Bismillahirrahmanirrahim.......
"Wahai manusia! Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(Al-Baqarah: 168)
"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
(Al-Baqarah: 208)
Moga Allah beri kekuatan kepada kita untuk melawan hasutan dan moga kita tidak terpedaya dengan tipu daya syaitan. Memetik daripada artikel bertajuk Ibadat diancam bisikan syaitan?, tulisan Mohd Al-Adib Samuri, dalam majalah solusi isu 24, gangguan syaitan dalam hati manusia adalah ujian Allah kepada kita. Selama kita masih bernafas dan hidup di bumi ini, selama itulah syaitan akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesatkan kita dari jalan yang Allah redhai. Untuk itu, mohonlah perlindungan Allah daripada syaitan dengan kerap menyebut lafaz isti'adzah (a'uuzubillaahi minasy syaithoonir rajiim).
Dalam sebuah hadis riwayat Muslim, Uthman bin Abi al-As datang berjumpa Nabi dan bertanya: "Ya Rasulullah, syaitan telah datang antara diriku dan solat dan menjadikan diriku keliru dalam bacaanku. Rasulullah SAW menjawab: "Itu adalah syaitan yang bernama khanzab. Jika kamu menyedari kehadirannya, maka mohonlah perlindungan kepada Allah daripada gangguannya dan ludahlah (tanpa air liur) ke kiri sebanyak tiga kali." Uthman berkata: "Aku melakukannya dan Allah menjauhkan syaitan daripadaku."
Dalam hadis lain, Rasulullah menceritakan cara lain syaitan mengganggu ketika solat sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
"Apabila seruan azan dilaungkan, maka syaitan melarikan diri, mengeluarkan kentut yang kuat supaya tidak mendengar azan tersebut. Apabila azan telah habis, maka dia datang semula. Apabila seruan iqamat dibuat, dia melarikan diri semula, dan apabila iqamat habis, dia datang semula untuk mengganggu manusia untuk menunaikan solat, dan berkata: 'ingatlah itu dan ini'. Perkara-perkara yang dia tidak ingat, sehinggalah dia tidak tahu berapa banyak rakaat dia telah lakukan. Jika seseorang di antara kamu tidak ingat berapa rakaat yang telah dilakukan, sama ada ia tiga rakaat atau empat, maka hendaklah dia sujud dua kali ketika dia masih duduk."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Syaitan sangat kreatif dalam memalingkan manusia daripada beribadah. Untuk itu, untuk melakukan ibadah, jangan rasa diri hipokrit untuk melawan rasa malas dan berat kerana itu adalah hasutan syaitan sebenarnya. Sama-sama kita bermujahadah melawan bisikan jahat musuh yang nyata ini selain bermujahadah melawan hawa nafsu yang selalu membawa kepada keburukan.
Always say no to syaitan.......(sebab tidak ada satu pun bisikannya yang membawa kepada kebaikan)
ps: italic sentences: ayat saya sendiri...hehe... yang lain tu, dipetik dari majalah solusi...
Selamat beramal......
Wallahu a'lam.......
0 komen:
Post a Comment