Monday, August 25, 2008

:: Duhai hati ::


Kadangkala,
Terasa terlalu banyak kekurangan pada diri ini..
Hingga mengheret hatiku melupakan nikmat yg Dikau berikan..
Bukan satu, tidak dua..
Malah terlalu banyak anugerahMu buatku..
Tak terhitung dek butiran pasir..
Tak tertulis dek selautan air..

Tika itu,
Saat musuh yang nyata bagiku membisikkan tipu daya..
Aku mula mempersoalkan..
Kenapa aku tak dapat apa yang aku mahukan?
Hati terus bertanya, kenapa, kenapa dan kenapa?

Lalu,
tiba-tiba..
Aku terlihat seseorang..
Berjalan perlahan..
Pergerakannya nampak payah..
Sambil tangan memegang tongkat..

Lantas,
Diri ini bagai tersedar dari kealpaan..
Umpama terjaga dari mimpi kelalaian..
Aku beristighfar..
Astaghfirullahal 'azim..
Syahdu hati saat kalimah itu aku ungkapkan..
Terasa diri kembali kepada fitrah kehambaan..

Hati berbisik hiba,
"Terima kasih Ya Allah.."
"Terima kasih atas segala nikmat yang kau telah dan masih berikan kepadaku..
Aku akan terus berdoa dan memohon kepadaMu..
Andai apa yang aku pohonkan tidak Dikau perkenankan..
Aku yakin, itu adalah yang terbaik untukku..
kerana hanya Dikau yang Maha Mengetahui.."

Duhai hati,
Wahai jiwa,
Terimalah segala pemberian Ilahi seadanya..
Kerana itulah yang terbaik untukmu..
Sebab hanya Dia yang menentukan segalanys..

Redhalah dengan setiap ketentuan,
Maka di situ,
Kau akan memperoleh ketenangan..
Dan di akhir jalan,
Kau akan sedar hikmah di sebalik ratapan dan tangisan..

5 komen:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
KiRaNa on August 26, 2008 at 8:57 AM said...

buat theiceworld,
kirana terpaksa delete ur comments bcoz u dont want anybody to know ur blog..
sorry..=(

diana on August 26, 2008 at 10:28 AM said...

is it ur poem?
n what is the meaning of this stanza?
i don't understand

Lalu,
tiba-tiba..
Aku terlihat seseorang..
Berjalan perlahan..
Pergerakannya nampak payah..
Sambil tangan memegang tongkat..

KiRaNa on August 26, 2008 at 6:56 PM said...

diana,
hehe..
sori if d poem is not understandable..
i'm not good at all in writing poem..

mksudnya, time kite sdg rasa byknya kekurgn pada diri kite, kite nampak seseorg yg jalan guna tongkat..
pastu, kite jd insaf la..
at least, walau byk kekurgn kite, kite still bole jln ngan baik..

do u understand now?=p