Selesai membaca artikel bertajuk Bukan cinta biasa!, tulisan Ustaz Pahrol Mohammad Juoi dalam majalah Solusi isu 18, hati saya sangat kagum dengan pengorbanan cinta Nabi Ibrahim dan Siti Hajar...begitu hebatnya cinta mereka kepada Allah sehingga sanggup berpisah kerana itu adalah perintah Allah...ya, bila cinta Allah berbicara, cinta yg lain akan membisu seribu bahasa....cukup indah dan penuh bermakna ayat ini...ayat yg perlu dihayati dan diapplikasikan dalam kehidupan yang entah bila akan berakhir...
Artikel itu membuatkan saya berfikir panjang..cuba memuhasabah diri...terasa lemahnya iman..cuba mengukur sejauh mana dalamnya cinta saya kepada Dia, Pencipta, Pemelihara dan Pemilik segala2nya...adakah selama ini saya cintakan Allah melebihi segala2nya? Mungkin "ya" di bibir, tapi adakah "ya" itu diterjemahkan oleh perbuatan? Ya Allah, terasa berdosanya diri ini... Laa ilaha illa anta..Subhaanaka inni kuntu minazzoolimiin...
Mungkin sebelum ini saya selalu menangisi perkara yang tidak sepatutnya ditangisi...alangkah baiknya jika air mata ini mengalir kerana takut akan ancaman dan siksaan Allah...alangkah bagusnya andai air mata ini menitis kerana malu dengan dosa yang semakin hari semakin membelenggu hati dan fikiran....tapi, seringkali hati ini menangis kerana cinta yang lain...sedangkan cinta Allah melebihi segala cinta yang ada di bumi ini... Cinta Allah sentiasa memberi harapan, bukan yang memusnahkan impian...cinta Allah sentiasa ada, tak pernah pudar, tak pernah hilang dari pandangan mata hati...cuma kita yang kadangkala tidak nampak cinta itu dek kerana terlau mengejar cinta yang lain....
Ya Allah, bersaksikan Dikau, hambaMu ini memohon keampunan atas segala kekhilafan...
Hamba yang hina ini merayu agar hati ini hanya menyintaiMu dan apa2 yang membawa kepada redhaMu ya Allah....
Hamba tidak mahu lagi menangis kerana dia...
Kerana cinta dia terlalu murah untuk dibandingkan dengan cintaMu...
cinta dia tidak membawa hambaMu ini ke mana-mana..
Ya Allah....
Penuhilah hati ini dengan cintaMu...
Sesungguhnya, cinta itu hanya milikMu...
Dan hanya Engkau yang mampu mengurniakan rasa cinta itu kepada hamba2Mu...
Moga2 diriku ini termasuk di dalam kalangan orang yang mendapat cintaMu...
kerana pada hakikatnya, kehidupanku, ibadahku, dan segala apa yang aku lakukan hanyalah untuk mengharapkan redhaMu....
Redhailah diriku ya Allah, ya Rabbi.....
Ya Rahman, Ya Rahim.....
Pandanglah hambaMu ini dengan pandangan kasih sayangMu,
Janganlah daku termasuk dalam kalangan hamba yang Engkau pandang dengan pandangan kemurkaanMu...
sesungguhnya diri ini tidak akan mampu menghadapi kemurkaanMu ya Allah.....
amin ya Rabbal 'aalamin.......
kirana,
12.00am
24 May 2010