Sunday, August 24, 2008

:: Tazkirah Dhuha ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Oleh sebab Kirana telah bangun agak lambat hari nie, tazkirah subuh tak dapat diberi..so, tazkirah dhuha pun bole la ek..=p

Kali ni, nak cakap pasal amalan membaca al-ma'thurat..actually, kirana mula mengenali ma'thurat semasa masuk ke KISAS..sebelum tu, i've no idea at all about what is ma'thurat..at first, nak sebut ma'thurat pun terbelit-belit jugak..

Kat sana(KISAS), setiap kali lepas solat Subuh dan Asar, kitorang wajib membaca ma'thurat.. walaupun kirana baru merasai budaya begitu, tapi alhamdulillah, Allah mempermudahkan..thank you Allah..

Ok, berbalik kepada tajuk asal, Ma'thurat merupakan himpunan zikir dan doa yang diamalkan oleh Rasulullah SAW..Dari Annas ra. Rasulullah bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang, nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan
mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya."
~Riwayat Tabrani dan Hakim~

Kita dapat mengamalkan 10 ayat dari surah al-Baqarah apabila kita membaca al-ma'thurat kerana di dalam al-ma'thurat terdaapt 11 ayat dari surah al-baqarah..
Di samping itu, terdapat himpunan doa yang amat bersesuaian dengan kita. Antara doa yang kirana sendiri suka dan menghafalnya adalah:

Alllahumma anta Rabbi, La ilaha illa anta, khala'tani, wa ana 'abduka wa ana 'ala 'ahdika wa wa'dika mastato'..a'uzubika min sharrima sona'tu, abu ulaka bini'matika 'alayya wa abuu bizambi faghfirli..fainnahu la yaghfiruzzunuba illa anta..

Maksudnya: Allahumma, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdiMu, dan aku berada dalam perjanjian denganMu, ikrar kepadaMu, (yang akan ku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung padaMu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui dengan sebenar-benarnya akan nikmatMu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

Oleh itu, Kirana ingin menyeru diri Kirana sendiri(yang selalu lupa untuk mengamalkan) dan sahabat2 supaya kita bersama-sama mengamalkan al-ma'thurat ni..moga redha dan kasih sayang Allah sentiasa bersama kita..moga kita bukan sahaja boleh bergelak ketawa dan riang bergembira di dunia ini, tapi bersuka ria dan bersenang-lenang di akhirat nanti..amin..

Wallahu a'lam..

2 komen:

Unknown on August 25, 2008 at 12:20 AM said...

camne ye nak konsisten baca mathurat ustazah?

panjang la mathurat tuh.. *alasan biasa yang orang bagi

KiRaNa on August 25, 2008 at 7:20 AM said...

szakif,
'ustazah' pun tak konsisten baca ma'thurat..hehe..
alasan ,bkn panjang sgt ma'thurat tu, tp terlupa+xcukup masa..
mmg la panjang, tp tu pada permulaan je..
bla da slalu bca, dalam 10min da bole abis..
kalo nak yang pendek, bca yg ada tanda * je..
tq..