masuk 10 Syawal, tapi saya still nak berkongsi pengalaman raya tahun ni.. Raya tahun ni merupakan raya yang seingat saya paling meriah dan yang penting, paling mengerah tenaga dan keringat..huhu..
Disebabkan nenek tinggal bersama kami sekeluarga, dan rumah kami terletak kat kampung, dengan rasminya rumah saya menjadi tempat saudara mara berkumpul pada hari raya..
Seusai solat raya kat surau kampung, saya dan kakak bermaafan dengan mak cik-mak cik dan tok-tok kat surau..ada yang bertanya kami berdua ni anak siapa..mungkin jarang melihat muka kami kat kampung..(sedih gler bila orang tak kenal..huhu..)
Pas tu, kami berjalan kaki balik ke rumah.dekat je pun..tengah jalan, nampak sekumpulan kanak-kanak ribena yang sangat comel..si kanak2 lelaki lengkap dengan baju melayu dan sampin manakala budak perempuan pulak pakai baju kurung, dengan beg tangan kecil(untuk isi duit raya la kan..) dan siap make up..comel sesangat..macam nak cubit je pipi budak-budak tu..tapi mengingatkan pagi tu pagi raya, niat tu dibatalkan..hehe.kang tak pasal-pasal nangis pulak..
Sesampai kat rumah, saya dan kakak bermaafan dengan mak, abah, dan tok.. yang peliknya, tahun ni tak de sesi tangis-menangis..tak tau la kenapa..tahun lepas, sampai bengkak mata menangis, tahun ni siap menghadiahkan senyuman time salam dengan mak dan abah..(confuse2..)..pas tu, abah bagi duit raya..hehe..time ni la yang seronok..sapa yang tak suka bila orang kasi duit kan..hehe.
Around pukul 10, kanak-kanak ribena mula bertandang..semua cumil-cumil..lepas satu kumpulan, datang pulak satu kumpulan lagi..memang ramai..ok, hipotesis yang boleh dibuat time tu, populasi kanak-kanak yang datang beraya tahun ni lebih ramai berbanding tahun sebelumnya..(",) Saya bersyukur dalam hati..sekurang-kurangnya, budaya tersebut masih lagi ada dan diamalkan..bagi saya, tak meriah hari raya tanpa kunjungan kanak-kanak tersebut..walaupun sekadar datang untuk menambah jumlah duit raya, melihat telatah dan ragam mereka membuatkan saya tersenyum..ada yang datang, berebut-rebut nak duit raya..ada pulak, pukul 2 petang baru datang sampai kat rumah saya..muka budak tu berpeluh-peluh..mungkin jauh sangat berjalan untuk mengumpul duit raya..hmm..macam-macam telatah diorang..
Rumah saya mula dikunjungi jiran dan sanak saudara sekitar jam 10.30pagi..time ni la keringat dan tenaga diperlukan semaksimumnya..mungkin disebabkan agak ramai yang bertandang ke rumah pada satu masa, menyebabkan saya dan kakak terpaksa melayan tetamu yang ramai pada satu masa..menu raya tahun ni, mee kuah yang mak buat habis dihidangkan petang tu..selalunya, kalau raya sebelum ni, tak pernah pulak tak cukup or habis awal..so, sanak saudara yang datang lepas Asar dan malam terpaksa makan lemang je..kesian la plak..untuk memasak, mak memang dah tak larat..kalau saya dan kakak nak masak, alamatnya tak jadi kot mee kuah..hehe..
Dalam kemeriahan menyambut hari raya, sedih saya melihat tok yang terpaksa beraya dengan muka yang bengkak(sebab allergic).. ubat dah diambil, tapi bengkak kat muka tok masih lagi tak surut..petang hari raya kedua, kami sepaakt membawa tok ke satu klinik swasta ni..tok kena tahan kat wad and doktor masukkan air n suntik anti-histamine untuk kurangkan allergic..saya dan kakak tunggu tok kat wad sampai malam..walaupun bengkak kat muka tok ambil masa beberapa hari untuk sembuh, alhamdulillah kesihatan tok dah semakin pulih..(",)
Hari raya ketiga, Allah menguji kami sekeluarga dengan symptom keracunan makanan..satu family diserang diarrhoea(atau orang Melayu menyebut cirit-birit) dan muntah-muntah..Mengikut teori yang saya buat, keracunan makanan tersebut adalah disebabkan fishball yang abah beli kat pasar malam..so pengajarannya, jangan membeli lagi fishball kat pasar malam..hehe..
Moral of the story, dalam kita bersuka ria dan bergelak tawa, kadangkala kita mudah terlupa bahawa semua itu adalah anugerah dari Allah.. Oleh sebab Allah sangat sayangkan hamba-hambaNya, kesusahan dan kesedihan datang menguji sebagai salah satu peringatan Allah kepada kita atau mungkin juga salah satu cara untuk kita kembali ingat kepadaNya..dan jika kita redha dan sabar menerima semua kesusahan, kesusahan tersebut bakal menjadi penghapus dosa dan kelalaian kita..
Akhirul kalam, salam aidilfitri buat semua..maaf dipinta atas segala kekhilafan dan ketelanjuran kata..moga Ramadhan yang berlalu meninggalkan seribu satu keinsafan buat kita..dan mudah-mudahan, Syawal membawa lembaran baru buat kita supaya menjadi hambaNya yang lebih bertaqwa..inshaAllah..
Wslm..

Monday, October 6, 2008

:: Perubahan ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Sejak 2 minggu lepas, saya dapat rasakan hidup saya berubah..perubahan yang saya tidak inginkan apatah lagi harapkan..err...faham tak?

Sebelum ni, saya cukup menjaga agar tidak berlaku perubahan pada pendirian yang selama ini saya pertahankan..terlalu pertahankan..selama ini, saya boleh menepis, tp kenapa kali ini, diri ini bagai tak terdaya nak menepis..bukan tak cuba, tapi kenapa tak berjaya juga? mungkin ini dugaan yang Dia berikan kepada saya untuk menguji tahap keimanan..

hmm..tak tau cane nak cakap..andai itu yang ditakdirkan, inshaAllah saya boleh terima..tp betulkah apa yang saya sedang buat? hmm..mesti lagi tak paham kan? tak pe la..memang tak nak orang paham pun..huhu..

Biarlah hanya saya, family, dia dan dia yang tahu dan yang pastinya hanya DIA yang faham dan mengerti..

Ya Allah..
Hanya Engkau yang Maha Mengetahui segala-galanyaNya..
Setakat ni, aku mampu lagi menjaga hati ini..
tapi bagaimana esok lusa dan seterusnya..
kuatkan hati ini Ya Allah..
andai jalan yang sedang aku lalui ini salah,
tunjukkan jalan keluar..
temukan aku dengan cintaMu Ya Rahman..

wassalam..

:: Kembali berjuang ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah agak lama bercuti, hari ni kirana kembali meneruskan perjuangan kat UIA yang tercinta ni(yeke?)
yang pastinya, bebanan kerja sedang menunggu..kena prepare tuk 3 presentations, quizzes n final exam..
tu la, bak kata 'seseorang', cuti pun kena study..
tp kirana ketegaq..bersuka ria sampai tak ingat notes pun perlukan perhatian..ish2..
Tp bila dah pandai buat, pandailah menanggung akibat..
sekarang dah tak tau nak dahulukan keje yg mana satu..

Ya Allah, bantulah hambaMu..
Duhai diri, kuatkan semangat..
Kamu boleh buat k..

p/s:Mak, nak balik umah!

Wednesday, September 17, 2008

: Abahku sayang ::


Ayah

Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com

ketika kejauhan
masihku ingat
hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan
redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkana
ku terus kecewa

dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Entah kenapa, semalam terasa rindu sangat kat abah..
Entah mengapa jugak, semenjak masuk Uia kuantan ni, saya bole dikatakan asyik teringat nak balik umah..
bukan saja teringat, tp kerap jugak balik..
kalo nak dibandingkan dgn kat matric, rasanya, saya jarang balik rumah walaupun jarak dari KL ke Kedah lebih dekat..

Hmm..masih lagi pikir ape sebabnya..

Pikir lagi..

tp still tak dapat temui jawapan tuk persoalan tu..

Semalam tak boleh tidur..Walau cuba pejam mata, still tak dapat tidur..
teringat kat abah..sekali lagi, tak tau apa sebabnya..
Pukul 4pagi baru dapat tidur..tu pun setelah menangis dengan agak teruk..
Menangis sebab rindu kat abah..kat mak pun rindu jugak..
tp rindu kat abah lebih sikit..

teringat segala pengorbanan abah..
teringat nasihat abah..
teringat lawak jenaka abah..

pukul 4.45pagi tadi, abah kejutkan saya untuk bangun sahur..
selalunya mak yang kejut, tp pagi tadi, abah ambil alih tugas mak..
mayb mak tengah sibuk kat dapur kot..
"Siti, dah bangun ka? lembut suara abah.
"Hmm..chek baghu tidoq ni.."saya menjawab dengan nada mengantuk.
"Habih tu, dah soq(sahur) ka?"ada nada bimbang pada suara abah..
"Dah, makan kurma dgn minum air masak before tidoq tadi.." saya menjawab..
"Nak abah gerak pukui brapa nanti?"
"Pukul 6"
"6.30 la.." abah bagi cadangan..mungkin risau kalau saya tak cukup tidur..
"Tak pa, chek nak bangun pukul 6.."
"Ok,nanti abah gerak.."
.............................
k dah tatau nak update ape..
hehe..
k Abah, selamat hari raya...
thanx bagi duit raya..

:: Salam Nuzul Al-Quran ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Salam Nuzul Quran but semua..
Sempena hari Al-Quran diturunkan, marilah kita sama-sama menjadikan hari ini sebagai permulaan atau sebagai titik mula untuk kita lebih mendekatkan diri dengan Al-Quran kerana ianya merupakan wadah mendekatkan diri kita kepada Pencipta..
Moga Al-Quran bukan hanya sebagai bahan bacaan, tapi sebagai panduan untuk kita sepanjang permukiman kita kat dunia ni..
Moga Allah kurniakan hidayah dan petunjukNya untuk kita sama-sama beramal dengan setiap ayat suci Al-Quran yang kita baca..

wallahu a'lam..

Sunday, September 14, 2008

:: Wakenabeb ::



TAGGED BY SUEABUBAKAR !

(i)Rules:

1. The rules of the game get posted at the beginning
2. Each player answers the questions about themselves
3. At the end of the post the player then tags 5 people and posts their names, then goes to their blogs and leaves a comment, letting them know they got tagged and to ask them to play and read your blog.

Starting time : 10.46pm
Name : Siti Hanisah Bt Md Puzi
Sisters : Two
Brothers : None
Shoe size : 9
Height : 163.5cm
Where do you live : Kota Kuala Muda + Kuantan

Have you ever Fallen asleep at school :
-alwez when I was at KISAS..=(

Broken someone’s heart :
-Pernah, and I really regret it..-

Sat by the phone all night waiting for someone to call :
-never-

Who was were the last personYou danced with :
- kakak n cousin, zaman kanak2 ribena..=)

Last made you smile :
-"Someone"-

You last yelled at :
-Dont remember-

Do you like your hand-writing :
-Suka sesgt, walaupun xde la lawa sgt-

Whose bed other than yours would you rather sleep in :
-My sisters-

Are you a friendly person :
- Ntah..xfriendly sgt kot..-

Do you have any pets :
- Yup..setakat ni, 4 lovely cats..Snow white, Moti, Moli n Mocha..-

What are you doing right now :
-of course tgh menaip..hehe..-

Can you handle the truth :
-InshaAllah-

Are you closer to your mother or father :
-Both-

Do you eat healthy :
- Not really. I dont like vegetable, but rite now, I'm trying to like it..but, I love fruits-

If you’re having a bad day, who are you most likely to go to :
-Mak -

Are you confident :
- kekdg..ikut tmpat..kalo sorg, I pretend to b confident..hehe..

5 places I am living in ( places I’ve lived in since i was born till current)
-Kuala Muda-Rumah tok-dari lahir-standard 1-
-Sungai Petani,standard 2-standard 4-
-Kuala Muda-this time, our own house-standard 5-now-
-Selangor-KISAS n MCIIUM PJ-
-Kuantan-IIUM-

5 people I tag:

-Angah-
-Aisyateru-
-Aya-san-
-Syud-
-LIB-

(ii)

1. The person who last tag you is:
-SueAbuBakar-

2. Your relationship with him/her is:
-She is a Happy-go-lucky friend-

3. Your five impression of him/her:
- Dia suka berdebat..
- Dia suka harmster-
-Dia teringin sangat nak kawin(hehe..jgn marah ye Sue..)
- Dia baik, alwez bagi support-
-Dia online ym 24hours..haha..

4. The most memorable thing he/she had done for you:
- dia baru kasi installer tuk dgr lagu kat ym..terharu sgt..thanx sue..

5. The most memorable thing he/she had said to you:
-"Suliana oat (8/11/2008 9:09:07 PM): jom nisah, sama2 kite ubah diri ke arah yg lebih baik.."

6. If he/she become your lover, you will:
- pelik bunyinya..haha..lover fren kot..

7. If he/she become your enemy, you will:
- delete dia from ym n tanak visit blog dia..hehe..-

8. If he/she become your enemy, the reason will be:
- coz sy xsuka hamster dia..hehe..btol x sue?-

9. The most desired thing you want to do for him/her now is..
-Sembang2..-

10. Your overall impression of him/her is:
- Sue baek!-

11. How you think people around you will feel about you?:
-Nisah baik..perasan betol..ish2..-

12. The characters you love of yourself are:
-Biarla rahsia..-

13. On the contrary, the characters you hate yourself are:
-Suka merancang, tp xikut ape yg dirancang..-

14. The most ideal person you want to be is:
-Siti Hanisah(seorang wanita yang bertaqwa), anak solehah, adik dan kakak yang baik, student yang cemerlang, isteri cerdik yang solehah, ibu mithali..nenek yang disayangi oleh cucu2..hehe..

15. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you:
1) Diiiana
2) Aisyateru
3) Lady In blue(kak Tim)
4) Szakif
5) Syud
6) Fira
7) Master J
8) Afiyah
9) MNM
10) The Fab Ten

16. Who is no.6 having relationship with?
- currently, none-

17. 9 a male or female:
-male-

18. If no.7 and 10 are together, will it be a good thing?
- good thing kot..since suma satu batch n satu kos..-

19. What is no.2 studying about?
-Biotechnology-

20. When was the last time you had a chat with no.3?
-Few days ago..anta comment kat blog dia..

21. What kind of music band does no.8 like?
-yang pasti, fiyah minat letto..kan?-

22. Does no.1 have any siblings?
- yup, along, angah, alang, n farid-

23. Will you woo no.3?
-Never-

24. How about no.7?
-Never-

25. Is no.4 single?
-da berpunya..haha..abisla..STBB menyerang lg..

26. What is the surname of no.5?
-Tak tau..yg tau syud je..hehe..

27. What’s the hobby of no.4?
-Blogging, jual biskut raya, agen pelancongan..haha..

28. Does no.5 and 9 get along well?
-Tak kot..-

29. Where is no.2 studying at?
-IIUM Kuantan-

30. Talk something casually about no.1:
-Diana rumate yang baik..=)-

31. Have you tried developing feelings for no.8?
- Never~sebab dia perempuan-

32. Where does no.9 live at?
-Kedah-

33. What colour does no.4 like?
-Pink..hehe-

34. Are no.5 and 1 best friend?
-No. but syud penah anta comment kat diiana..kawan di alam maya kot..hehe-

35. Does no.1 have any pets?
- Ade, kucing..nmanya ek ek..-

36. Is no.7 the sexiest person in the world?
- NO!! -

37. What is no. 10 doing now?
-Suma sedang bersuka ria coz midterm da abis..

p/s: kepada 10 org di atas..sori ye..sy terpaksa menggunakan nama anda since i've limited friends..sobsob..

Saturday, September 13, 2008

:: Ujian itu tanda kasih sayang Allah ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Setiap insan pasti telah, sedang dan akan diuji oleh Allah..selama mana kita hidup, selagi nyawa belum terpisah dari jasad, selagi jantung berdegup, selama kita masih lagi bernafas, ujian selalu singgah ke dalam hidup kita meskipun kita tidak mengalu-alukan kehadirannya. Itu semua adalah lumrah hidup yang pastinya Allah adalah perancang dan pelaksananya.. dan kita sebagai hamba, mesti yakin dengan seyakin-yakinnya bahawa setiap ujian dan setiap apa yang Allah tentukan adalah yang terbaik buat kita kerana Dia yang Maha Mengetahui perihal hamba-hambaNya..

Saat ujian menimpa, dua perkara yang akan berlaku ialah samaada kita redha dengan ujian itu atau kita merasa putus asa dengan rahmat Allah.. Sudah pasti rasa sedih dan terbeban di saat kita ditimpa ujian, namun sejauh mana penerimaan kita terhadap ujian itu menentukan tahap kebergantungan kita kepada Allah.

Yang pasti, ujian adalah salah satu cara Allah nak mengingatkan kita di kala kita terlupa.. Analoginya, bila ibu bapa memarahi anaknya, itu adalah tanda kasih sayang mereka..Walaupun kita sedih setelah dimarahi, namun teguran dan amarah yang ditunjukkan itu adalah bukti kasih sayang ibu bapa. Mereka tidak mahu melihat anak-anak mereka hanyut atau terjerumus ke dalam jurang dosa dan noda..

Begitu juga ujian yang Allah timpakan buat kita. Allah tahu, bila ujian menimpa, kebanyakan hamba-hambaNya akan berdoa, memohon dan merayu padaNya.. Mungkin sebelum ini kita terlalu leka dengan nikmat dunia, dan Allah mahu menyelamatkan kita dari terus alpa dan hanyut..lalu, diberinya ujian..ingatlah, ujian bukan bertujuan membebankan, tetapi ia mengembalikan fitrah seorang hamba.. Ia mendidik kita untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Ia mendekatkan manusia kepada Penciptanya.

Berikut merupakan persoalan yang manuisa selalu bangkitkan bila berhadapan dengan ujian..dan Subhanallah..semua persoalan tersebut telah Allah rungkaikan dalam firmanNya dalam kitab suci al-Quran, panduan hidup kita..

1. Kenapa aku diuji?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
-Al-Ankabut:2-3-

2. Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Al-Baqarah:216-

3 Kenapa ujian seberat ini?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Al-Baqarah:286-

4. Kenapa rasa frust?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu beriman."
-Ali-Imran:139-

5. Bagaimana harus aku menghadapinya?

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Al-Baqarah:45-

6. Apa yang aku dapat daripada semua ini?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka… ?"
-At-Taubah:111-

7. Kepada siapa aku berharap?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-At-Taubah:129-

8. Aku tak dapat hadapi ujian ini!!!

"… ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Yusuf:12-

Wallahu a'lam..

Friday, September 12, 2008

:: Fasa Kedua Ramadhan ::


Bismillahirrahmanirrahim..

" Ramadan awalnya rahmat, Pertengahannya keampunan, dan Pengakhirannya dijauhkan daripada azab dan api neraka."

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah masuk hari ke13 kita menjalani ibadah puasa..maksudnya, sekarang ni, kita dah masuk ke dalam fasa kedua bulan Ramadhan, iaitu fasa keampunan..Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab di atas muka bumi ini..

Walaupun sudah 13 hari berjaya ditempuhi, namun saya rasakan terlalu pantas masa berlalu..sedangkan terlalu sedikit bonus pahala yang saya dapat kumpul. Terlalu banyak azam, terlalu banyak jua halangan yang berpunca daripada diri sendiri sebenarnya. Entah la, saya tiba-tiba rindu suasana berpuasa kat Kisas. Rindu sangat-sangat untuk berbuka puasa dengan dorm mate..rindu untuk solat terawikh bersama. Rindu untuk menghidupkan malam dengan berqiamullail. Rindu segala-galanya.. Baru kini saya sedar, biah solehah kat sana tak mampu saya jumpa kat sini..mungkin ada, tapi saya yang tak terasa akan kewujudan dan kehadirannya dek terlalu banyak titik hitam kat hati ni.

Azam untuk mengkhatam 30 juzuk Al-Quran, saya pun tidak pasti apakah azam tersebut bakal terlaksana..yang pastinya azam tu saya dah tanam dalam diri sejak kat matric lagi, but until now, tak tercapai lagi..paling banyak yang boleh saya habiskan pun, 25 juzuk., Moga Allah permudahkan dan tunaikan harapan ni..kalau bukan tahun ini, mungkin tahun depan..tapi hati terdetik..bagaimana andai ini Ramadhan yang terakhir buat saya? Andai ini Ramadhan yang terakhir, biarlah Ramadhan ini yang paling bererti dan bermakna sepanjang hidup saya..

So, satu keputusan telah dibuat..If I wish to do something or if I want something, I need to go for it..Yeah, rite..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum kaum itu sendiri yang mahu mengubahnya.. So, I need to struggle and do my best to achieve what I have planned for. Langkah yang paling penting ialah, ke mana saja saya pergi(contohnya, pergi kelas..), I need to bring along my Quran, walaupun langkah ini sebenarnya saya nak cuba elakkan..bukannya apa, seelok-eloknya, biarlah setiap ibadah yang kita nak buat, tanpa orang melihat..biarlah ibadah itu hanya antara saya dan Allah..itu yang terbaik saya rasa..baik untuk saya, baik untuk anda..kenapa? Bila saya buat sesuatu kebaikan yang manusia tak nampak, ada dua kebaikan dan satu keburukan yang akal saya yang lemah ini mampu fikir..First, saya tak rasa riak..kedua, orang lain pun tak dapat dosa sebab dapat mengelakkan diri daripada mengutuk atau merendah-rendahkan kebaikan yang dibuat. Tapi, keburukannya ialah, saya tak dapat nak motivatekan orang lain untuk sama-sama beribadah..Namun, langkah ini terpaksa juga saya ambil dengan harapan ,nawaitu yang satu ini terlaksana pada Ramadhan kali ni..I have another 17 days(inshaAllah..) and I hoping the best for what i wish for. Rabbi yassir wala tu'assir..

Buat sesiapa yang membaca, moga Allah kuatkan hati dan jasad kita untuk terus menyelusuri sungai Ramadhan..pohon agar Dia kuatkan jiwa dan raga untuk menghadapi gelombang nafsu, Moga dirimu, wahai sahabat, tabah menempuhi arus ganas duniawi.. Moga keampunan dan rahmat Allah menanti di akhir pelayaranmu. Dengan impian syurgaNya menunggu bila kita tiba ke destinasi abadi..
Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,
Sesungguhnya hanya Engkau yang mengerti perasaanku saat dan tika ini..
Hamba memohon kekuatan daripadamu..
Kuatkan hati hambaMu ini Ya Allah..
Moga sisa-sisa hidupku yang aku sendiri tak pasti bila akan berakhir terisi dengan perkara yang mengundang keredhaanMu..
Amin Ya Rabbal alamin..

Tuesday, September 9, 2008

:: Sandaran Hati ::


Yakinkah ku berdiri
Di hampa tanpa tepi
Bolehkah aku
MendengarMu

Terkubur dalam emosi
Tanpa bisa bersembunyi
Aku dan nafasku
MerindukanMu

Terpuruk ku di sini
Teraniaya sepi
Dan ku tahu pasti
Kau menemani
Dalam hidupku
Kesendirianku

Teringat ku teringat
Pada janjiMu ku terikat
Hanya sekejap ku berdiri
Kulakukan sepenuh hati

Peduli ku peduli
Siang dan malam yang berganti
Sedihku ini tak ada erti
Jika Kaulah sandaran hati
Kaulah sandaran hati
Sandaran hati

Inikah yang Kau mahu
Benarkah ini jalanMu
Hanyalah Engkau yang ku tuju

Pegang erat tanganku
Bimbing langkah kakiku
Aku hilang arah
Tanpa hadirMu
Dalam gelapnya
Malam hariku


Pernah dangar tak lagu ni? I think most of us dah pernah dengar secara sengaja atau tak sengaja coz lagu ni memang popular.. Actually lagu ni dah lama tersimpan kat dalam laptop..oleh sebab banyak lagu yang menunggu giliran untuk didengar, lagu sandaran hati ni jarang saya dengar meskipun saya perasan lagu ni dikategorikan dalam lagu nasyid.
But sejak bulan puasa, saya banyak dengar lagu nasyid or yang sewaktu dengannya..lagu-lagu lagha(pada saya) perlu dikurangkan. Ini azam yang setakat ni, hampir 70% berjaya dilaksanakan..alhamdulillah. Time ni la baru saya tersentuh bila mendengar lagu ni..Mungkin saya menghayati sepenuhnya apa yang cuba disampaikan menerusi lirik yang saya kira ringkas dan mudah difahami.

Berbalik kepada lagu Sandaran Hati ni, ramai yang menganggap lagu ini didedikasikan buat si kekasih hati, buah hati, jantung hati, daun hati, ranting hati (pendek kata, pape la yang berkaitan dengan hati).. Tapi apabila lirik lagu ni diteliti dan dihayati, lagu ni sebenarnya berkonsepkan Ketuhanan di mana menyandarkan hati dan segala-galanya hanya pada Yang Maha Esa. Basically, apa yang saya faham melalui lirik lagu ni ialah, dalam apa jua keadaan, kita hanya perlu bergantung harap hanya pada Allah.. Lirik ni memberi motivasi sebenarnya, terutamanya part ini..

:: Sedihku ini tak ada erti Jika Kaulah sandaran hati ::

Bila kita merasa sedih, resah atau gelisah, mengadulah kepada Allah..sujud dan merayulah padaNya..kerana hanya Dia yang faham, sebab cuma Dia yang mengerti perasaan kita..Mohonlah kekuatan dan kelapangan dada daripadaNya.. Dan pada akhirnya, kita pasti dapat merasakan ketenangan, kekuatan, kesabaran dan ketabahan untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran..

Wallahu a'lam..

Friday, August 29, 2008

:: Ahlan wa sahlan ya Ramadhan ::


Bismillahirrahmanirrahim


Dikau semakin hampir tiba,
Menjadi tetamu seisi dunia,
Kehadiranmu bakal membawa bahagia,
Pada insan yang mendamba redhaNya..

Duhai Ramadhan yang mulia,
Meski persinggahanmu terasa sebentar cuma,
Namun kau menawarkan pahala berlipat ganda,
Bersama lailatul qadar, malam yang mulia..
Aku ingin ramadhan ini lebih baik dari sebelumnya,
Aku damba keberkatan lailatul qadar anugerahNya,
Moga Dia kuatkan hati dan jiwa raga,
Agar bisa kulalui segalanya dengan sempurna..

Salam sahabat-sahabat..
Di kesempatan ini, kirana ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan yang disengaja atau tak disengajakan..mohon dihalalkan segala-galanya.. Especially buat Angah, Aisyateru, Sue, Syud, LIB and szakif..maafkan segala ketelanjuran kata..thanx atas segala nasihat dan sokongan..

Since malam ni Kirana akan pulang ke pangkuan keluarga yang amat Kirana rindui, and since dekat rumah, internet connection is not available, I may not update my blog..but if umur panjang, 6/9 ni we'll meet again, inshaAllah..

Akhirul kalam, sekali lagi Kirana nak ucapkan:
"Selamat menyambut bulan Ramadhan..Ia datang bertamu hanya setahun sekali..Oleh itu isilah bulan yang penuh keberkatan ni dengan beribadah sebanyak-sebanyaknya dan semampu-mampunya.. kerana mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita.."


"Ahlan wa sahlan shahrul barakah"


Thursday, August 28, 2008

:: Nasihat buat diri ::


Nak ambil masa 5 minit je untuk tulis entry ni coz saat ni, rasa amat mengantuk..hehe..

"Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberiknaNya kepada suatu kaum, hingga kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Surah Al-Anfal, ayat 53

Wahai Hanisah yang sedang mengantuk,
Tolongla..
Jangan la mengantuk..
Banyak lagi nak kena baca..
Berlambak lagi yang kena ingat..

Bangun2!
Buka mata sebesar dan seluas-luasnya..
Sat je lagi..
Lagi beberapa jam je lagi..

Tengok notes Dr Tariq ni..
Sedih notes ni kalo Nisah tak nak baca..
Lagi sedih kalo Dr Tariq tahu Nisah tak habis baca..

K da cukup 5 minit..
Sambung study..
Chayok1000x..
Allah bersamamu..(",)

Tuesday, August 26, 2008

Pentingnya ungkapan ‘InshaAllah’


Bismillahirrahmanirrahim..

25/08/08
3.30pm
Dalam bas ( nak g exam Biostatistics kat KOS)


Saya duduk sebelah seorang kawan ni..Maka berlakulah perbualan di bawah:

“Calculator ni boleh guna lagi ke tak ek? Nak check la..kot-kot la habis bateri..” saya mengomel sambil tangan menekan-nekan calculator, tanda nak test calculator tu.

“Takkan la habis bateri..bukannya selalu guna pon..” Dia berkata sambil tersenyum melihat gelagat saya..tak tau la apa yang lawaknya..maybe aksi gelabah yang saya tunjukkan.

“Kite selalu guna calculator la..kite slalu kira perbelanjaan setiap hari” saya menjawab, xmahu menyerah kalah.

“Yela tu” Dia ketawa lagi.

25/08/08
4.30pm
Exam venue(Mawar Lab, KOS)


Time tengah memerah otak memikirkan jawapan untuk soalan exam, saya terdengar satu suara memanggil saya.

“Nisah..nisah….” kawan saya tu memanggil, dengan suara separuh berbisik.

Saya menoleh sedikit ke arah kawan.. “kenapa?” saya bertanya dgn muka sedikit berkerut.

“Kite nak pinjam calculator..calculator kite habis bateri..” dia menjawab..ada riak malu di wajahnya.

Entah mengapa, saya bagai tersentak time tu..lepas bagi calculator kat dia, tumpuan kat kertas exam terganggu seketika..saya terfikir..baru je tadi kawan saya tu cakap yang calculator kitorang(yang amat-amat jarang menggunakan calculator bcoz kitorang bkn budak Sc Math) takkan habis bateri.. but, dalam tempoh masa sejam je, Allah nak tunjuk kehebatanNya dgn kejadian tu.

.....

Lepas exam je, saya tanya dia, “Masa awak cakap yang calculator kite tak mungkin habis bateri tu, ada rasa riak tak time tu?" Gelabah je saya bertanya.

“Ada kot..” Ada nada sedikit kesal saat dia menjawab.

Saya terdiam sebentar..

“Kita sebenarnya tak boleh cakap sesuatu dgn begitu pasti kan? Tgk, macam tadi, sekejap je Allah nak tunjuk..” Saya mula menginsafi diri.

Dia mengangguk, “ Aah kan..kite pun tadi terkejut gak time bateri calculator kite habis..Lain kali, xboleh dah cakap macam tu”

Saat itu, rasa takut tiba-tiba..Teringat lagi dulu..saya selalu kata kat kakak, “suka sangat beli baju..buku tak mau beli..tgk macam dek t ni, tak dak pun nak beli2 baju” Memang pada masa tu, saya cukup susah untuk beli baju..tunggu harga murah bru nak beli..maybe saya begitu pasti saya tak akan berubah menjadi orang yang suka membeli baju.

But as time passed, saya plak suka beli baju sekarang..dan Allah tunjukkan time saya g ke kolej kakak kat Melaka. Memang saya membeli belah sakan..tak pernah-pernah beli 4 helai t-shirt sekaligus, tp time tuh, jadi rambang mata coz suma t-shirt kat situ lawa2+agak murah..last-last, beli sampai 4 helai..ish2..kaya la negeri Melaka hasil pelaburan saya..
Kakak pun apa lagi, mengejek saya..”aik, banyak beli Nampak..kalah kak..”
Ok, time tu, I’m speechless..hanya mampu tersengih..

Mak jugak pernah cerita. Mak kata, “Dulu, time mak anak dara, mak cukup tak suka orang yang perut buncit..mak siap kata kat diri sendiri tak mau suami yang perut buncit..tapi lepas mak kahwin dengan abah, perut abah terus buncit..tu la, dulu siap pasti yang mak takkan kahwin dengan orang yang perut buncit..” mak cerita sambil ketawa.. walaupun cerita tu lawak, tapi terselit satu pengajaran yang besar kat situ..

Jangan sesekali kita sure sesuatu benda tu tak akan berlaku pada kita or kita yakin sesuatu benda tu pasti berlaku pada kita. Sebaliknya, yakinlah hanya Allah yang menetapkan segala sesuatu.. manusia hanya mampu merancang, tp Allah yang menentukan perancangan tu terlaksana ataupun tidak.

So, pengajaran wat sesapa yang baca entry ni, esp me myself, jangan begitu pasti dengan apa yang kita ucapkan..Contohnya, “bila besar nanti, aku confirm nak beli kereta ni", "aku nak kahwin bila aku dah kerja", "aku mesti beli rumah ni before aku kahwin",etc.

Bukan saya menyatakan tak boleh merancang, tapi akhirilah setiap perancangan dengan menyebut kalimah “inshaAllah” atau “kalau Allah izinkan”, atau apa2 perkataan yang menunjukkan perancangan kita disertakan dengan sandaran pada Allah sebagai penentu segalanya, atau sekurang-kurangnya niat dalam hati kita menunjukkan kebergantungan kita pada Alllah, bukan semata-mata pada apa yang kita rancangkan.

So, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah.

Wallahu a’lam.

Monday, August 25, 2008

:: Duhai hati ::


Kadangkala,
Terasa terlalu banyak kekurangan pada diri ini..
Hingga mengheret hatiku melupakan nikmat yg Dikau berikan..
Bukan satu, tidak dua..
Malah terlalu banyak anugerahMu buatku..
Tak terhitung dek butiran pasir..
Tak tertulis dek selautan air..

Tika itu,
Saat musuh yang nyata bagiku membisikkan tipu daya..
Aku mula mempersoalkan..
Kenapa aku tak dapat apa yang aku mahukan?
Hati terus bertanya, kenapa, kenapa dan kenapa?

Lalu,
tiba-tiba..
Aku terlihat seseorang..
Berjalan perlahan..
Pergerakannya nampak payah..
Sambil tangan memegang tongkat..

Lantas,
Diri ini bagai tersedar dari kealpaan..
Umpama terjaga dari mimpi kelalaian..
Aku beristighfar..
Astaghfirullahal 'azim..
Syahdu hati saat kalimah itu aku ungkapkan..
Terasa diri kembali kepada fitrah kehambaan..

Hati berbisik hiba,
"Terima kasih Ya Allah.."
"Terima kasih atas segala nikmat yang kau telah dan masih berikan kepadaku..
Aku akan terus berdoa dan memohon kepadaMu..
Andai apa yang aku pohonkan tidak Dikau perkenankan..
Aku yakin, itu adalah yang terbaik untukku..
kerana hanya Dikau yang Maha Mengetahui.."

Duhai hati,
Wahai jiwa,
Terimalah segala pemberian Ilahi seadanya..
Kerana itulah yang terbaik untukmu..
Sebab hanya Dia yang menentukan segalanys..

Redhalah dengan setiap ketentuan,
Maka di situ,
Kau akan memperoleh ketenangan..
Dan di akhir jalan,
Kau akan sedar hikmah di sebalik ratapan dan tangisan..

Sunday, August 24, 2008

:: Tazkirah Dhuha ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Oleh sebab Kirana telah bangun agak lambat hari nie, tazkirah subuh tak dapat diberi..so, tazkirah dhuha pun bole la ek..=p

Kali ni, nak cakap pasal amalan membaca al-ma'thurat..actually, kirana mula mengenali ma'thurat semasa masuk ke KISAS..sebelum tu, i've no idea at all about what is ma'thurat..at first, nak sebut ma'thurat pun terbelit-belit jugak..

Kat sana(KISAS), setiap kali lepas solat Subuh dan Asar, kitorang wajib membaca ma'thurat.. walaupun kirana baru merasai budaya begitu, tapi alhamdulillah, Allah mempermudahkan..thank you Allah..

Ok, berbalik kepada tajuk asal, Ma'thurat merupakan himpunan zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW..Dari Annas ra. Rasulullah bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang, nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan
mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya."
~Riwayat Tabrani dan Hakim~

Kita dapat mengamalkan 10 ayat dari surah al-Baqarah apabila kita membaca al-ma'thurat kerana di dalam al-ma'thurat terdaapt 11 ayat dari surah al-baqarah..
Di samping itu, terdapat himpunan doa yang amat bersesuaian dengan kita. Antara doa yang kirana sendiri suka dan menghafalnya adalah:

Alllahumma anta Rabbi, La ilaha illa anta, khala'tani, wa ana 'abduka wa ana 'ala 'ahdika wa wa'dika mastato'..a'uzubika min sharrima sona'tu, abu ulaka bini'matika 'alayya wa abuu bizambi faghfirli..fainnahu la yaghfiruzzunuba illa anta..

Maksudnya: Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui dengan sebenar-benarnya akan nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

Oleh itu, Kirana ingin menyeru diri Kirana sendiri(yang selalu lupa untuk mengamalkan) dan sahabat2 supaya kita bersama-sama mengamalkan al-ma'thurat ni..moga redha dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita..moga kita bukan sahaja boleh bergelak ketawa dan riang bergembira di dunia ini, tapi bersuka ria dan bersenang-lenang di akhirat nanti..amin..

Wallahu a'lam..

Saturday, August 23, 2008

:: Tazkirah Subuh ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Sobahalkhoir sahabat2..
Moga hari ini datang membawa sinar kebahagiaan dan yg paling penting moga hari ni lebih baik daripada semalam..
Sebenarnya, tazkirah ni nak ditujukan buat diri sendiri..
Entah mengapa, sejak akhir-akhir ni, rasa diri ni jauh daripada Allah..rasa macam kekurangan makanan rohani..Mungkin diri terlebih memberi makanan untuk organ dan tisu dalam badan sehinggakan terlupa bahawa makanan untuk hati nurani perlu jugak diberi..

Lepas solat Subuh td, saya membaca surat cinta dari Rabbul Izzati.. Saya terjumpa satu ayat ni..Allah berfirman:

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka(seraya berfirman), "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab, "Betul(Engkau Tuhan kami), kami bersaksi". Kami lakukan yang demikian itu agar di hari kiamat kamu tidak menyatakan "Sesungguhnya ketika itu kami tidak lengah terhadap ini,"

Atau agar kamu tidak menyatakan, "Sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami adalah keturunan yang (datang) setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang (dahulu) yang sesat?"
~Surah Al-a'raf, 172-173~

Seperti yang kebanyakan daripada kita sedia maklum, sebelum kita ditempatkan dalam rahim ibu, sebelum kita dilahirkan ke dunia ni, kita dah berjanji dengan Allah, bahawa kita semua bersaksi, Allah adalah Tuhan kita dan kita akan mengabdikan diri sebagai hambaNya sepanjang kita hidup di dunia..Tapi sebagai manusia, kita sememangnya mudah lupa..Kekayaan yang amat sedikit jika nak dibandingkan dengan kekayaan yang dijanjikan di syurga kelak menenggelamkan kita.. Kemewahan dunia mengheret kita ke lembah kebinasaan.. Membuatkan kita terlupa bahawa hidup di dunia ini hanya sementara, hanya sekejap sesangat jika nak dibandingkan dengan akhirat nanti..di negeri sana, kita akan hidup buat selama-selamanya..Cuba bayangkan, andai kita leka daripada melakukan perintah Alah di dunia ni, bagaimana kita nak hadapi azab Allah di sana nanti? Sedangkan di sana nanti, satu hari bersamaan 1000 tahun? Bila kulit dan badan kita hancur dimamah api neraka, Allah gantikan dengan angota badan yang baru dan azab diulang lagi..Ya Allah, bagaimana mngkin kami mampu nak hadapi semua azabMu?

Ya Allah Ya Tuhanku..
Saat ini hamba merasa amat takut..
Terlalu takut..
Kerana hamba tak mampu untuk menghadapi azab api nerakaMu
meski pun walau untuk sekali cuma..

Ya Rabbi,
Ampunilah dosa-dosa hamba..
Tak tertahan lagi untuk menaggung beban dosa yang menggunung tinggi..
Bagaimana hamba mampu untuk menggalas beban dosa ini untuk merentas titian siratMu?
Adakah hamba akan tersungkur jatuh ke dalam jurang api neraka?
Hindari hamba dari semua itu Ya Allah..
Selamatkan hamba Ya Allah..

Ya Zal Jalali wal Ikram..
Andai hati yang hamba miliki ini telah layu,
Siramilah ia dengan kasih sayang dan rahmatMu..
Andai hati ini telah mati dek disirami racun dosa dan maksiat,
Hamba pohon agar dikurniakan hati baru,
Hati yang suci lagi bersih.
Agar hamba bisa menjaga dan menyiraminya kembali..
Agar dapat hamba menjaganya dari terus dinodai titik hitam..

Hijaz-Alam Rohani

Bermula dari alam rohani
Kita berjanji pada Ilahi
Hidup didunia sebagai hamba
Menyembah Tuhan
buat bekalan hari kemudian

Biarpun dalam beronak duri
Cubaan Tuhan silih berganti
Kerana iman tetap dihati
Demi akhirat betapa berat ditempuh jua

Telah menjadi resam dunia
Akan beruntung siapa yang leka
Iman termahal paling berharga
Perlu berkorban mendapatkannya

Miskin dan kaya bukan ukuran
Iman dan taqwa nilaian Tuhan
Ganjaran syurga sedia menanti
Hidup disana kekal abadi

Kepada Tuhan panjatkan doa
Petunjuk jalan pada yang Esa
Moga dipimpin dipelihara
Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah


Friday, August 22, 2008

:: Hati ::


Siti Nurhaliza - Hati

Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Ini bukan mainan cinta

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa
Janji janji cinta

Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pencinta bangsa

Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hati asmara ku
Kini bebas hati bersatu
Ooo hati


Lagu ni baru di download semalam..time tgh search lagu kat www.4shared.com, terjumpa lagu ni..so download la..=p nak kata minat sgt kat Siti, xdak la sgt..tp sebab kelunakan suara yang Allah anugerahkan kat dia, membuatkan suka bila dengar kebanyakan lagu dia..

First time dengar lagu ni, pg tadi..bila dengar je, terus rasa suka..maybe hasil drpda kombinasi lirik yang best dan alunan suara penyanyi yang 'mantop', lagu ni mampu menarik minat pendengar..

But, setiap org, xsama saiz telinga, xsama jenis telinga, xsama DNA sequence kat telinga, xsama cara pemprosesan gelombang bunyi yg masuk..hehe..so, suka or tak suka, terpulang la pada penilaian telinga masing2..

Terima kasih..

:: Buat mak & abah ::


Untukmu yang tersayang

Untukmu yang tersayang
Bermain di fikiran
Apakah masih ada ruang
Untuk bersama

Padamu ayah bonda
Permata hati bersinar
Doa yang ku damba untukmu
Tanda cintaku, tanda kasihku

Lihatlah diriku ini
Hasil titik peluhmu mendidik
Hingga ku genggam bintang di langit
Indah terang bercahaya

Anak solehah idaman insan bertaqwa
Kan terkota akhirnya
Gerbang bahagia setia menanti
Tanda keikhlasan hati ini

Pengorbananmu menggunung tinggi
Kasih sayang mu bima sakti
Tiada cara untukku atasi

Mulianya dirimu di sisi Yang Esa
Kau permata hatiku
ayah dan bonda


Permataku


Sunyi selubungi malam
Mengusik minda yang terlontar jauh

Masih hangat terasa
Tangan yang membelai
Yang mengusik manja..

Daku damba kasihmu
Biar jadi pedoman
Buat penyuluh jalan
Kugapai impian..

Angin, kau nyanyikan lagu
Untuk permataku
Tenang selalu

Bayu sampaikan berita
Daku kini ceria
aman dan bahagia

Selimutkan rinduku
bersama malammu..

Hadirlah kau
dalam mimpiku
Agar kau selalu
ada disisiku..

Rindu belaian kasihmu
Rindu senyumanmu
Penawar lukaku..
Dengarkan laguku
hadiah untukmu
Jasa dan baktimu
ku kenang selamanya..

Dikaulah cahaya
Bila malam menjelma
Kasihmu membawa ke syurga
Dan redha yang Esa