Wednesday, January 27, 2010

:: Sungai Petani atau Butterworth? ::


Salam...

Walaupun sepatutnya saya ada banyak masa untuk update blog, tapi bila nak start menaip, macam takde idea pulak..hehe..bagus jugak bila xde idea ni..sekurang2nya saya boleh memberi tumpuan kepada sesuatu yang lebih bermanfaat..since blog saya tidak memberi apa2 faedah kepada orang lain, maka kalo tak update pun takpe..ngeh3..Cuma di saat saya rasa nak melepaskan or meluahkan sesuatu, blog ni ada. Nak lepaskan kemarahan or kegeraman kat orang lain, rasa macam tak patut, so lepaskanlah kat blog..(saya xpublishkan pun entry berunsurkan geram dan tak puas hati..just in draft je..demi menjaga hati semua pihak..)

Ok, kan saya ni suka melalut dan selalu terkeluar daripada tajuk. Maka, dalam entry kali ni pun nak melalut jugak..hehe.. nak bagi pendapat dan peringatan untuk diri sendiri dan semua yang membaca. terutama perempuan ok. sebab perempuan mudah terjebak dengan penyakit ni..huhu..tp, err, perkara ni hanya sesuai untuk masa depan kot..ok,nak cakap pasal PENTINGNYA MENJAGA RAHSIA DALAM RUMAHTANGGA. Dalam erti kata lain, apa-apa sahaja masalah yang berlaku dalam rumahtangga, tolong jangan bawa sampai ke pengetahuan umum. Bukan ke kalo kita menjaga aib orang lain, Allah akan menjaga aib kita? tambah pulak dalam kes isteri menjaga aib suami atau sebaliknya. Apapun, kekurangan pasangan kita, kita kena terima. kita pun ada kekurangan jugak. if dia boleh terima kita seadanya, mengapa tidak kita? Dan perlu diingat, dia adalah jodoh yang Allah tetapkan untuk kita. Pilihan Allah adalah yang terbaik. Kalau kita ingat akan hakikat tu ditambah dengan keyakinan bahawa perkahwinan itu adalah amanah dan ibadah, maka kita akan cuba menerima pasangan kita seadanya.Apa yang baik yang ada pada dirinya, itu adalah nikmat dan anugerah yang harus disyukuri. Yang kurang, mungkin kita boleh melengkapkan kekurangan tersebut (teringat istilah "He/She completes me"). (Hanisah,2010).

Ok, sudah cukup...kalau saya dah nak kahwin nanti, saya nak letak la entry pasal rumahtangga banyak2..haha..(ok sila abaikan ye...ini namanya simptom penat belajar or syndrome nak kawin ..)

Ok, back to the main issue..(issue la sangat..)
Sejak kebelakangan ni, bila nak balik Kedah, saya selalu dalam dilema samaada nak turun kat Butterworth or Sungai Petani. Walaupun jarak dari rumah saya ke Buterworth sama je dengan jarak dari rumah ke Sg Petani, masa dulu-dulu saya tak teringin langsung nak turun kat Butterworth..Huhu..tapi sejak sy baru sedar yang kalo turun kat Butterworth boleh jimatkan harga tiket (RM 3 je pun..kekeke..), maka saya lebih suka kalo turun kat Butterworth...huhu..tambah plak, sekarang ni, terminal bas kat situ sgt2 best (compare dgn sebelumnya)..tapi, kalo nak balik dari kedah ke kuantan, sy tetap prefer naik kat Sg Petani..(xtau la nape..sbb dah biasa kot..)

Oh lupa nak cakap.. saya BALIK esok malam...walaupun banyak lagi benda yang tak settle, saya kena balik jugak.. memang rumah-sakit saya ni sangat kronik dah. huhu. tak boleh bayangkan macam mana  nak exam kalo tengah rumah-sakit. huhu.. maka, jalan terbaik ialah balik.. ^_^

Mak pun mcm sangat happy bila saya cakap nak balik.. Mak dah siap tanya saya teringin nak makan apa..banyak kot yang saya nak makan..hmm, gulai telur dgn ubi, bubur pulut hitam, sambal ikan kayu, laksam, laksa, etc.. yang pastinya, no more IKAN KELI n AYAM..dah xlarat mkn kt uia ni..huhu..macam mana la nak makan semua benda tu dalam masa 3 hari..hoho..

Ok, mintak maaf kalo ada salah silap ye...selamat menempuhi peperiksaan kepada sesiapa yang ada exam pas break nti..doakan saya selamat sampai n selamat kembali ke kuantan...have a nice holiday...

ps: indahnya perasaan ini....mak, abah, nantikan kepulangan anakmu..rindu sgt2...~

Thursday, January 21, 2010

Bakso..^_^


Salam

Rasanya saya tak pernah cerita pape pasal makanan dalam blog ni..(meaning i'm not directly make an entry with food as the title..) Oleh sbb saya macam-kebosanan-sorang2-dalam-bilik, maka hari ni nak citer pasal bakso..(sebab baru lepas makan bakso-yang-dibeli-kat-kafe..)

Saya mula mengenali bakso masa kat KISAS..masa tu saya form 4 or form 5..bila dengar je kawan order bakso kat kantin, muka saya memang blur sbb xpernah dengar pun ada makanan bernama bakso..(nampak sangat kejakunannya..hehe..) saya pun tak pasti samaada saya je yang tak pernah makan atau memang tak wujud makanan tu kat kedah..ntah la, sampai sekarang pun saya tak tahu apa jawapan kepada persoalan tu..huhu..

ok, ni nak tunjuk gambar meehoon bakso yang hanya tinggal supnya je..isi2nya sudah selamat masuk ke dalam perut nisah..ngeh3..sebenarnya, lepas makan sekenyang-kenyangnya, baru teringat nak ambil gambar..maka, gambarnya jadi cam gini la..



ps: mungkin saya akan kerap mengupdate blog sepanjang midsem break ni..sbbnya, saya TAK BALIK KEDAH..(konon nak study n settlekan semua perkara yang xsettle..huhu..) doakan saya tabah keseorangan di uia yang terchenta ni..^_^

Monday, January 11, 2010

:: Ish3..pagi2 dah update blog.. ::


Bismillahirrahmanirrahim.....

Sobahal khoir..
Selamat pagi..
Good morning..
(owh, sudah lama rasanya beta tidak bertanya khabar kepada rakyar jelata...hoho..)

(^_^)

suka sgt2 sbb ari ni BANGUN AWAL..
pukul 4.45 ok...=)
padahal smlm xde la tido awal pun...
syukur kepada Allah kerana Dia yang menguatkan hati ini untuk bangun dan mengadu segenap keresahan dan kesedihan kepadaNya...
(sbb dua tiga ari sebelum ni, setiap malam saya berhasrat untuk berqiamullail, tapi bila alarm berbunyi, saya tekan off, then sambung tido...ish3..'bagus' betul nisah ni..)

ok, azam-lagi-baru:
nak bangun awal setiap hari...(^_^)

"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan(sedikit) daripadanya dan bacalah Al-Quran dengan "Tartiil"." Surah Al Muzammil,73:1-4

Allahumma anta rabbi lailaha illa anta khalaqtani wa ana 'abduka wa ana 'ala 'ahdika wa wa'dika mastatha'tu. A 'udzu bika min syarri ma shana'tu abu'u laka bini'matika 'alayya wa abu'u laka bidzanbi faghfirli fainnahu la yaghfirudzdzunuba illa anta.

"Ya Allah Engkaulah tuhanku tiada tuhan melainkan Engkau, Engkau yang menciptakanku, aku adalah hamba-Mu dan aku terikat pada ikatan dan janji-Mu dan aku tidak berkuasa. Aku mohon perlindungan-Mu dari kejelekan yang telah kuperbuat, aku mengakui nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku karena tiada yang bisa mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau)"

"sesungguhnya aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasul..."

Saturday, January 9, 2010

:: Pondok kecil.. ::




Ok, gambar kat atas ni adalah tempat beristirehat atau bahasa mudahnya, pondok..=p
Pondok ni hasil kerja abah pada masa lapang..dua tiga tahun kebelakangan ni, abah rajin sangat bertukang. hasilnya, kucing2 kat rumah saya dah ada tempat berlindung (abah dah tak mau manjakan dorang dengan bagi tidur dalam rumah..huhu..) dan pondok kecil ni pun terhasil. seingat saya, sebelum ni pun, ada gak abah buat tempat beristirehat, tapi macam tak sesuai dipanggil pondok sebab takde bumbung. hasil kekreatifan abah kali ni, maka, terbinalah pondok ni. since abah hanya ada anak2 perempuan, dan abah nak kitorang ni terlindung daripada pandangan orang yang lalu lalang depan rumah, abah pun buat la dinding kat pondok ni..

Pondok ni siap dibina masa raya haji lepas. dan masa saya balik baru2 ni, abah ada bertanya. "kalau abah nak robohkan pondok kat depan rumah tu, ok dak?" saya agak terkejut bila abah cakap macam tu. padahal, abah sangat bersungguh2 menyiapkan pondok tu..(sanggup minta cuti kot untuk siapkan pondok tu before raya haji hari tu..huhu...) saya pun jawab, "la, elok2 dah abah buat, pasai apa nak robohkan pulak?"
Abah selamba menjawab, "ada orang kata pondok tu kandang kambing.." saya dengan adik terus ketawa-tak-ingat-dunia.. abah menjeling kat kami..terasa kot sebab kitorang ketawa.."ok, sori2...la, sapa yang kata lagu tu?" saya bersuara sambil menahan dari terus ketawa..

oleh sebab abah tetiba berdiam diri, mak tolong jawab. "ari tu ada budak2 dok main kat depan rumah kita. sorang tu tanya la kat kawan dia. "ni apa?"(sambil tunjuk kat pondok tu). kawan dia menjawab, "kandang kambing kot.." depa xsedar abah ada dekat pondok tu. (ye la, dah abah letak dinding, mesti la budak2 tu xnampak..)
pastu, abah tetiba bersuara.."abah terus buat bunyi kambing..embeek..embeek.."
Saya dengan adik tergelak lagi. kali ni lagi dahsyat kot..huhu..adoi, penat betul saya ketawa hari tu. untuk menyedapkan hati abah, saya kata "tok sah dok pikiaq la apa orang kata, elok apa pondok tu. nanti senang kalo nak berkelah ka apa.."

ps: maka, abah, jangan robohkan ok..ada misi yang belum siti laksanakan kat pondok tu..misi nak tido kat pondok tu. dulu saya pernah tido kat tempat beristirehat yang sebelum ni. siap bawa bantal lagi. oleh sebab saya xhabaq kat mak nak tido kat situ, mak dah kelam kabut cari saya dalam rumah. huhu..sori, mamaku sayang...=p

Thursday, January 7, 2010

:: Lembaran Baru.. ::


Sabda nabi SAW:

"Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .." (Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

Azam baru:

Sy nak jadi hamba Allah yang bersyukur dan sabar..

sekian..