Saturday, January 9, 2010

:: Pondok kecil.. ::




Ok, gambar kat atas ni adalah tempat beristirehat atau bahasa mudahnya, pondok..=p
Pondok ni hasil kerja abah pada masa lapang..dua tiga tahun kebelakangan ni, abah rajin sangat bertukang. hasilnya, kucing2 kat rumah saya dah ada tempat berlindung (abah dah tak mau manjakan dorang dengan bagi tidur dalam rumah..huhu..) dan pondok kecil ni pun terhasil. seingat saya, sebelum ni pun, ada gak abah buat tempat beristirehat, tapi macam tak sesuai dipanggil pondok sebab takde bumbung. hasil kekreatifan abah kali ni, maka, terbinalah pondok ni. since abah hanya ada anak2 perempuan, dan abah nak kitorang ni terlindung daripada pandangan orang yang lalu lalang depan rumah, abah pun buat la dinding kat pondok ni..

Pondok ni siap dibina masa raya haji lepas. dan masa saya balik baru2 ni, abah ada bertanya. "kalau abah nak robohkan pondok kat depan rumah tu, ok dak?" saya agak terkejut bila abah cakap macam tu. padahal, abah sangat bersungguh2 menyiapkan pondok tu..(sanggup minta cuti kot untuk siapkan pondok tu before raya haji hari tu..huhu...) saya pun jawab, "la, elok2 dah abah buat, pasai apa nak robohkan pulak?"
Abah selamba menjawab, "ada orang kata pondok tu kandang kambing.." saya dengan adik terus ketawa-tak-ingat-dunia.. abah menjeling kat kami..terasa kot sebab kitorang ketawa.."ok, sori2...la, sapa yang kata lagu tu?" saya bersuara sambil menahan dari terus ketawa..

oleh sebab abah tetiba berdiam diri, mak tolong jawab. "ari tu ada budak2 dok main kat depan rumah kita. sorang tu tanya la kat kawan dia. "ni apa?"(sambil tunjuk kat pondok tu). kawan dia menjawab, "kandang kambing kot.." depa xsedar abah ada dekat pondok tu. (ye la, dah abah letak dinding, mesti la budak2 tu xnampak..)
pastu, abah tetiba bersuara.."abah terus buat bunyi kambing..embeek..embeek.."
Saya dengan adik tergelak lagi. kali ni lagi dahsyat kot..huhu..adoi, penat betul saya ketawa hari tu. untuk menyedapkan hati abah, saya kata "tok sah dok pikiaq la apa orang kata, elok apa pondok tu. nanti senang kalo nak berkelah ka apa.."

ps: maka, abah, jangan robohkan ok..ada misi yang belum siti laksanakan kat pondok tu..misi nak tido kat pondok tu. dulu saya pernah tido kat tempat beristirehat yang sebelum ni. siap bawa bantal lagi. oleh sebab saya xhabaq kat mak nak tido kat situ, mak dah kelam kabut cari saya dalam rumah. huhu..sori, mamaku sayang...=p

3 komen:

Tinta-Ilusi on January 9, 2010 at 4:26 PM said...

nisah kita baca pun kita gelak
awk yg mengalaminya mesti lg sakan gelaknya hihi
tak yah robohlah, penat2 membanting tulang buat pondok tu. sayang kot..kenangan tu. tempat rehat2 waktu petang ^^

KiRaNa on January 11, 2010 at 7:16 AM said...

tu la..gelak yg dahsyat kot..hihi..
harapnya abah kite pk mcm awk jugak..=)
jom g rumah kite..
nti boleh berkelah kat situ..bole bakar ikan fresh..=)

絲瓜湯包Sam on May 27, 2010 at 9:06 PM said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社