Sunday, June 21, 2009

:: Cerita pasal lepat pisang.. ::


Salam..

Sejak praktikal kat hospital ni, tak pernah walau sekali saya masak or bawa apa-apa untuk staff kat sini sedangkan staff kat sini sangat2 baik..apa2 jamuan makan yang dorang anjurkan, saya n kawan2 pasti akan dijemput..so hari khamis lepas, masa balik rumah, saya nampak banyak jugak pisang awak kat belakang rumah..terus saya cakap kat mak..
"Mak, ari ahad nanti cheq nak bawa lepat pisang p hospital, boleh?xpernah bawa apa2 makanan lagi pun.."
Dan mak setuju dengan cadangan saya..

So semalam, kami sekeluarga bergotong-royong(hoho..macam xsesuai je perkataan ni..)membuat lepat pisang..
Mula2 abah yang jadi mangsa ..oleh sebab abah sorang je lelaki dalam rumah, abah kena kait buah kelapa(nak ambil santan) n ambik daun pisang dari pokok(thanx a lot abah..)..
Pastu saya, mak, kakak dan adik bersama2 membuat lepat pisang..

~to be continued..(ada orang nak guna komputer..huhu..)

:: Abah, Happy Father's Day.. ::


To my beloved dad,
Happy Father's Day..
Thanx 4 everything..

ps: actually, nak tulis banyak benda pasal abah tp xnak sambung tulis sbb sy mungkin akan nangis kat sini(library hospital)..huhu..

Wednesday, June 3, 2009

:: cukupkah sekadar ucapan terima kasih? ::


"Abah, cheq takut la nak p supermarket sorang2..Abah teman naa?kalau abah ada, cheq berani sikit..lagipun, cepat sikit beli barang.." saya memujuk abah ikut memebeli barang2 yang adik dan kakak pesan(nugget la, sosej la,air soya la..banyak sungguh..)
Abah menjawab, "ok..abah ikut.."
Saya tersenyum..(^_^)

...........

Lepas je beli barang, abah hantar saya ke cc..dalam perjalanan ke cc, saya cakap, "abah, takut la nak p masjid nanti..dah la ramai orang lelaki kat kedai moto tu..nanti gelap pulak.."
Terus abah cakap, "sat lagi, nak keluar cc, call abah..abah mai ambil n hantaq p masjid(walaupun masjid tu sangat2 dekat).."

................

Dua perkara yang berlaku dalam masa setengah jam sudah cukup untuk membuatkan saya hampir menangis..thanx abah..thanx a lot..

ps: nisah dah jadi kurang berani sekarang..tak tau kenapa..mungkin banyak sangat baca kejadian2 yang menakutkan yang berlaku kat Malaysia sekarang..so kepada semua, berhati-hati la ye..

Sesi muhasabah diri..


Salamun ‘alayk..

Seperti yang dibebelkan dalam entri lepas, ‘kehidupan’ di Microbiology lab pada mulanya tak seperti yang saya harapkan.. Semuanya bermula dengan insiden demi insiden yang akhirnya mencetuskan amarah saya kepada sesuatu-yang-membuatkan-saya-marah..huhu.. saya akui pada waktu itu, ringan je mulut saya nak berkata sesuatu yang pasti akan mengeruhkan keadaan, namun syukur, Allah masih tambahkan sedikit kesabaran pada waktu itu..

Pada malam Khamis lepas, emosi yang terganggu tu terus bermaharajalela dalam diri..sampai masa mengadu kat Diana pun dah berbaur emotional..huhu..Diana, sori ek..kesian awk nak kena baca mesej aduan kite..huhu..
Malam tu jugak, lepas solat isya’, saya baca ayat-ayat suci Al-Quran supaya hati saya menjadi lebih tenang..lepas je baca, saya membelek Al-Quran terjemahan yang saya beli semasa di matrik dulu.. saya selak helaian demi helaian..rasa2nya, kali terakhir saya khatam Al-Quran, bulan Januari tahun ni..pastu saya start baca dari mula balik..sekarang dah masuk bulan Jun, dan itu bermakna dalam masa 5 bulan, hanya 229 muka surat je yang saya baca.bila dihitung, secara puratanya, dalam sehari saya baca 1.5 helai..sangat2 sikit..T_T..Ya Allah, maafkan hambaMu.. Nak habiskan 229 muka surat Al Quran, saya ambil masa selama 5 bulan..tapi bila baca novel, boleh pulak habiskan dalam masa dua atau tiga hari..(tapi kalau novel English lama sikit..seminggu..huhu..).. sambil memandang Al-Quran kesayangan, saya berfikir lagi..bermuhasabah diri sebenarnya..mungkin inilah puncanya saya jadi cepat marah..mungkin Allah nak saya kembali melihat dalam diri..mencari salah dan silap diri..memang terlalu banyak salah dan silap pada diri saya..banyaknya kelemahan pada diri sehinggakan syaitan berjaya menaikkan api kemarahan saya dan melemahkan benteng kesabaran dalam diri..

Saya merenung pulak amalan sunat lain yang saya buat..nak katanya, punya la sikit amalan sunat yang saya buat sampai saya terfikir2..”apa ye amalan sunat yang aku buat?” solat sunat sebelum dan selepas solat, sangat2 jarang..sebulan dua ni lebih banyak sikit kot sebab selalunya saya akan solat sunat bila p masjid..hmm..bangun solat tengah malam pun dah lama saya tak amalkan..punya penat berpraktikal, sampai bila dah tidur malam tu, memang hanya akan terjaga bila dengar azan Subuh..(kadang2 mak kena kejut..huhu..)..

akan bersambung..(^_^)