Tuesday, June 29, 2010

Yakinlah dengan sepenuh hati....



Bismillahirrahmanirrahim.....

Satu masalah saya, saya tak tahu bagaimana nak mula menaip..tapi bila dah mula, laju je tangan ni menaip..sama la jugak kalo nak buat kerja rumah...pagi-pagi tu (syaitan sgt suka menghasut time ni) rasa macam malas nak start mengemas rumah (basuh baju, sapu sampah, kemas bilik etc), tapi bila dah start kemas, tangan tu macam tak nak berhenti..tapi ni kalau sifat rajin datang la..kalo malas tu, tak leh nak kata apa la..(adoi..macam mana nak uruskan keluarga bila dah kawin nanti?sila la berubah wahai nisah..-_-)

Ok saya dah mengarut..aduhai...;p

Berbalik kepada tajuk, kali ni saje je la nak cakap tentang satu perkara yang saya rasa nak cakap..ngeh3...
Soal atau tentang JODOH (saja nak bold kan..hoho..)..saya pernah tanya pada seseorang..."takkan xpernah rasa nak tahu siapa pasangan hidup awk nti?" Jawapan dia.."tak pernah plak.." Bagi diri saya sendiri, saya selalu tertanya-tanya, siapa gerangan insan itu...Insan itu sangat istimewa..kerana dia bakal nakhoda dalam kapal yang akan kami sama-sama bina nanti...kerana dia bakal imam di dalam masjid yang bakal kami imarahkan dengan syariatNya...inshaAllah..kerana dia adalah insan yang akan saya taati melebihi taatnya saya pada kedua ibu bapa...istimewa kan seorang suami? (adoi, ayat apakah?-_-)


Saya terfikir untuk menyentuh soal ni sebab pernah satu hari, ada la seorang saudara (xingat dah sapa) cakap..."zaman la ni, perempuan kena dah start cari calon suami time belajaq..bkn apa, la ni perempuan lebih ramai dari lelaki..." Masa tu, saya macam terpedaya juga...sedikit sebanyak, timbul juga rasa resah gelisah..risau sebenarnya..namun, keyakinan padaNya mengatasi rasa itu...bukankah Allah telah berjanji;

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Sesungguhnya Allah Maha Adil...andai kita berusaha untuk jadi hambaNya yang baik, inshaAllah pasangan kita pun adalah dari kalangan hambaNya yang baik....andai sebaliknya, yakinlah bahawa itu adalah ujian dariNya..ujian yang hanya Dia yang mengetahui hikmahnya...

Jodoh adalah rahsia Allah..bila tiba saat dan ketikanya, Dia akan pertemukan...bagi pendapat saya, sebenarnya, kita tak perlu nak cari dan mencari kerana pertemuan itu akan berlaku dengan izinNya..jika jodoh boleh dipercepatkan dengan mencari calon, maka kenapa ramai yang tidak mencari tapi cepat jodohnya? Yakinlah dengan Dia...(pesanan untuk diri sendiri sebenarnya...)

k akan bersambung...inshaAllah...

sebelum tu, jom baca doa ni....

"Rabbanaa hablanaa min azwaajinaa qurratu a'yun waj'alnaa lilmuttaqiina imaamaa....Istajib du'aa ana ya Rabbi...."

amin....

with love,
kirana...




0 komen: