Wednesday, December 31, 2008

:: Tahniah, adikku sayang ::


Result PMR dah kuar!

dan..

adikku yang tersayang mendapat ____________
(result dirahsiakan atas sebab2 teknikal..haha..)

walaupun xdapat semua A, but i'm very proud of u, my dear..
i'd seen that u'd work very hard..
so redha dgn apa yang Allah anugerahkan..(^_^)
semuanya ada hikmah yang inshaAllah shah akan nampak dan sedar nanti..
yang penting, usaha untuk SPM pulak ye..
jangan ambil hati dengan leteran abah ye dik..
jadikan semua tu sebagai satu inspirasi..
chayok2!!

pape pun..

TAHNIAH!!

CONGRATZ!!

MABRUK!!

dan pape perkataan yang membawa maksud tahniah..hehe..

p/s: shah, duit kak t terselamat..hehe..tak dapat ___, so tak denya nak dapat handphone baru..hehe..btw, amat100000000x jeles bila mak citer yang abah bawak shah p makan nasi ayam..kak dulu tak de nya nak bawak makan2 ni..tu yang seronok jadi anak bongsu kan?
uwaa..nak balik!!

Tuesday, December 30, 2008

:: Alhamdulillah ::


Pukul 9 pg tadi, saya call Hospital Sultan Abdul Halim kat Sungai Petani untuk tanya sama ada permohonan saya untuk jalani latihan industri atau orang putih cakap industrial training diluluskan atau tidak..mula2, ingat nak serahkan saja semua urusan kat Bro Fuad..tapi bila seorang kawan saya dah call kat tempat praktikal yang dia mintak, n permohonan dia ditolak, saya jadi cuak..ye la, kalau tak dapat kat Sungai Petani, saya kena mintak kat tempat lain..itu bermaksud saya kena berjauhan dengan family..waa..tak nak!! nak duk umah!!

So dengan penuh rasa berdebar, saya call hospital tersebut..

"Assalamualaikum.." saya memulakan bicara..

"Waalaikumussalam.."

"Ni hospital Sultan Abdul Halim ke?" kot2 la saya tersilap call ke..hehe..

"Ya.."

"Hmm..saya pelajar dari UIA..saya nak tanya pasal permohonan saya untuk praktikal..pihak UIA dah hantar surat dekat sebulan dah.."

"Sat naa dik.."

Kakak yang baik+berbudi bahasa(^_^) tu menyambungkan talian kepada kakak kedua..kakak kedua menyambungkan talian kepada kakak ketiga..kakak ketiga pulak menyambungkan talian kepada kakak keempat..kakak keempat ni la yang bertanggungjawab untuk uruskan permohonan praktikal..huhu..banyak sungguh kakak yang terlibat..hehe..
(semua kakak2 di atas amat baik dan berbudi bahasa..(^_^) )

Lepas gtau nama, kakak keempat tu tolong checkkan..

"Siti Hanisah Md Puzi, kan?

"Aah.." saya menanti dengan penuh debaran..huhu..

"Lembaga Pengarah bahagian Pathology dah buat mensyuarat dan depa dah luluskan permohonan adik..nanti adik check dengan office latihan industri naa..surat dah dihantar.."

"oo..yaka?terima kasih naa..assalamualaikum.."

-talian dimatikan-

alhamdulillah!!! seronoknya..hanya Allah yang tahu perasaan saat itu..
terus call mak n gtau berita gembira lagi menyeronokkan itu..(^_^)

so balik rumah ni kena berlatih bawa kereta..
huhu..
nasib baik jalan ke hospital tak masuk pusat bandar..
kalau tak, mesti saya menangis tak berlagu..haha..


Sunday, December 28, 2008

:: Mari berdoa ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Sedar tak sedar, tahun 1429H hampir melabuhkan tirainya..dan apabila azan Maghrib berkumandang pada hari ini, maka tahun 1430H bermula..secara jujurnya, saya lupa esok adalah 1 Muharam 1430H sehinggalah saya menerima sms ucapan selaamt tahun baru daripada seorang kawan..teruk sangat2..namun, saya masih lagi bersyukur sebab Allah masih nak mengingatkan saya..dan kepada yang mungkin terlupa seperti saya, entri ni ditulis untuk mengingatkan anda..

Seperti tahun-tahun sebelumnya, setiap kali tiba tahun baru hijrah, satu ibadah yang sering diamalkan ialah doa akhir tahun dan doa awal tahun..semasa saya mencari info tentang doa tersebut, saya terjumpa satu blog yang membincangkan mengenai isu boleh atau tidak boleh diamalkan doa tersebut..(untuk membaca, klik di sini..)

dan klik di sini untuk mengatahui doa2 tersebut..

akhirul kalam, salam ma'al hijrah..(^_^)
moga segala amalan kita sepanjang tahun 1429H diterima Allah dan dosa2 kita yang menggunung tinggi diampunkanNya..
dan sama2 kita memohon supaya tahun 1430H bakal menjadikan kita hamba yang lebih beriman dan bertaqwa..amin..

wallalhu a'lam..

:: Sila ambil perhatian! ::


Bismillahirrahmanirrahim..
Sekarang ni, kebanyakan daripada kita telah pun tahu berkenaan blog yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW..pemilik blog tersebut bernama Adibah Ahmad..mungkin nama sebenar..mungkin juga nama samaran..tidak mustahil juga kalau ada orang yang sengaja menggunakan nama tersebut..semuanya mungkin dalam alam siber ni..tapi blog tersebut telah didelete..
Bukan isu nama yang hendak diperkatakan di sini, tapi tujuan sebenar blog tersebut..sebenarnya, dua hari lepas, saya mendapat satu instant message daripada sorang kawan kat ym..kat mesej tu, tertulis "blog yang menghina Nabi(beserta dengan blog address).." bila tengok je blog tu, perkataan pertama yang keluar dari bibir saya ialah..astaghfirullahl'azim..menitis air mata saya saat tu..yang membuatkan saya pelik, aim sebenar blogger tu macam nak menghina Rasulullah je..kebanyakan entry menampakkan penulis begitu benci dengan Nabi..tak tau la kenapa dia boleh jadi macam tu..pastu, banyak jugak gambar-gambar kartun 'nabi' dan didakwa dilukis sendiri oleh penulis..
p/s: moga dosa orang tesebut diampunkan..moga dia diberikan hidayah dan bertaubat..itu je yang bole saya komen..tak berani nak cakap lebih..sama2 kita berdoa moga tak ada umat Islam yang terpengaruh dengan blog seumpama itu..kalo terjumpa, sila flag blog tersebut..

Saturday, December 27, 2008

:: Bukan kedekut, tapi berjimat cermat.. ::


Setelah mengambil kira aspek2 seperti cuti yang agak lama ditambah dengan barang keperluan yang perlu dibeli didarab dengan banyaknya duit dalam bank(haha..banyak la sangat..)serta dibahagi dengan boringnya duduk kat bilik, saya dan dua orang kawan telah berpakat untuk menghabiskan duit, masa dan tenaga di Megamall..sampai kat sana, destinasi pertama yang dituju ialah Popular..barang yang perlu dibeli pulak ialah novel BI..mungkin bagi orang lain, membeli novel BI adalah satu salah satu hobi, but not for me..jangankan membeli, membaca pun susah nak habiskan..bayangkanlah, the last time I read English novel when I was in matric..tu pun dah tak ingat apa tajuk novel dan jalan cerita..too bad..(bak kata Dr Tarique)..so, bila mdm hayati(lecturer tuk sbjek EAP) dah mewajibkan setiap orang untuk beli dan baca at least satu novel BI, peluang ni saya manfaatkan sebaik mungkin..manusia ni memang macam tu..kadang2, kena ada keadaan yang memaksa kita untuk buat sesuatu..contohnya, kalau lecturer bagi assignment, mesti dia akan cakap bila due date..kalau tak ada due date, alamatnya tak buat la assignment tu kan..hmm..ada kaitan eh?ok, kalo tak ada kaitan, just forget it..haha..
ok, berbalik cerita asal..lepas je beli novel yang inshaAllah, saya akan try baca bagi habis, kitorang masuk Parkson..kalau refer pada shopping list yang saya buat, cadar termasuk dalam list tu..lepas tengok cadar Angah yang baru berwarna purple, saya jadi jeles sangat..nak cari jugak cadar warna purple(walhal dah ada 4 cadar-pink,purple,biru n hijau)..nak jugak beli lagi cadar warna purple..mengada sungguh..tengok punya tengok, belek punya belek, dari yang murah ke yang mahal, akhirnya tak beli..reasonnya, semua tak selawa cadar Angah..haha..macam apa je..tapi sebab lain yang tak kurang penting, tak nak membazir..ye la, dah ada 4 cadar, still nak beli lagi..(kamu selamat,wahai duitku..hehe.)
Pastu, masuk Cold Storage..kat sini la yang menguji iman saya..barang2 kat situ boleh dikatakan mahal la jugak..kalau nak banding dengan kat Kedah, memang jauh beza..(waa..rindu nak shopping kat Kedah.).dan hari ni, saya berjaya mengawal nafsu dari membeli Bytes..saya suka sangat makan biskut tu sebab cover Bytes yang berwarna purple ditambah dengan rasanya yang sedap..hehe...tapi hanya sebab harga kat Cold Storage RM1.29(harga standard RM1.20), saya tak jadi beli..walaupun hanya beza 9 sen, tapi still melibatkan duit..hehe..nanti balik rumah baru nak beli n makan puas2..saya tak tau kenapa, tapi saya memang macam tu...rasa macam tak boleh nak beli, kecuali kalau teringin sangat nak makan la..yang saya beli just asam dan choc chip cookies..tu pun sebab agak murah, RM3.75 dan kebetulan saya tak ingat harga cookies tu time kali terakhir saya beli ..so tak terasa ragu-ragu untuk beli..hehe..
dan hasil daripada sifat 'kedekut' (kedekut ni kedekut yang baik ye..) yang dipraktikkan, dengan ini diumumkan bahawa nisah hanya berbelanja sebanyak RM67.25..kalau ditolak dengan novel BI(RM32.90), nisah telah berbelanja kurang dari RM50..waa..tahniah untuk diri sendiri..bukan senang untuk mengawal diri..tambah pulak, kaum wanita mempunyai 9 nafsu dan 1 akal..mungkin hari ini saya telah menggunakan 1 akal yang Allah bagi dengan sebaik mungkin..=)
so, berjimat cermatlah sebelum anda terpaksa menjimatkan wang anda..(pesanan ditujukan khas untuk orang tak kaya seperti saya..hehe)

Thursday, December 25, 2008

:: Kenangan itu ::


Semalam..
Saat hati ini jauh dariMu..
Aku ingin hidup dalam kenangan itu..
Walau aku sedari, mengerti dan fahami..
Ia menyakitkan aku, melukakan aku..


Hari ini..
Saat kusedari cintaMu abadi lagi hakiki..
Aku ingin membuang kenangan itu dari lubuk hati..
Aku nekad mematikan terus bayangannya dari kotak ingatan..


Namun..
Aku masih tak mampu..
Semakin aku cuba menjauh..
Kenangan itu bagai menggamitku..
Apa harus aku lakukan Ya Allah?
Kenapa begitu payah meluputkan ingatanku padanya?


Bantulah aku Ya Allah..
Bila tiba waktu dan saatnya..
Andai Engkau menentukan kami bertemu semula..
Temukan kami dalam rahmat dan redhaMu..
Sesungguhnya, hanya cintaMu yang aku dambakan..
Jua aku harapkan cinta kepada sesuatu yang mengundang redhaMu..

Wednesday, December 24, 2008

:: Aku rela ::


AKU RELA
Lirik: Sahibul Samahah Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(Mufti Negeri Perlis)
Munsyid: Algebra

Telah ku rela nama dan diri menjadi sasaran
Kerana cinta, aku berkorban
Telah ku rela tohmahan bermaharajalela
Kerana cinta, aku terpaksa
Kerana cinta jua aku berbicara
Dengan nada insan terluka
Meluah rasa, meluah fakta, mencedera jiwa
Semuanya kerana cinta…
Biarku tanggung rasa derita..
Asalkan agama, selamat akhirnya..
Yang membantah, hanya berfalsafah. .
Kerana bimbang suapan harian
Dengan menjual nama tuhan..
Lalu kebenaran disingkirkan,
Demi hidangan belian pendustaan
Namun aku yang sengsara zahirnya
Redha telah pun penuhi jiwa
Dalam keletihan ini..aku bahagia
Kerna..
Pada kebenaran itulah terasa nikmat syurga.

untuk mendengar, klik sini..


Tuesday, December 23, 2008

:: Putaran kehidupan ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Saya tergerak hati untuk menulis pasal ni lepas saya memerhatikan sikap dan perangai adik yang 'menyerupai' kakaknya(saya la kakak itu..=p) semasa saya baru melangkah ke alam remaja..to be honest, time tu(form 1-3), saya memang tak faham sangat pasal agama..mungkin juga boleh disebut kurang kesedaran pasal agama..sembahyang pun sebab orang di sekeliling sembahyang..pendek kata, kebanyakan ibadah yang saya buat adalah didorong oleh orang lain yang pastinya bukan lahir dari kesedaran dan tanggungjawab untuk berbuat demikian..namun, hidup ini adalah proses pembelajaran..semakin kita meniti usia(semakin kita tua) kita akan kian menyedari kesilapan yang telah kita buat dan menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan kesilapan tu..ni lah yang dinamakan tarbiyah dan hidayah daripada Allah.. dan saya amat bersyukur kerana Allah menyedarkan saya bahawa setiap apa yang dilakukan mestilah diniatkan hanya kerana Allah..

Berbalik kepada perangai adik yang menyerupai saya yang dulu, dua perangai dia yang membuat saya teringat sikap saya:

1. Cepat naik angin
Time cuti hari tu, adik cari kain baju kurang yang saya rasa dia tersalah letak..cari punya cari, tak jumpa..(walhal dia bukan cari, tapi 'tengok' je dalam almari, pastu kata tak de..)..pastu, dia mengadu kat mak dengan harapan mak akan tolong cari..time tu masing2 cam busy wat benda lain..so sape pun tak de nak tolong dia..apa lagi, dia pun terus masuk bilik and tido..sebijik perangai kakaknya dulu-dulu..tapi saya lagi dahsyat..siap pernah hempap pintu kuat-kuat..teruk giler perangai time tu..
"Ya Allah, banyaknya dosaku pada ibu bapaku..ampuni daku.."

2. Minat artis secara berlebihan
Kat rumah hari tu, saya ada kemas bilik adik n terjumpa buku nota kulit tebal..comel je pembalut buku tu..so saya pun buka..tergelak-gelak bila tengok apa isi buku tu..penuh dengan gambar pelakon2 Korea..ada jugak tajuk drama n filem diorang di bawah gambar tu..terus saya teringat zaman saya dulu..seingat saya, time tu, saya memang minat sangat dengan kumpulan New Boyz, Boboy, Q Face..siap beli album Q Face...pastu, terkantoi dengan abah..abah agak marah la time tu..ye la, habiskan duit untuk benda2 tak berfaedah macam tu..pastu, minat jugak dengan Siti..so gambar2 artis tersebut dilekatkan dalam satu buku nota..bila fikir balik, ntah pape je..

Menyedari akan tanggungjawab saya nak tegur kesalahan adik, satu hari ni saya slow talk dengan dia.."shah, minat artis ni boleh, tapi jangan lebih-lebih..lagipun, depa bukan kenal kita pun..kat akhirat nanti, bukannya depa boleh tolong bagi syafaat kat kita.." Dia macam boleh terima..tapi lepas dua tiga hari, dia beli jugak majalah Klik n Yezz..dalam majalah tu, banyak la info pasal artis korea..saya macam nak marah pada mulanya, tapi menyedari yang marah hanya akan menambahkan masalah yang sedia ada, saya berdiam diri je..cuma muka saya memprotes..ye la, beli dua majalah tu dah habis RM10..tak ke membazir namanya..

Macam tu jugak bila dia tengok citer Korea..rasa bersalah plak sebab macam saya yang men'stimulate' dia untuk tengok citer2 Korea..tapi, bila fikir balik, as long as satu benda tu tak melalaikan kita dari menunaikan tanggungjawab kepada Allah, sesuatu benda itu tak mengundang dosa..cuma, bila saya nampak dia terleka sikit, ingatkan dia.."shah, sembahyang dulu, nanti sambung tengok movie balik.."

So, moral of the story, bila kita yang lebih tua ni memandang orang yang lebih muda, kadangkala ia mengingatkan kita sikap kita dulu..mungkin salah satu cara Allah nak suruh kita muhasabah diri dan betulkan kesilapan orang lain..yang penting, betulkan kesilapan mereka dengan berhikmah..

wallahu a'lam..

p/s: untuk Shah, ketahuilah kak t amat sayangkan Shah sebab u're d only adik yang kak t ada kat dunia ni..(^_^)

Monday, December 22, 2008

:: Selamat kembali ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Setelah agak lama blog ni bercuti, saya akan kembali mengaktifkan diri dalam aktiviti berblog..inshaAllah..sem 2 sesi 2008/2009 sudah bermula, dan tentunya masing2 mempunyai perancangan, azam, misi, visi dan pape perkataan yang sewaktu dengannya..apa pun perancangan dan agenda anda, semoga apa yang dirancangkan mendapat rahmat dan keberkatan dari Rabbul Izzati..dan semoga dengan restuNya, segala apa yang dirancang bakal tercapai, inshaAllah..

Semasa cuti yang lepas, saya berkesempatan membaca beberapa blog time g tengok result exam kat cc..apa yang boleh saya katakan kat sini, pape pun result yang kita dapat, itu adalah yang terbaik buat kita..mungkin ia mengundang kekecewaan kepada kita, namun mungkin itu merupakan pengajaran yang semestinya amat bernilai dalam meniti kehidupan kita yang sementara cuma ini..kalau kegagalan itu berpunca daripada kurangnya belajar, untuk sem ni, tingkatkan usaha..andai kita dah usaha dengan semaksimumnya, tapi result tak ‘berbaloi’ dengan apa yang diusahakan, mungkin doa dan tawakkal kita tak seiring dengan usaha..mungkin juga kita study hard tapi tak smart..namun yang pasti, Allah ingin menguji sejauh mana kita redha menerima dugaan dan ujianNya..yang penting, jangan berputus asa, tingkatkan usaha dan lipatgandakan doa kepadaNya.. sebagai hamba Allah, kita hanya mampu berusaha, Allah jualah yang berhak memberi samaada kejayaan atau kegagalan..inna ma’al ‘usri yusra..

So, berusaha selagi terdaya, jangan lupa banyakkan berdoa dan tingkatkan kebergantungan kita kepadaNya..inshaAllah, kejayaan akan menanti di akhir jalan perjuangan..Buat akhirnya, selamat memulakan perjalanan untuk semester ni dan pastikan kita berada di lorong yang betul..hehe..kalau anda macam saya(susah nak faham n kena betul2 beri tumpuan dalam kelas n kena study lebih gigih..) sila la guna lorong sebelah kiri..kalau kita nak sampai ke destinasi pada waktu yang sama dengan orang yang menggunakan lorong kanan, kita kena la memulakan perjalanan lebih awal..so bersiap sedia daripada sekarang k..all d best buat semua..(“,)

“Rabbi yassir wa la tu’assir Rabbi tammim bilkhoir..”