Saturday, January 3, 2009

:: Andaiku pergi ::


Oleh sebab hujan yang tidak berhenti ditambah dengan hari cuti didarab dengan malasnya nak study(hmm..apa nak jadi la nisah oi..), kerja saya sejak semalam adalah mencari lagu-lagu yang best..semasa proses mencari tu, terjumpa lagu Andaiku pergi , nyanyian Mirwana..saya pernah dengar lagu ni kat IKIM, tp time tu macam tak berapa minat..tapi bila dengar semalam, macam sedap la pulak..eh, bukan sedap, menyentuh hati sebenarnya..bila saya cuba meletakkan diri saya sebagai watak dalam lagu ni, rasa sedih la plak..andai ditakdirkan saya pergi dulu, lagu ni ditujukan buat my beloved family and friends..

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata

Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu

Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

untuk mendengar, sila klik sini

~k nak start study..esok nak p beli tiket bas n shopping(shopping lagi..ish2..tapi, window shopping je kot..hehe..harap2 macam tu la ye..)
kawan2, study ye..jgn jadi macam pemilik blog ni..huhu..~

wassalam

0 komen: