Sunday, August 8, 2010

......



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..…

Buat adik-adik yang akak sayangi kerana Allah..Sihat tak? Iman cane? Makin bertambah ke berkurang? Moga-moga makin bertambah ek..insyaAllah.. Akak harap surat akak ni tak mengganggu adik nak study..xpe, jgn risau..insyaAllah tak panjang kot surat ni..just nak rapatkan ukhwah di antara kita melalui surat ni..lagipun kita kan jumpa sekali je dalam 2 minggu. So, kalau rindu kat akak, bacala surat ni tau..=) First sekali, akak minta maaf bebanyak sebab tak tulis sendiri surat ni..adik-adik kan ramai,so akak tak termampu nak tulis dgn tangan..hehe..sebenarnya, malas..=)

Macam mana ngan study? Ok tak? Ape pun kesusahan yang adik hadapi time belajar, anggap je suma tu dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu.. biar kita bersusah payah dulu untuk berjaya pd masa hadapan.. yg paling penting, niat kita belajar biarla kerana Allah..kerana Allah yang mewajibkan setiap hambanya spya menuntut ilmu..moga-moga apabila niat kita betul, Allah akan permudahkan kita untuk faham dan amalkan ilmuNya, insyaAllah..

Adik yang akak kasihi..
Akak bersyukur sangat2 kerana Allah menemukan kita. Seronok sangat dapat berkongsi ilmu dan berbual-bual dengan adik.. Terubat sikit rindu kat adik akak..yang beznya, akak dapat 10 orang adik sekali gus..hehe.. Cuma apa yang akak harapkan, adik pun gembira mengenali akak dan dapat menerima akak dalam hidup adik.. bila adik gembira, barulah terasa kemesraan antara kita..betul tak? (ceewaah..dramatiknya ayat =)

Minta maaf la kalau sepanjang usrah, akak lebih banyak cerita pasal diri akak kat adik..bukannya apa, akak nak adik sedar yang pada usia adik sekarang, terlalu banyak cabaran dan rintangan yang akan adik hadapi..alhamdulillah, akak dah melepasi tahap tu dan Allah permudahkan perjalanan hidup akak sepanjang tempoh tu..bila Allah tengok akak makin leka dengan kehidupan dunia, Dia masukkan akak ke sekolah agama.. banyak benda yang akak belajar kat sana.. Bila Allah lihat akak mula berminat nak bercouple, Dia selamatkan akak dengan jauhkan akak daripada terlibat dengan perkara 2..Alhamdulillah, sehingga kini akak dipelihara daripada cinta yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata..Adik tau tak apa yg dikatakan cinta kerana hawa nafsu? Kalau nak tau, tunggu tahun depan ek..hehe..laa..nangis ke? janganla nangis..ok2, agak gtau ..-) Cinta hawa nafsu ialah apabila kita cintakan seseorang, tapi kita langgar hukum dan perintah Allah..Allah kata jangan bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tapi betapa ramai yang buat macam 2.. Sebab tu, bila kita buat benda-benda yang Allah larang before kita mendirikan rumah tangga, rumah tangga yang dibina tidak mendapat keberkatan dan redha Allah.. sebab tu la sekarang ni, banyak sangat kes penceraian yang berlaku..

Adikku sayang..
Apa yang akak nak sampaikan kat sini, apa yang akan berlaku pada masa hadapan bermula dengan apa yang adik buat sekarang.. so, pesan akak, jagalah maruah dan harga diri.. kalau betul adik sayang pada diri sendiri dan nak perkara yang terbaik pada masa hadapan, mulakanlah dengan mengikut apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang Allah larang dari sekarang. Ingat, Allah tak kan menzalimi hamba-hambaNya.. Kalau kita ikut panduan yang Allah tetapkan, InsyaAllah hidup kita akn sentiasa diberkati dan diredhai oleh Allah..Maybe adik fikir akak terlalu ‘memandang ke hadapan’, tapi percayalah dik, akak dah pernah melalui zaman adik, dan akak cukup faham masalah ‘ingin disayangi dan menyayangi’ ni.. sebagai ‘kakak’, akak nak adik tau akak sayang adik sebagai seorang kakak, sahabat dan saudara seIslam..

K la, banyak la plak yang akak tulis..opps, silap..bukan tulis, tapi taip..Akak harap adik dapat renungkan dan fikir-fikirkan apa yang akak cuba sampaikan kat sini..kalau ada pape masalah, akak bersedia untuk jadi pendengar yang setia dan akak akan try bagi prndapat..so, jangan malu2 nak cerita kat akak kalau ada pape masalah tau…

Akhir kalam, akak nak pesan: laksanakan tanggungjwab sebagai hamba Allah dengan baik, study rajin-rajin, hormat pada ibu bapa n lastly, ingat akak sokmo..=)

Sekian wassalam…

ps: jumpa surat ni masa tgh "mengemas" folder dlm laptop...identiti penulis adalah dirahsiakan...apa yg pasti, penulis ialah perempuan...;p

0 komen: