Tuesday, December 30, 2008

:: Alhamdulillah ::


Pukul 9 pg tadi, saya call Hospital Sultan Abdul Halim kat Sungai Petani untuk tanya sama ada permohonan saya untuk jalani latihan industri atau orang putih cakap industrial training diluluskan atau tidak..mula2, ingat nak serahkan saja semua urusan kat Bro Fuad..tapi bila seorang kawan saya dah call kat tempat praktikal yang dia mintak, n permohonan dia ditolak, saya jadi cuak..ye la, kalau tak dapat kat Sungai Petani, saya kena mintak kat tempat lain..itu bermaksud saya kena berjauhan dengan family..waa..tak nak!! nak duk umah!!

So dengan penuh rasa berdebar, saya call hospital tersebut..

"Assalamualaikum.." saya memulakan bicara..

"Waalaikumussalam.."

"Ni hospital Sultan Abdul Halim ke?" kot2 la saya tersilap call ke..hehe..

"Ya.."

"Hmm..saya pelajar dari UIA..saya nak tanya pasal permohonan saya untuk praktikal..pihak UIA dah hantar surat dekat sebulan dah.."

"Sat naa dik.."

Kakak yang baik+berbudi bahasa(^_^) tu menyambungkan talian kepada kakak kedua..kakak kedua menyambungkan talian kepada kakak ketiga..kakak ketiga pulak menyambungkan talian kepada kakak keempat..kakak keempat ni la yang bertanggungjawab untuk uruskan permohonan praktikal..huhu..banyak sungguh kakak yang terlibat..hehe..
(semua kakak2 di atas amat baik dan berbudi bahasa..(^_^) )

Lepas gtau nama, kakak keempat tu tolong checkkan..

"Siti Hanisah Md Puzi, kan?

"Aah.." saya menanti dengan penuh debaran..huhu..

"Lembaga Pengarah bahagian Pathology dah buat mensyuarat dan depa dah luluskan permohonan adik..nanti adik check dengan office latihan industri naa..surat dah dihantar.."

"oo..yaka?terima kasih naa..assalamualaikum.."

-talian dimatikan-

alhamdulillah!!! seronoknya..hanya Allah yang tahu perasaan saat itu..
terus call mak n gtau berita gembira lagi menyeronokkan itu..(^_^)

so balik rumah ni kena berlatih bawa kereta..
huhu..
nasib baik jalan ke hospital tak masuk pusat bandar..
kalau tak, mesti saya menangis tak berlagu..haha..


6 komen:

Szakif on December 30, 2008 at 7:11 PM said...

biasenye kalo minta buat kat hospital kerajaan memang diorang takkan tolak, pasal memang ade space untuk student buat praktikal pon.. ape2pun tahniah eh. semoga beroleh pengalaman yang berharga sepanjang menjaalankan tugas latihan industri. apa yang pasti, penat bekerja tak sama dengan penat belajar. first week most member aku tido awal pasal baru nak adapt dengan kepenatan yang baru. hehe~

Szakif on December 30, 2008 at 7:11 PM said...

eh mane perginya chatbox ko ni nisah?

© Liyana.Sara.Salleh on December 30, 2008 at 9:02 PM said...

wah, tahniah kak...
dapat kat tempat sendiri...
btw,akak buat concentration ape ye???

mengenangkan bila tiba masa saya untuk buat industrial training nanti...
hmmm, macam susah je nak dapat kat Kulim...
kalau leceh sangat nak minta area KL la...
abang2 pun ada kat sana... :D

KiRaNa on December 30, 2008 at 10:26 PM said...

szakif,
owh, camtu eh?
oo..patutla kwn sy xdpt coz dia mintak private..
tu la..moga dapat adaptkan diri..
btw, thanx senior..huhu..

chatbox tu terdelete time ubah bg blog ni..huhu..
nti2 la baru nak ltk balik..hehe..

liyana,
thanx..
bahagia sesgt coz dpt ngan family..hehe..
mintak la kat area penang or sg petani..
dekat jugak kan ngan kulim?huhu..
tp kalo kat kl senang dpt kot..
lgpun byk tempat bole apply..
xpe la coz yana ada abg kat sana..
cam k nisah, ada mak cik je kat sana..
segan la pulak nak tumpang rumah dorg..
kalau adik beradik, kurang la ke'segan'an tu..hehe..
try search tempat drpd sekarang la..
cam k nisah, mmg dok aim hospital tu je coz plg dekat ngan umah..hehe..

hmm..utk concentration, k nisah cam confuse lg..
mungkin environmental health..
tp tak akan amik CPR(cam senior kat ats ni..huhu..)kot..
ntah la..kna wat solat istikharah byk2 la kot..=)

Szakif on December 31, 2008 at 8:09 AM said...

kalo nak senang skor, amik je CPR. hehe~

serius aku cakap.

KiRaNa on January 1, 2009 at 8:20 PM said...

bg org yg pandai, mayb senang skor kot..
tp bg yg krg pandai+xminat+xberbakat, cane ye?
btw, thanx atas promotion tuk CPR..=p