Saturday, August 28, 2010

Apa khabar iman kita ye?


Bismillahirrahmanirrahim.....

Pejam celik, pejam celik, hari ni dah masuk 18 Ramadhan...kejap je masa kan...moga2 kita dapat manfaatnya sepenuhnya 12 hari yang berbaki ni...moga2 tahun ni, kita dapat bertemu dengan Lailatul Qadr..inshaAllah....risau jugak ni..sy balik kedah 1/9 malam = 23 Ramadhan...apa yang mampu buat, zikir dan selawat je la kot...huhu..sedihnya...=(

Balik rumah nanti, mesti saya sangat busy kemas rumah..tambah pulak, rumah baru je siap renovate...lagi la banyak benda nak kena kemas...tapi tak pe, hero kat rumah ada (of course my abah..ngeh3)..selalu nya, abah tak bagi tolong buat kerja sangat..dulu time nak mengecat rumah pun, abah yang buat sorang2..byk kali sy offer diri nak tolong, tapi abah xbagi..boleh tengok je..huhu...kalo nak tolong alihkan perabot pun, macam tu jugak..seboleh2nya abah nak buat sorang2..(padahal sy ni besar dan boleh dikatakan kuat jugak..kekeke) tapi itulah abah...semua benda abah nak buat..tmbah bila dah pencen ni, lagi la banyak benda abah buat..basuh baju pun abah dah ambil alih...cuma masak je abah belum..hoho..(out of topic lagi...huhu..)

Di kesempatan ni, saya nak ucap selamat mempersiapkan diri menghadapi 10 malam terakhir..moga Allah kurniakan kekuatan dan semangat utk kita lipatgandakan amalan....rebutlah peluang keemasan ni, kerana Ramadhan tahun ni mungkin yang terakhir buat kita....


"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan. Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)"
(al-qadr:1-5)

Allaahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah..
wa na'uuzubika min sakhatika wan-nar...

-Selamat beramal kawan-kawan-

2 komen:

Ἁγία Σοφία on September 27, 2010 at 12:30 PM said...

selamat hari raya nisah!

-adreenaz (^_^)v

KiRaNa on October 8, 2010 at 11:32 AM said...

sue! slmt hari raya juga my dear...,maaf zahir batin...:D