Sobahalkhoir sahabat2..
Moga hari ini datang membawa sinar kebahagiaan dan yg paling penting moga hari ni lebih baik daripada semalam..
Sebenarnya, tazkirah ni nak ditujukan buat diri sendiri..
Entah mengapa, sejak akhir-akhir ni, rasa diri ni jauh daripada Allah..rasa macam kekurangan makanan rohani..Mungkin diri terlebih memberi makanan untuk organ dan tisu dalam badan sehinggakan terlupa bahawa makanan untuk hati nurani perlu jugak diberi..
Lepas solat Subuh td, saya membaca surat cinta dari Rabbul Izzati.. Saya terjumpa satu ayat ni..Allah berfirman:
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu mengeluarkan dari sulbi(tulang belakang) anak cucu Adam keturunan mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap roh mereka(seraya berfirman), "Bukankah aku ini Tuhanmu?" mereka menjawab, "Betul(Engkau Tuhan kami), kami bersaksi". Kami lakukan yang demikian itu agar di hari kiamat kamu tidak menyatakan "Sesungguhnya ketika itu kami tidak lengah terhadap ini,"
Atau agar kamu tidak menyatakan, "Sesungguhnya nenek moyang kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami adalah keturunan yang (datang) setelah mereka. Maka apakah Engkau akan membinasakan kami kerana perbuatan orang-orang (dahulu) yang sesat?"
~Surah Al-a'raf, 172-173~
Seperti yang kebanyakan daripada kita sedia maklum, sebelum kita ditempatkan dalam rahim ibu, sebelum kita dilahirkan ke dunia ni, kita dah berjanji dengan Allah, bahawa kita semua bersaksi, Allah adalah Tuhan kita dan kita akan mengabdikan diri sebagai hambaNya sepanjang kita hidup di dunia..Tapi sebagai manusia, kita sememangnya mudah lupa..Kekayaan yang amat sedikit jika nak dibandingkan dengan kekayaan yang dijanjikan di syurga kelak menenggelamkan kita.. Kemewahan dunia mengheret kita ke lembah kebinasaan.. Membuatkan kita terlupa bahawa hidup di dunia ini hanya sementara, hanya sekejap sesangat jika nak dibandingkan dengan akhirat nanti..di negeri sana, kita akan hidup buat selama-selamanya..Cuba bayangkan, andai kita leka daripada melakukan perintah Alah di dunia ni, bagaimana kita nak hadapi azab Allah di sana nanti? Sedangkan di sana nanti, satu hari bersamaan 1000 tahun? Bila kulit dan badan kita hancur dimamah api neraka, Allah gantikan dengan angota badan yang baru dan azab diulang lagi..Ya Allah, bagaimana mngkin kami mampu nak hadapi semua azabMu?
Ya Allah Ya Tuhanku..
Saat ini hamba merasa amat takut..
Terlalu takut..
Kerana hamba tak mampu untuk menghadapi azab api nerakaMu
meski pun walau untuk sekali cuma..
Ya Rabbi,
Ampunilah dosa-dosa hamba..
Tak tertahan lagi untuk menaggung beban dosa yang menggunung tinggi..
Bagaimana hamba mampu untuk menggalas beban dosa ini untuk merentas titian siratMu?
Adakah hamba akan tersungkur jatuh ke dalam jurang api neraka?
Hindari hamba dari semua itu Ya Allah..
Selamatkan hamba Ya Allah..
Ya Zal Jalali wal Ikram..
Andai hati yang hamba miliki ini telah layu,
Siramilah ia dengan kasih sayang dan rahmatMu..
Andai hati ini telah mati dek disirami racun dosa dan maksiat,
Hamba pohon agar dikurniakan hati baru,
Hati yang suci lagi bersih.
Agar hamba bisa menjaga dan menyiraminya kembali..
Agar dapat hamba menjaganya dari terus dinodai titik hitam..
Hijaz-Alam Rohani
Bermula dari alam rohani
Kita berjanji pada Ilahi
Hidup didunia sebagai hamba
Menyembah Tuhan
buat bekalan hari kemudian
Biarpun dalam beronak duri
Cubaan Tuhan silih berganti
Kerana iman tetap dihati
Demi akhirat betapa berat ditempuh jua
Telah menjadi resam dunia
Akan beruntung siapa yang leka
Iman termahal paling berharga
Perlu berkorban mendapatkannya
Miskin dan kaya bukan ukuran
Iman dan taqwa nilaian Tuhan
Ganjaran syurga sedia menanti
Hidup disana kekal abadi
Kepada Tuhan panjatkan doa
Petunjuk jalan pada yang Esa
Moga dipimpin dipelihara
Dunia akhirat bakal mendapat nikmat barakah
0 komen:
Post a Comment