Saturday, January 17, 2009

:: Kampungku.. ::


First n foremost, entry ini ditulis kerana nak memujuk hati yang sebenarnya sedih melihat kampung saya yang sedang dibangunkan.. pembangunan yang saya rasa tak perlu dan tak penting.. untuk pengetahuan pembaca, kampung saya merupakan salah satu kampung yang terlibat dalam tragedi tsunami lebih kurang 4 tahun lepas..Kampung Tepi Sungai namanya, sebab terletak sebelah sungai..err..bukan sungai, tapi laut.. banyak la rumah yang ranap dan rosak terutama rumah kat tepi laut.. dan Alhamdulillah, rumah saya terselamat sebab rumah saya kat kawasan tinggi dan jauh sikit dari laut..


Lebih kurang setahun lepas kejadian tu, pembangunan mula dilakukan..konon2 nak buat memorial tsunami.. rumah2 yang hampir ranap dipagarkan untuk tontonan sapa2 yang datang untuk melawat.. ok, tak salah nak buat memorial sebab mungkin memberikan keinsafan dan pengajaran kepada orang ramai yang datang untuk melihat sendiri rumah2 yang rosak akibat tsunami.. Tapi apa yang saya kesalkan, aspek keselamatan diabaikan dan diketepikan..sepatutnya, sebelum buat memorial tu, buat la tembok dekat dengan laut dulu..sebab sebelum tsunami berlaku, hanya setengah kawasan kat kampung saya yang diletakkan tembok antara laut dan jalan raya..dan tembok tu menjadi benteng bila tsunami berlaku, dan Alhamdulillah, kebanyakan rumah kat kawasan bertembok hanya rosak sedikit atau hanya dimasuki air.. ntah la, bila difikrkan, rasa geram sangat.. dah la masih ada lagi penduduk kat situ tak nak berpindah..so apa salahnya, buat dulu tembok kat situ..dah settle, baru la start projek memorial tu..


Dan, setiap kali saya balik kampung, makin menjadi jadi pembangunan..dah tak macam kampung.. pasir kat tepi laut dah semakin sikit sebab ada projek menngangkut pasir kat situ..kehadiran lori pasir pun dah merosakkan pemandangan kat situ..waaa.andai saya ni anak ketua kampung, dah lama saya halang projek-projek tu..t api andai saya ni anak ketua kampung pun, apa la kudrat saya untuk halang semua tu? Semua keputusan di pihak atasan..hmm..pentingnya untuk mempunyai kuasa dan pangkat kan.. Jadi saya hanya mampu menahan rasa marah, geram dan tak puas hati dalam hati.. ok, I think I better stop here, sebab saya dah menjadi sedikit emo..maaf andai tulisan ni sedikit tidak sopan seperti biasa..huhu...


Sekian, terima kasih kerana meluangkan masa untuk baca tulian yang ntah apa2 ni..

3 komen:

(^_^) Lady In Blue (^_^) on January 17, 2009 at 11:30 AM said...

penah tengok the latest uia kuantan dr luar tak? on the way from tmn pertanian tu..rasa2 same la cam kmpung kirana tu kot..hehe

Szakif on January 18, 2009 at 1:21 AM said...

erm.. kirana... are you saying that pembangunan2 tu, takde faedah, or what?

KiRaNa on January 18, 2009 at 8:00 AM said...

LIB,
xperasan la pulak..
nanti sy meng'alert'kan diri..
hehe..(^_^)

szakif,
hmm..first sekali mintak maaf la ye sbb menyebabkan org xphm apa yg cuba disampaikan..
(ni la akibatnya bila dah emo kan..huhu..)

apa yg nak dikatakan, pada saya, pembangunan tu hanya mendatangkan faedah kepada pemaju je..
kepada penduduk, sy xnampak apa faedahnya..
dan mungkin bagi orang luar yang datang, membawa faedah kot..

actually pembangunan2 tu xde la teruk sgt sbnarnya..just pagarkan rumah2 yg kena tsunami n ada projek mengangkut pasir kat situ..
mungkin sy yang terlebih emo kat cni..
sy nak kampung tu kekal sbg kampung sy yg dulu..huhu..
tp bak kata senior dulu, perubahan tu perlu kan..so kena la terima perubahan..

hmm..sepatutnya sy kena letak gambar kan..
baru la org akan faham..
sori la..kamera mmg xde..hehe..
so, apa kata bila senior g kedah, g la melawat kawasan kuala muda n ambil gambar byk2..(^_^)

tp, pape pun, bersyukur sebab sy masih lagi ada kampung dan tempat tinggal..
umat Islam kat Palestin lagi la sedih kan?
tempat tinggal pun dimusnahkan..

ops. sori...terlebih bebel plak..hehe..