Tuesday, August 5, 2008

Rindu bertandang lagi..


Saat ini..
Hati merintih hiba..
Mendambakan kehadiranmu..
Merindukan kata2 azimat dari bibirmu..

Andai dirimu menemaniku saat ini..
Pasti kesedihan ini hilang dari kalbuku..
Andai dirimu mampu mendengar luahanku kala ini..
Pasti kau akan memujukku sedaya upayamu..

Wahai ibu,
Andai ku punya sayap..
Akan kuterbang ke pangkuanmu..
Ingin ku memelukmu erat..
Walaupun untuk seketika..
Agar resah ini lenyap dari fikiranku..

Wahai ayah,
Ingin ku mendengar kata nasihatmu lagi..
Meskipun untuk sesaat cuma..
Agar jiwa ini tenang semula..
Moga ku beroleh kekuatan..
Untuk terus melangkah ke hadapan..

Wahai diri..
Usah biarkan diri lemas dalam lautan kekecewaan..
Kau masih punya ayah dan ibu..
Ketahuilah bhwa doa mereka sentiasa mengiringi..
Dan kau harus ingat..
Kau ada DIA untuk terus bergantung harap..
DIA sentiasa ada bersama saat kau berduka mahupun bergelak ketawa..
Tak pernah walau sekali kau terlepas dari pandanganNYA..

Andai kau kecewa..
Merintihlah kepadaNYA..
Jgn melupakanNYA..
Kerana di saat kau terluka..
Hanya DIA yg Maha mengerti dan memahami..
Dan hanya DIA jua yg merawat kepedihan hati yg kau alami..

0 komen: