Thursday, July 31, 2008

Kenali dan sayangi Rasulullah #1



Dia insan mulia..

dijanjikan syurga oleh Yang Maha Esa..

dia punya pilihan utk tidur senyenyaknya..

namun dipilihnya utk beribadah di saat insan lain dibuai mimpi..

Aku hanyalah seorang hamba..

itu yg dijawab bila ditanya..

"Bukankah syurga telah dijanjikan buatmu?"

Engkau adalah insan teragung Ya Rasulullah..

Qudwah hasanah buat kami, umatmu..

Syafaatkan kami Ya Rasulullah..


Akhlak dan Peribadi Rasulullah

(dipetik dari Ukhwah.com)


"Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')

'Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."

Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."

"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s.a.w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"

Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."

Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain.

Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"

"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah. Aku sihat dan segar."

"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

"Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nati, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?"

"Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Mengenang peribadi yang amat halus ini, timbul persoalan dalam diri kita... adakah lagi bayangan peribadi baginda Rasulullah s.a.w. hari ini? Apa yang kedengaran sehari-hari sepertimana yang didedahkan oleh media massa, hanyalah cerita-cerita derita akibat sikap mereka-mereka yang tidak berperanan di tempatnya. Amat sukar hendak mencari seorang manusia yang sanggup mengorbankan kepentingan diri untuk orang lain semata-mata kerana takutkan ALLAH, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah.

Apakah rahsia yang menjadikan jiwa dan akhlak baginda begitu indah? Apakah yang menjadi rahsia kehalusan akhlaknya hingga sangat memikat dan menjadikan mereka yang hampir dengannya begitu tinggi kecintaan padanya. Apakah anak kunci kehebatan peribadi baginda yang bukan saja sangat bahagia kehidupannya walaupun di dalam kesusahan dan penderitaan, bahkan mampu pula membahagiakan orang lain tatkala di dalam derita. Nur Muhammad itu, yang ALLAH ciptakan semua makhluk yang lain kerananya, mempunyai kekuatan dalaman paling unggul. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan.

Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Ketika pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?"

Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."


Monday, July 28, 2008

Luahan rasa..


Bismillahirrahmanirrahim..

"Wahai Tuhanku yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang..
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yg tersirat dlm hati ini..
Engkau lebih mengerti luka dan kepedihan hatiku..
Aku pohan kekuatan daripadaMu..
Berikan daku ketabahan untuk menghadapi ujian ini..
Jauhkanlah aku dari perasaan dendam..
Lapangkanlah dadaku untuk menempuhi semua ini..
Aku yakin Ya Allah, ada hikmah d sebalik semua ini .."


Sebelum memulakan luahan rasa ni, terlebih dulu nak mintak maap bebyk if apa yg bakal dicoretkan ni mengguris hati mana2 pihak..
but honestly, apa yg bakal dicoretkan ni xditujukan kat sapa2..
hanya sbg peringatan buat diri..
juz nak luahkan ape yg terpendam dlm hati dgn harapan dpt dijadikan iktibar n ingatkan shbt2 bhwa apa pn yg kita lakukan, jgn sesekali meletakkan high expectation pd sesuatu benda 2..akibatnya, bla sesuatu benda 2 xseperti yg kita expectkan, kita akan kecewa..kecewa sgt2..

b4 ke sesi coret mencoret, lirik lagu Metafora ni menggambarkan perasaan sy pada masa ni..
Hanya Allah yg tahu pedihnya hati kala ini..=(

"Sekerat akar mampu kuhulur padamu
Di saat dikau terkapai dan kelemasan
Di arus hidup yang tinggal sejengkal cuma
Katamu kau tak bisa berenang ke sana

Engkaulah teman tanpa sangsi dan curiga
Setelah aku mendengar lirih ratapmu
Harumnya sekuntum melati di embunan pagi
Sewaktu kita melewati sebidang tanah perkebunan
Persahabatan

Tersasar aku di dalam mentafsir
Aksara jujur dan ketelusan yang terpamer di wajahmu
Terlalu naïf untuk ku fahami
Metafora puisi dusta dan personafikasi

Terima kasih atas pengalaman itu
Mengajak aku kembali mengenal diri
Terpaksa lagi menyusuri jalan-jalan sepi
Masih bisakah kutemui sekuntum melati mewangi yang tidak berduri"

First skali, sbg manusia, kita dikurniakan dgn kelebihan dan kekurangan, n bila berkawan, pastinya kita akan temui kebaikan dan kelemahan pd kawan kita.. that is the small matter..
bila kita berkawan, kita kena terima kawan kita seadanya sbb kita pun ada banyak kekurangan..
ada 1 pepatah mengatakan..
"u dont need to find perfect friend, but it is enough if u feel perfect when u're with her.."

so, b4 wat keputusan tuk tulis pasal ni, sy dah fikir semasak2nya..
sy da timbang sgla kebaikan dan keburukan..
but dis is juz what i feel n experience, n i wanna share wif my fren..dat's it..
dis is not the matter of who r right or who r wrong, but it is about what is ur intention when u want to b somebody's fren..
do u really wanna be her friend?
or u juz be her friend 4 ur own benefit?
r u willing 2 be wif her if dhe's in difficult situation?
or u'll simply leave her?

Mengikut kajian yg dijalankan oleh Dr Fadzillah Kamsah, beliau predict my date of birth with dis character..

"Persahabatan adalah penting buat Anda dan berupaya mendorong Anda untuk berjaya di dalam hidup; tetapi Anda sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi"

n I think he's right..dat's my character..

Alkisahnya, persahabatan sy dgn si A ni da terjalin 4 few years.. actually, da byk kali terasa hati n kecewa dgn sikap dy, tp xde kekuatan nk berterus terang..takut dy plak terluka ngan apa yg bakal dikata..
so utk memujuk hati, slalu tutup kelemahan dy dgn ingat sgla jasa n pengorbanan dy..perasaan kecewa 2 dipendam n disimpan jauh di lubuk hati..
mmg kitorg ada gak berbincang tuk leraikan konflik, tp entah kenapa, stiap kali tiba sesi berterus terang ni, msti xbole berterus terang..mst akan kasi reason lain..
tp bla da byk kali dikecewakan, lubuk hati ni da xbole menampung begitu byk kekecewaan..da rase xbole nak pendam suma perasaan ni..

n skrg ni, hati n akal sepakat menyatakan.."Nisah, xpayahla nak rapat2 sgt dgn dy..anggap dy mcm kwn biasa je..treat dy sama ngan Nisah treat kwn2 yg len.."
i think dis is the best solution..apa gunanya nak anggap dy as kwn baik if dy xanggap kita as her best friend..
mayb da tawar hati nak menaruh harapan yg tinggi in friendship..

tp yg paling ptg, Allah nak ksi kesedaran bhwa jgn terlalu bergantung kpd manusia, sebaliknya bergantung pada Allah..sbb Allah xakan pernah tinggalkan kita..Dia bersama kita d saat kita ssenang, apatah lg di saat kita susah..
tp manusia akan tinggalkan kita bila kita dah xpenting buat dy..dat is the great pengajaran yg Allah bagi..n InsyaALLAh, pengajaran ni akan menjadi bekalan tuk hadapi cbran d msa akan dtg..

So like I said b4, jgn sesekali meletakkan harapan yg menggunung tinggi pada sesuatu benda..kita hanya bole berharap setinggi-tingginya hanya pada Allah..
n sy xrasa kesal atas apa yg berlaku coz Allah pernah kasi byk kebahagiaan n kegembiraan time sy berkawan rapat ngan dy..

mga my experience ni jd pengajaran wat suma yg bace..wallahu'alam..




Sunday, July 20, 2008

Ya Allah, aku redha andai inilah yg terbaik untukku..


Bismillahirrahmanirrahim..

Semalam aku diserang symptom mata merah..
Da lama symptom ni xdtg menguji aku..
Setelah lama menyepi, smlm ia muncul kembali..ohh, tidak!!
Mula2, Diana tegur ptg smlm.."Nisah, mata awk merah ek?"
Time 2, kemerahan 2 xnmpak sgt, n aku pun xrsa sakit, so dgn confidennya aku jwb.."xde la.."
Bila malam menjelma, bru la nampak mata aku stat merah..
n ari ni, lg merah..n yg xtahannya, i cannot read anything..
(tp yg confusenya, time nak post kat blog, xpe plak..confuse100x)
huhu..

Bila pk2 balik n muhasabah diri, mayb Allah nak ingatkan aku spy xleka dgn nikmat dunia..
Ye la, since last week, asyik online je..
Bca Quran pas solat 2, mmg la bca(alhamdulillah) tp xstudy sgt..
mana taknya, bla bka notes, laptop kat sblh..
pas2 dlm dilema..xtau nak pilih antara dua..notes ke laptop..
last2, syaitan da berjaya menghasut, n aku pn dgn selambanya menolak notes ke tepi n memberi tumpuan kat laptop...truknyeeeee!!!!!!
"Ya Allah, ampunkan dosaku.."

So, mlm ni kna kuatkan diri tuk study..
no nater wat, kna abiskan stdy mgt mlm ni..
Nisah, u can do it..
Allah wif u..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Aku redha dgn ujian yg Kau berikan padaku..
Andai inilah yg terbaik untukku, aku terima YA Allah..
AKu redha dgn ketentuanMu..

Ya Allah,
Aku bersyukur kerana Engkau masih menyayangi aku,
walaupun terlalu byk dosaku padaMu..
Berikanlah aku kekuatan tuk menghadapi ujianMu ini..
Hindarilah aku dari mengeluh dgn dugaan ini..
Lapangkanlah dadaku YA Allah..
Sesungguhnya aku tahu ujian yg KAu berikan adalah utk menghapus dosa2ku..
amin Ya Rabbal 'alamin..

Metafora by NICE


Bismillahirrahmanirrahim..

Ari ni nak cakap psl lagu nasyid ni..
First time dgr lagu ni, kat radio IKIM..
msa tu still ber'bulan madu' kat umah..huhu
Kebiasaannya, spjg tempoh 'bulan madu' 2, pg2, time dok kms umah, msti kna dgr lagu..
so, psg la radio..kdg2 hotfm, kdg2 IKIM.fm..ikut mood n thp keimanan..huhu..(truknya nisah ni..)

ingt lg 1 ari ni, bka je IKIM.fm, trus dgr lagu ni..trus jatuh cinta kat lagu ni..=p
bak kata org, cinta pandang pertama.. (tp in my case, cinta dengar pertama kot..huhu..tp cam xsesuai je..)
pas dgr lagu tu, rse cam nak tepon IKIM n nak tnya tjuk lagu 2..kununnya la.. otak plak ligat dok memikir ape tajuk lagu 2..pk pnya pk, wat la teori sndiri.."k nisah, jgn dok buang masa..tjuk lagu 2, metafora puisi dusta.."
tp teori 2 terlebih detail la plak..huhu..tjuk lagu 2 metafora je..(2 la tunjuk pandai lg..)
nsb bek la xheboh 1 dunia..kalo x, kna msuk muka dalam tong sampah coz malu(k min, sori..dek t curi ayat k min..huhu)

k berbalik kpd lagu ni, ape yg my brain phm n terjemahkan, ia menggambarkan perasaan seseorg yg ikhlas berkawan, tp kawannya plak, berkawan dgn dy coz nak bls dendam..(i think dis sentence can be simplified, tp da xtau cne nak simplified..sori ye..)

Alhamdulillah, stkat ni Allah xuji dgn perkara mcm ni..tp if perkara 2 terjadi, mmg akan sedey n kecewa..tmbah2 plak, kalo org yg tikam dr belakang 2 kwn baik kta.."Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dr ujian ni.."

so, if ade mase, dgrla lagu ni..=p

p/s: mga2 lagu menyedarkan kita tuk ikhlas berkawan krn setiap ape yg kite lakukan, if ikhlas, Allah akan beri ganjaran..

Friday, July 18, 2008

Kelembutan MAK, Ketegasan ABAH..




Zaman kanak2 ribena..

Dulu, wk2 ptg, kalo nak p main kt pantai, mak slalu pesan.."Siti, jgn balik lambat..blk sblum maghrib..nanti abah marah kalo balik lambat.." time 2, mmg xberani balik lambat bla pk abah akan marah kalo blk after mghrib..tp biasa la bdk2..apa yg org larang, yg tu la dy nak wat..alkisahnya, satu ari ni, main aci ligan(mksudnye, main kejar2..=p) sampai lupa da nak mghrib... bla dgq je org azan, trus capai selipar n berlari blk..nak dijadikan citer, abah da stand by kat tepi surau(surau 2 kat sebelah pantai)..rase tkut sgt bla tgk ada hanger kt tgn abah..d depan org ramai, my sis n me kna rotan...teringat lg, abah jerit kat ktorg time 2..abah kata.."kan abah dah kata, blk umah sblum pukul 7!!!"..

Dah abis sesi merotan, ktorg pun balik umah..mak mcm biasa, xcakap pape..biasala, bla abah marah, suma org kena diam..kalo xbersalah pun, jgn defend diri lg..tunggu dy cool dlu, bru la ckp..ni mmg undang2 kelurga yg mesti n wajib dipatuhi..huhu..
Since ari 2, mmg taubat nasuha xblk lmbt lg..skrg ni, bla terkenang blk zaman nakal2 dlu, rasa kelakar plak..tp walaupun time kecik2 dlu, abah mmg strict, ke'strict'kan 2 la yg membentuk peribadi anak2 dy..if abah biarkan je n xpeduli pukul brapa anak2 dy nak blk umah, alamatnya sampai ke besaq pun ktorg lewat balik rmah..thanx abah..luv u..

Zaman remaja (Form 3)

Setiap pg, b4 p sek, mak akn pesan.."Belajaq ghajin2, jga akhlak.." Dalam mak pesan suh jaga akhlak pun, xterjaga jugak akhlak.. entah mcm mana, bole plak ter'jebak' dlm 'gejala' chating..time 2 mmg gila chatting..pas sekolah je, trus p cc n chat..abis sekolah kul 2, balik umah kul 4..mmg truk la perangai time 2..tp xdak la sampai bohong kat mak abah..bla nak p cc, still minta izin dlu..(yela, kalo xckp, abah xkasi duit lebih..huhu..) sekali lg, my sis n me kna hukum wat kesekian kali..citernya, abah da pesan ari 2, jgn balik lambat coz abah nak bawa ktorg g makan kat luar..n oleh sbb terleka kat cc, my sis n me tertinggal bas..bla blk umah je, n tgk muka abah, da bole predict Perang Dunia ke 10 akan berlaku..n bom akan meletup bila2 masa...4 d first time in my life, kna berdiri kat luar umah..dr ptg smpai mlm..aroung kol 6 lebey, abah kasi masuk umah kejap tuk solat..pas solat, smbung berdiri kat luar..masa 2 hanya Allah yg tahu betapa malunya..org yg lalu lalang kat depan umah, suma wat muka pelik, ada yg siap tanya.."awat cek dok kat luaq? mak ngan abah p mana?" ktorg hnya mampu senyum je la..air mata mmg menitik dah time tu..

Around kul 7lebey, mak kuaq umah n suh kmi berdua minta maaf kat abah..mula2 dua2 org xmau minta maaf..(degil sungguh..) tgp bla mak da pujuk, kmi terpaksa akur..msa nmpak muka abah, mmg xleh nak thn airmata..as long as i remember, time 2 mmg nangis ngan truknya..sampai abah plak kna pujuk balik..walaupun sedey time 2, rasa bahagia sgt bila abah kata.."dah2, jgn teriak dah, abah maafkan..lain kali jgn wat lg mcm 2.."

Zaman sekarangg..(University student)

Until now, mak still lg pesan "Belajar ghajin2, jg akhlak leklok.." Pesanan 2 la yg jd pendinding diri..b4 wat sesuatu, msti pk dulu baik buruk benda tu..jgn main hentam keromo je..
abah plak, da xgarang sgt..da jrg marah2..tp ketegasan 2 tetap ada..sampai skrg, b4 nak wat pape kuputusan, kna inform kat abah dlu..drpd situ, da nampak, apa yg abah wat suma utk kebaikan anak2 dy..lgpun, da la anak2 dy suma perempuan, lg la byk tanggungjwb yg dy kna pikul..

Conclusion?! or Moral of the story?

~to sisters..
walau sedewasa mana pun kita, walau tinggi mana pun jwtn n pangkat kita, alwez remember that, we are still under our parents' responsibility slagi mana kita belum bergelar isteri..
n kita kna ingat jugak, tingkah laku n sikap kita kat mak n ayah kita akn menentukan mcm mana sikap anak2 kita terhadap kita..

~to brothers..
tanggungjawab korg lg brat sbnarnya.. lelaki bertanggungjawab ke atas ibu bapanya smpai akhir umur mereka..so pk2 kanlah..renung2kanlah..tertunaikah tanggungjawabtu?tepuk dada, tnya iman..

May dis story give us benefit n remind us to treat our parents' well..

A beneficial and blessed trial, i hope..


Bismillahirrahmanirrahim..

First n foremost, syukur kpd Allah krn dgn izinNya, impian tuk wat blog tercapai jugak akhirnya..(tetibe teringat 1 pepatah..penantian itu 1 penyeksaan..mayb true in this case..=p) kalo ikut plan(conceptual thinking) asal, nak create blog sendiri bla da keje nti.. tp since da de wireless kat UIA, hasrat tu dipercepatkan..huhu..xtetap pendirian btol...(Nisah, insafla..)

So, as the beginning, nothing much i wanna share here..bak kata 'seseorg', kna dptkan mood dulu b4 start sesuatu keje..(tp kalo di pk2kan, if nk study pun kena dptkan mood, alamatnya sampai grad pun xdpt2 mood study..=p) so the moral of the story is ckp 'seseorg' 2 xleh dipakai..

Hopefully, the becoming entries will give benefit to us, esp me myself..

Ya Allah..
Kuatkan langkahku utk terus menyelusuri jalanMu..
Bimbinglah diri ini, pimpinlah hati yg sering lalai dalam menjalankan perintahMu..
Andai aku terleka, ingatkanlah aku bahawa hidup ini hanya suatu persinggahan..
sedarkanlah aku bahawa akhirat adalah negeri abadi dan hanya kepadaMu aku akan kembali
amin..Ya Rabbal 'alamin...


May Allah blessed us..=p