Jauhnya Syurga
Munsyid: Haikal
Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan
Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan
Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki
~thanx to adik arif mmc (akak taip je ikut nama kat ym ok..hehe..) sbb menolong mencari link untuk download lagu ni...thanx a lot dik..jasa kamu akak kenang..=)
kalo ada sapa2 nak download, sila klik kat sini ok..
..........................................
ok back to MY STORY..(well, nothing else u can expect from my blog except my personal life..huhu..)
hari ni saya akan balik kedah lagi...(asyik balik je nisah ni..haih, apa nak jadi ni...)
balik untuk melaksanakan misi yang sangat penting untuk masa depan...(final year project la...huhu..)
ceritanya, saya dah bawa balik sample pokok kaduk dari rumah sejak minggu lepas..
Fresh sample ni untuk nak wat PBS extraction. oleh sbb nak guna 100gm je, saya budget cukup la kot 3 pasu..nak bawa balik banyak2 pun, malu kot nak letak dlm bas..hehe..
namun, sample xcukup sbb daun hanya mencecah 75.1gm. batang cukup la, dlm 100+..
Maka, selepas berfikir semasaknya, saya pun amik keputusan nak proceed dengan methanol extraction( extract dah siap dah..)
Yang PBS extraction terpaksa la tunggu balik time midsem break.
Maka, petang semalam, sy dan jihah nak g booking lab weekend ni..(rajin tak kitorang?hehe..)..ingat nak prepare media before boleh wat antimicrobial testing..borang suma dah siap isi, tinggal nak dapatkan signature supervisor je.. tengah berjalan menuju ke kereta, saya bercerita la pasal abah yang bersemangat tolong cari pokok kaduk..(sebab pokok kaduk kat rumah dah habis saya ambil..huhu..)..
sembang punya sembang, kami berdua akhirnya berpakat nak balik untuk ambil sample..
maka, masuk je dlm kereta, kami terus call parents masing2, minta restu nak balik. then instead of pergi booking lab, kami menuju ke terminal bas untuk beli tiket..
dan alhamdulillah, tiket ada lagi..(^__^)
Nak katanya, Allah itu Maha Penyayang.. sangat2 bersyukur sebab Allah izinkan saya balik.. dalam erti kata lain, Allah bagi peluang untuk saya melarikan diri seketika daripada kekalutan kat uia ni...hanya Dia yang faham apa yang sedang saya rasa..rasa yang hanya saya dan Dia yang tahu.. =(
~Manusia hanya mampu merancang, tapi hanya Dia yang menentukan segalanya..~
Ikan Swordtail
10 years ago
0 komen:
Post a Comment