Tuesday, November 11, 2008

:: Sebelum berangkat pulang.. ::


Bismillahirahmanirrahim..

Ni merupakan entry yang terakhir tuk bulan November ni..huhu.. Hmm..before balik Kedah malam ni, nak tulis something.. ye la..nanti kat rumah mesti rindu nak membebel kat blog nih.. tapi kerinduan tu tak sama dengan bestnya dapat meluangkan masa bersama family.. tambah pulak, abah dah siap ambil cuti untuk bawa permaisuri hati(my mum of course) dan tiga orang puterinya(kakak, saya dan adik..=p) pergi bercuti..waa..mesti best..(^_^)

So, selamat bercuti kawan2..manfaatkan cuti dengan buat benda2 yang berfaedah eh..(ditujukan khasnya buat diri sendiri..)..inshaAllah, kalau panjang umur, jumpa lagi next sem..=) waa..macam tak percaya yang diriku bakal bergelar 3rd year student next sem..hehe.. (thanx LIB coz mengingatkan)..=) actually, tak penting pun gelaran tu..=p saja je nak rasa seronok..huhu..

Akhirul kalam, andai ditakdirkan umur saya tak panjang, mintak maaf zahir dan batin..=)

Wassalam

Sunday, November 9, 2008

:: Nantikan kepulanganku ::


10 perkara yang saya nak buat time cuti nanti..

1) Nak buli kucing2 yang pastinya dah makin bertambah kenakalan dorg..

2) Kemas bilik kesayangan..mesti adik dah memporak-perandakan bilik..dia tu mmg..xleh tengok bilik orang lain kemas..

3) Baca novel yang adik pinjam..huhu..

4) Nak melaksanakan satu misi..misi apa ek? hehe..biarlah rahsia..

5) Cari buku resepi yang hilang entah ke mana..nak update resepi2 kat dalam tu..waa..sengsaranya hidup tanpa buku itu..

6) Nak improve skill memasak..dear dapur, sila la bersiap sedia..kali ni kena betul2 nisah..xleh berpandu kat buku resepi je..masak ni kena kreatif..tingkatkan kekreatifan anda ya..

7) Nak tengok tv puas-puas..

8) Nak try hafal Quran..Ya Allah, permudahkan usaha hambaMu ini..

9) Nak tidur awal supaya tak tidur lepas Subuh..nanti abah marah kalau tidur pas Subuh..huhu

10) Yang paling penting, nak bahagiakan mak n abah..nisah, jangan dok wat perangai balik umah nanti..jangan tidoq banyak..tolong mak abah wat keje rumah eh..balik umah bukan nak enjoy semata2..tanggungjawab sebagai anak perlu dilaksanakan ok..


Saturday, November 8, 2008

:: Saat diri lemah ::


atiQah az: Ya Allah, cabutkan ketakutan dari hatinya, gantikanlah dengan ketenangan,bukalah pintu taubat utk adkku agar nur menembusi sanubarinya, pintu rezekinya melimpah ruah, pintu langitMu agar para malaikat mendoakan kejayaannya, pintu rahmatMu agar usahanya selama ini diberkatiMu, KAU sendiri menyaksikan usahanya maka permudahkanlah perjuangannya ini....

thanx Kak Tikah
Dek T sgt2 menghargai kata2 tu..
May Allah bless u..

Friday, November 7, 2008

:: Siri memotivasi diri 1 ::








Nisah, chayok2 !
Aja aja fightin' !!

Thursday, November 6, 2008

:: S.E.N.S.I.T.I.F ::


Entah kenapa..
Bila tiba musim exam je,
saya mudah tersentuh or orang kampung saya cakap sensitif..hehe..
Kekadang tu, tetiba je rasa sedih..tanpa sebab or alasan..
kalau dalam istilah perubatan, idiopathic (unknown reason)..
Pastu, nangis..teruk pulak tu..
Bila fikir balik, cam ape je..

Tapi kan, lepas nangis, memang rasa lega sangat2..
Seolah-olah semua masalah dah selesai..
Konon2, semua bebanan tu mengalir bersama air mata duka..
(cehh..ntah pape je ayat..)
Tambah pulak, kalau menangis time sujud..
Sangat-sangat la tenang lepas tu..
Ye la kan..bila kita mengadu kat manusia, apa la sangat yang manusia mampu buat untuk hilangkan kesedihan kita..
tapi, kalau kita mengadu kat Allah..inshaAllah kita akan diberi kekuatan dan ketenangan..

"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.."~kalamullah~

Berbalik kpd isu sensitif ni,
Hari ni saya dah start nak rasa sedih..
Mungkin sebab ada lagi 3 paper sedang menunggu..
Lagi pulak, Angah dah habis 4 paper..tinggal 1 paper je lagi..
Bertambah menjadi-jadi la kesedihan tu..

So, petang tadi call la mak..
Dengan harapan, lepas dengar suara mak, perasaan sedih tu hilang..
Time tu around kul 4 lebih..
Mula-mula mak tak angkat phone..
Ok, mak dok kat dapuq kot..
5 minit pastu, mak call balik..
Saya angkat..
Saya tanya mak dok kat mana coz saya dengar bunyi ala-ala angin bertiup sepoi-sepoi bahasa..
Mak cakap mak kat Pantai Merdeka..
(Pantai Merdeka ialah salah satu pantai yang seringmenjadi kunjungan saya sekeluarga..
satu lagi tempat yang selalu kami p ialah Pulau Sayak..)

Waaa..ntah kenapa..saya tetiba jadi sebak..
"Nape la mak tak tunggu saya balik umah, baru g Pantai?"(saya cakap dalam hati je..)
Kalau difikirkan, macam tak logik pulak untuk rasa sedih..
Sebab perjalanan dari rumah ke Pantai Merdeka tu, hanya ambil masa 15minit je..
Kalau nak g setiap hari pun xde masalah..
Tapi, still nak rasa sedih..
Rasa nak nangis pun ada..
Saya tahan je air mata..
Saya pun tak pasti mak perasan tak perubahan suara saya..
Dah terketar-ketar suara macam nak kena present kat depan pulak..
Saya cakap kejap dengan mak..takut mak terasa kalau saya tetiba letak phone..
Pas letak phone, terus nangis..

~Sori eh..nak membebel kat diri sendiri jap..
Nisah..Nisah..
apa la nak jadi dengan hang ni..
dah besaq dah..
kena la belajaq kawal emosi sikit..
Bak kata abah,
" Ni baru ujian n bebanan kecil je yang Allah bagi..xde apa la sangat..takut apa aih..bukannya first time nak exam.."
Mak pulak kata..
" Ni baru masalah sorang2..bila kawin nanti, lagi la byk masalah yang kena tanggung..kena la belajaq atasi semua tu.."

Hmm..betul tu Nisah..
Kena kuat k..
Berusaha semampu yang bole..
hasilnya, serah kat Allah je k..
Banyakkan berdoa..
Bila dah wat exam nti, tawakkal je kat Allah..

"Ya Allah..
Kuatkan hatiku..
Tenangkanlah jiwaku..
Hanya kepadaMu tempat aku mengadu Ya Rabbi..
Berikanlah aku kejayaan di dunia dan akhirat..
amin.."

Wednesday, November 5, 2008

:: Saat jantungku berdegup kencang ::


Tajuk entry ni cam hyperbola la plak..
haha..
teruskan membaca ye..
anda akan sedar batapa hyperbolanya tajuk entry ni..
hehe..

Alkisahnya,
baru-baru ni saya telah bertemu semula dengan seorang kawan lama..
Kawan time sek rendah n menengah dulu..
berjumpa kat Friendster..

so, kitorang pun mula la berborak kat ym..
Macam2 la yang kitorang sembang.

Sampai la bab muzik yang kitorang minat..
Dia minat metallica, salah satu band yang membawa lagu berkonsepkan heavy metal(cari kat google ni..nampak sgt tak tau siapakah metallica itu..hehe..)
Saya plak minat nasyid..

Pastu, semalam, dia send satu lagu Metallica ni kat saya..
Tajuk lagu tu "Master of Puppets"..
Paksa jugak saya dengar..
So nak jaga hati kawan punya pasal..
Saya pun dengar la..

Mak ai, boleh sakit jantung kot..
Selama ni dok dengar lagu berentak slow n sentimental..
Tak main la lagu2 rock ni..
Jantung pun xde la terkejut dan berfungsi dengan normalnya..

Tapi semalam,
Start je dengar,
jantungku berdegup dengan kuatnya..
Macam orang jatuh cinta plak..
haha..
Tambah plak, rentak lagu tu cam xmenentu..
kejap slow, kejap laju nak mampuih..

Walaupun begitu..
Kena ucap terima kasih kat dia..
At least, untuk tulis entry ni,
Saya search pasal metallica kat google..
haha..

So,
tajuk entry ni
macam hyperbola kan..

~wahai jantungku, minta maaf ye sebab menyebabkan kamu kena bekerja kuat..hehe..~

Tuesday, November 4, 2008

:: T.A.K P.U.A.S H.A.T.I ::


Tengah best2 study(yeke best..=p), tetiba dapat msj dari satu-satunya adik yang semestinya adik kesayangan..huhu..tapi rasa amat TAK PUAS HATI bila baca mesej dia..

" Salam. kak t, ni senarai lagu nk sruh kak t download.kalo kak t busy x pyh la.
Tanpa-6ixth sense
Tak bisa memiliki-Samson
Cinta yang sempurna-Adi 6ixth sense& Letto
Dibius cinta-Yusri & Melly
Cinta ini membunuhku-Dimensif
Kau Pergi-Alif OIAM
Jatuh cinta lagi-Matta
Lagu Kata-Aizat
Ada Untukmu-Nubhan AF6.."

Mula-mula, rasa nak marah je..
(ingat kak ni tempat mendownload lagu kah? + eeeii..mentang2 la dah abis PMR..ish..)

Tapi bila baca part..
"kalo kak t busy x pyh la" terus xjadi marah..haha..
pandai adikku sorang ni membuat ayat..

Rasa macam nak reply je msj dia..nak ckp.."list la lagi lagu..sikit sgt ni.."

Dearest Shah:
walaupun kak amat2 la xpuas hati, tp nanti kak t download ye..nasib baik shah dah abis PMR..so kak t bagi peluang bersuka ria..kalo tak, mmg xdenya kak nak wat baik camni..hehe..miss u so much..

~entry ni ditulis sebab dah rindu sgt nak balik umah..waa..andai ku punya sayap..dah lama ku terbang pulang..huhu..nak balikkkkkkkk!!~

Sunday, November 2, 2008

:: Pharmacology..What can I say? ::


Date: 02 November 2008
Time: 11.45am
Detail: Tamatnya exam Pharmacology!!

Perasaan:

1) Happy- Sebab dah habis subject yg amat menguji kesabaran, kekuatan minda, emosi dan fizikal..huhu..

2) Takut- Dok pikiaq "Betul ka apa yg aku jawab?" + "Hmm..ntah2 apa yg aku jwb td salah .." + "dapat grade apa la untuk subjek ni? + "ish..dah la 4 krdt hours..mesti pointer drop punya la(na'uzubillahi min zalik)" + n macam lagi fikiran yang smeestinya negatif..

3) Geram- Kenapa la p tidoq awai semalam? awat la tak ingat nama drug ni? padahal dah baca byk kali kot..

4) Bersyukur-Walaupun ada yang tak boleh jawab, still bersyukur sebab at least, bila tengok soalan, ada la idea sikit nak tulis..walaupun kebanyakannya adalah teori hanisah dan fakta kirana..haha..

p/s: perasaan2 di atas adalah ditulis mengikut sequence..tq..

Pengajaran:

1) Perasaan bersyukur sepatutnya diletakkan paling atas..tp sbg manusia biasa, kita selalu menilai sesuatu dengan pandangan negatif daripada yang positif..kan?

2) Membaca itu penting..walaupun kamu confuse atau ragu-ragu akan kemampuan kamu untuk mengingat, at least kamu ada idea untuk 'menggoreng' fakta..haha..

3) Teruskan membaca, mambaca dan membaca walaupun kamu tak ingat apa yang dibaca..

4) Kepada sesiapa yang belum mengambil killer subject ini, sila la bersiap sedia..yg penting H.A.F.A.L nama2 drug k..kirana telah membuat kesilapan besar kerana tak hafal..(actually dah try nak ingat, tp mmg susah nak ingat..)

~Gudluck semua!!