Sunday, December 28, 2008

:: Sila ambil perhatian! ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang ni, kebanyakan daripada kita telah pun tahu berkenaan blog yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW..pemilik blog tersebut bernama Adibah Ahmad..mungkin nama sebenar..mungkin juga nama samaran..tidak mustahil juga kalau ada orang yang sengaja menggunakan nama tersebut..semuanya mungkin dalam alam siber ni..tapi blog tersebut telah didelete..
Bukan isu nama yang hendak diperkatakan di sini, tapi tujuan sebenar blog tersebut..sebenarnya, dua hari lepas, saya mendapat satu instant message daripada sorang kawan kat ym..kat mesej tu, tertulis "blog yang menghina Nabi(beserta dengan blog address).." bila tengok je blog tu, perkataan pertama yang keluar dari bibir saya ialah..astaghfirullahl'azim..menitis air mata saya saat tu..yang membuatkan saya pelik, aim sebenar blogger tu macam nak menghina Rasulullah je..kebanyakan entry menampakkan penulis begitu benci dengan Nabi..tak tau la kenapa dia boleh jadi macam tu..pastu, banyak jugak gambar-gambar kartun 'nabi' dan didakwa dilukis sendiri oleh penulis..
p/s: moga dosa orang tesebut diampunkan..moga dia diberikan hidayah dan bertaubat..itu je yang bole saya komen..tak berani nak cakap lebih..sama2 kita berdoa moga tak ada umat Islam yang terpengaruh dengan blog seumpama itu..kalo terjumpa, sila flag blog tersebut..

0 komen: