Friday, September 12, 2008

:: Fasa Kedua Ramadhan ::


Bismillahirrahmanirrahim..

" Ramadan awalnya rahmat, Pertengahannya keampunan, dan Pengakhirannya dijauhkan daripada azab dan api neraka."

Sabda Rasulullah SAW:

“Sesiapa saja yang berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan menghisab diri sendiri akan diampunkan dosanya yang lalu.”
(Hadis riwayat Imam Muslim)

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah masuk hari ke13 kita menjalani ibadah puasa..maksudnya, sekarang ni, kita dah masuk ke dalam fasa kedua bulan Ramadhan, iaitu fasa keampunan..Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik untuk terus menjalankan tugas dan tanggungjawab di atas muka bumi ini..

Walaupun sudah 13 hari berjaya ditempuhi, namun saya rasakan terlalu pantas masa berlalu..sedangkan terlalu sedikit bonus pahala yang saya dapat kumpul. Terlalu banyak azam, terlalu banyak jua halangan yang berpunca daripada diri sendiri sebenarnya. Entah la, saya tiba-tiba rindu suasana berpuasa kat Kisas. Rindu sangat-sangat untuk berbuka puasa dengan dorm mate..rindu untuk solat terawikh bersama. Rindu untuk menghidupkan malam dengan berqiamullail. Rindu segala-galanya.. Baru kini saya sedar, biah solehah kat sana tak mampu saya jumpa kat sini..mungkin ada, tapi saya yang tak terasa akan kewujudan dan kehadirannya dek terlalu banyak titik hitam kat hati ni.

Azam untuk mengkhatam 30 juzuk Al-Quran, saya pun tidak pasti apakah azam tersebut bakal terlaksana..yang pastinya azam tu saya dah tanam dalam diri sejak kat matric lagi, but until now, tak tercapai lagi..paling banyak yang boleh saya habiskan pun, 25 juzuk., Moga Allah permudahkan dan tunaikan harapan ni..kalau bukan tahun ini, mungkin tahun depan..tapi hati terdetik..bagaimana andai ini Ramadhan yang terakhir buat saya? Andai ini Ramadhan yang terakhir, biarlah Ramadhan ini yang paling bererti dan bermakna sepanjang hidup saya..

So, satu keputusan telah dibuat..If I wish to do something or if I want something, I need to go for it..Yeah, rite..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum kaum itu sendiri yang mahu mengubahnya.. So, I need to struggle and do my best to achieve what I have planned for. Langkah yang paling penting ialah, ke mana saja saya pergi(contohnya, pergi kelas..), I need to bring along my Quran, walaupun langkah ini sebenarnya saya nak cuba elakkan..bukannya apa, seelok-eloknya, biarlah setiap ibadah yang kita nak buat, tanpa orang melihat..biarlah ibadah itu hanya antara saya dan Allah..itu yang terbaik saya rasa..baik untuk saya, baik untuk anda..kenapa? Bila saya buat sesuatu kebaikan yang manusia tak nampak, ada dua kebaikan dan satu keburukan yang akal saya yang lemah ini mampu fikir..First, saya tak rasa riak..kedua, orang lain pun tak dapat dosa sebab dapat mengelakkan diri daripada mengutuk atau merendah-rendahkan kebaikan yang dibuat. Tapi, keburukannya ialah, saya tak dapat nak motivatekan orang lain untuk sama-sama beribadah..Namun, langkah ini terpaksa juga saya ambil dengan harapan ,nawaitu yang satu ini terlaksana pada Ramadhan kali ni..I have another 17 days(inshaAllah..) and I hoping the best for what i wish for. Rabbi yassir wala tu'assir..

Buat sesiapa yang membaca, moga Allah kuatkan hati dan jasad kita untuk terus menyelusuri sungai Ramadhan..pohon agar Dia kuatkan jiwa dan raga untuk menghadapi gelombang nafsu, Moga dirimu, wahai sahabat, tabah menempuhi arus ganas duniawi.. Moga keampunan dan rahmat Allah menanti di akhir pelayaranmu. Dengan impian syurgaNya menunggu bila kita tiba ke destinasi abadi..
Ya Allah,
Ya Rahman,
Ya Rahim,
Sesungguhnya hanya Engkau yang mengerti perasaanku saat dan tika ini..
Hamba memohon kekuatan daripadamu..
Kuatkan hati hambaMu ini Ya Allah..
Moga sisa-sisa hidupku yang aku sendiri tak pasti bila akan berakhir terisi dengan perkara yang mengundang keredhaanMu..
Amin Ya Rabbal alamin..

2 komen:

Firhan A. on September 13, 2008 at 4:05 PM said...

setuju22...
thn2 lpas kite mmg xde wat ape pun dlm bulan ni, janji puase je, tp ibadah lain x buat... skrg baru terasa betapa ruginyer... *sobsob*

Alhamdulillah Ramadhan thn ni kite rs mcm sgt b'smgt nak bykkan ibadah & m'dktkn diri ngan Allah.. mungkin dh dpt hidayah kut..:)

Harap2 segala amalan kita pd bln ni diterima olehNya, Amin...

KiRaNa on September 13, 2008 at 10:47 PM said...

aya-san,
ameen..
alhamdulillah..
jom sama2 lipatgandakan amalan..=)