Kerna Allah bersamamu wahai para mukhlisin.
Miliki hati pemurah,
Yang mampu menahan marah,
Memberi maaf dengan mudahnya mudahnya,
Miliki hati pengasih,
Walau diri kan tersisih,
Memberi kasih tanpa memilih memilih.
Hati itu bagai ladang,
Tempat bercucuk tanam,
Hati itu bagai kolam,
Tenang nyamannya......
# Cari kekayaannya,
Dalam uzlah yang lama,
Dimalam yang sempurna,
Bermunajat pada-Nya
Pengabdian yang hakiki,
Lewat zikir amali,
Dibasahi disirami,
Dengan Rahmat Ilahi..
Sila hayati lirik nasyid ni eh..dan cuba amal2kan..dalam kes saya, saya kena belajar untuk:
1. Tidak memilih untuk memberikan kasih sayang..
Saya akui, saya memiliki sifat 'bias' yang sangat tinggi, which is not good for my health..huhu..Saya boleh jadi sangat baik kepada orang yang saya sangat sayang, tp kurang baik dengan orang-yang-saya-tidak-rapat..=( sedang mencuba mengubah sifat tidak elok ini...
2. Tidak terlalu sensitif..
Kadang-kadang, saya terlalu cepat nak terasa hati dengan orang..tapi, ada masa saya boleh jadi seorang yang sangat tidak kisah dengan apa orang nak kata,, pengaruh hormonkah itu?huhu..maka, sila salahkan hormon..kekeke..
3. Cepat memaafkan kesalahan orang lain..
Dalam kebanyakan kes, bila hati saya terluka dan orang yang melukakan itu minta maaf, saya akan maafkan tapi saya akan ingat kesalahan itu sampai bila-bila..(sangat2 tidak patut kan?) saya sering tertanya-tanya, ikhlaskah kata 'saya maafkan' yang saya hulurkan? saya tiada jawapan untuk itu..untuk berpura-pura bahawa tiada apa-apa yang pernah terjadi, itu cukup susah bagi saya.. sama ada orang itu sedar ataupun tidak, muka saya akan menunjukkan tanda ketidakmesraan setiap kali berjumpa..(saya rasa orang tak perasan kot..huhu..) *saya ingin mencari cara untuk mengubah 'sikap teruk' ini..sesiapa ada cadangan?*
4. Jangan terlalu cemburu..
Ni dalam kes ada orang nak rampas kasih sayang mak, abah, kakak n adik..percaya atau tidak, nisah seorang yang kuat cemburunya.. huhu.. lagi sekali, penyakit ini tidak baik ok.. saya pernah jeles dgn 'adik angkat' kakak..huhu..saya pernah cakap kat kakak.."dah ada adik dua orang pun nak amik adik angkat lagi.."
(ok keempat xde kaitan dengan lirik di atas..sekian)
makanya, banyak sangat kelemahan dan kekurangan yang perlu dibaiki..=( moga Allah mudahkan usaha untuk mengubah perangai buruk di atas..)
ps: saya suka nyanyi time part #..macam bertarannum la..(sbb mmg lagu terbaru far east dimasukkan unsur tarannum dalam lagu)..saya pernah masuk kelas tarannum (pergi 2 kelas je..huhu) masa kat kisas dulu..saya berhenti sebab saya rasa saya xcukup layak untuk bertarannum..kini saya rasa menyesal.sepatutnya pergi je kelas untuk belajar..apa yang sempat saya belajar, 1st n 2nd harakat tarannum bayati..tu pun xsempat nak tasmi' kat ustazah. maka, saya pun xtau la betulkah bunyi tarannum bayati yang saya alunan..huhu..maka, nanti inshaAllah saya nak join jugak kelas tarannum..(mampukah?)