Sunday, February 22, 2009

:: Kata2 untuk hari ini ::


"Bersaksi diriku..
Tiada lain hanya Kau satu..
Memiliki cintaku..
Ku serah segala kepada Mu.."

Friday, February 20, 2009

:: Bila saya cuba jadi seorang yang tetap pendirian ::


Perbualan telefon antara saya dan mak;

Saya: Mak, hari tu cheq habaq nak balik umah time Maulidur Rasul kan? ni cheq nak habaq, cheq tak jadi balik kot..inshaAllah..(walaupun amat10x sedih untuk buat keputusan tersebut..(T_T))

Mak: La, yaka?pasai pa?

Saya: Hehe..hmm...macam mana nak cakap ye? hmm..macam ni..mak tau kan nanti cheq kena praktikal kat lab. pathology? cheq tak dak buku pathology..cheq xbeli sem lepas..pastu kebetulan kawan nak jual buku dia..ingat nak beli..

Mak: Beli la..senang sikit nanti..pastu, pasai pa xmau balik pulak?

Saya: Harga buku tu mungkin seratus lebih sebab kawan cheq tu xguna pun lagi..cheq ingat tak mau balik sebab nak beli buku tu..kira duit tiket balik bole la cheq guna untuk beli buku tu..jimat sikit kan..(ketawa yang dibuat-buat..) lagipun cuti sat ja..

Mak: cuti berapa hari?

Saya: Hari jumaat sampai isnin..

Mak: hmm..tok sah balik la lagu tu..mak takut cheq la penat nanti..pastu, mengadu kat mak..tak larat mak nak dengaq..(memang saya kaki mengadu..sakit sikit pun nak mengadu..penat pun nak mengadu..huhu..anak 'bongsu' la katakan..)

Saya: oo..mak xbagi cheq balik la ni?sampai hati mak..(buat ayat sedih..)

Mak: bukan lagu tu la..mak mana xsuka anak balik rumah? mak cuma takut cheq tu yang penat..jauh kuantan dengan kedah ni..lagipun nanti kan dah nak praktikal dekat dengan rumah kan..3bulan dok kat rumah..(mak cuba memujuk..)

Saya: Hehe.cheq tau la..saja je nak suruh mak pujuk..hehe..tu la..sbb tu la cheq tak mau balik..hmm..mak masak apa pagi ni?

Mak: Mak buat cucur pisang(aka pisang goreng)..kat tok mak buat cucur ubi kentang sebab tok tak leh makan cucur pisang..

Saya: sedapnya..nak jugak..

Mak: ok, sat g mak pos..hehe..ni 'anak2' kesayangan mak dok kacau dah ni..dengaq dak bunyi bising kat belakang ni?

Saya: Anak2?oo..kucing ka?hehe..dengaq2..depa dok buat ap tu? melampau noo depa la ni..(sambil terbayang2 6 ekor kucing yang amat2 nakal tapi menghiburkan hati kami sekeluarga..)

Mak: mak tak bagi depa makan lagi..lapaq la tu..tu yang buat perangai..tapi ni mony dgn mone je yang dok kacau..moli dok tidoq kat bilik air belakang..mocha tidoq kat dalam bilik...moti dgn snowhite tak tau p mana..p merayau kot..

Saya: (sambil membayang2 kedudukan kucing2 kesayangan..) hehe..rindunya kat depa..mesti mony dgn mone dah besaq kan..(dua2 ekor kucing ni paling bongsu..)

Mak: ni depa dok memunggah kat ruang tamu pulak..macam ada budak kecik je kat rumah ni..penat mak nak kemas..nak tau dak, botol air mineral kat belakang rumah tu, abis depa dok main..(mak berleter..)ok la..mak nak p sambung goreng cucur sat..nanti bila2free tepon la mak..mak nak tepon takut ganggu cheq belajaq..kot2 la ada kelas..

Saya: ok..nti cheq tepon mak..mak, pasal cheq tak mau balik tadi, cheq nak pikiaq lagi sekali la naa..bila mak citer pasal kucing2, rasa nak balik pulak..hehe..

Mak: la, budak ni.baru kata tak mau balik..pikiaq betui2..pastu kalo jadi balik, p beli tiket cepat2..nanti abah marah kalo beli tiket lambat..

Saya: ok..nti bila cheq da pikiaq betul2,(entah bila la akan habis fikir..) cheq habaq kat mak naa..

Mak: ok..miss n love u..

Saya: miss n love u too..kirim salam kat semua tau..assalamualaikum..

Mak: ok..waalaikumussalam..

~snowhite adalah ibu kepada moti, moli, mocha, mony dan mone..(^_^)..~

ps: sedang berusaha untuk menetapkan pendirian untuk tidak balik time cuti Maulidur rasul ni, walaupun nak sangat2 balik rumah..or bak kata nani, 'nak keluar kejap dari kuantan ni'..pray 4 me ya..(^_^)

Thursday, February 19, 2009

:: K.A.M.I ::





I like this picture very much..

why?

sbb..

1.Saya(kat tengah) nampak macam anak sulung dalam gambar ni..
cuba tgk..gambar di ats menunjukkan kakak(sebelah kiri) dan adk(sebelah kanan) memegang bahu saya..itu bererti saya dihormati sbg seorang 'kakak'..=p

2.Bukan senang nak memujuk adik tersayang untuk bergambar dengan saya dan kakak..dia memang pemalu(tp depan orang dan kamera je la..)

3.Saya pakai t-shirt dan tudung purple..hehe..tudung purple tu disponsor aka dipinjam khas daripada adik..tu pun setelah puas memujuk dgn bagi dia guna laptop..(sori shah..tu la..sapa suruh beli tudung warna purple kan..mahal plak tu..hehe..kak siti kan xleh tgk benda warna purple ni..=p)

4.Pemandangan kat belakang kitorang tu amat2 cantik..Subhanallah..

sekian..(^_^)

Monday, February 16, 2009

:: Mimpi yang indah ::


Mimpi Yang Indah
Album : TigaSatuTiga
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian
..

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan

Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan..

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan
Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah cuba kau mengerti

Saturday, February 14, 2009

:: Kembara ::



Berjalan di bumi yg tandus ini penuh duri
Tanpa sedar dan penuh lalai
Usia beredar penuh kejahilan
dan kemusnahan..

Mengembara mencari dunia hakiki
Tiada jumpa arah yg sejati
Tiada pembimbing penunjuk jln yg suci
Hidup terumbang ambing sendiri..sendiri..

Tuhanku, dengarlah bicara hati ini
Dariku insan sering tersisih
Di lautan penuh dosa dan noda
Demi mencari secebis kasihMu..

Tuhanku tangan ini menadah sayu
Keampunan di perjalanan jauh
Semoga di terima di sisi Mu
Sebagai bekalan negeri abadi..

Menempuh sayu perjalanan pahit
Dalam kembara mencari diri
Mengharap sinar terangi hati
Yang sekian lama menutup jiwa..



ps:lagu ni sering dinyanyikan leh muslimat masa kat Kisas dulu..
ingat lagi, lepas solat hajat, taubat or isya', kami sama2 mengalunkan lagu ni..
betapa sy rindukan kenangan dan memori bersama sahabat2 di sana..
thanx to sue sebab sudi menaip lirik ni untuk saya..(sori sue, kite susahkan awk..)

Sunday, February 8, 2009

:: Ada apa dengan kirana? ::


Semalam, time discussion tuk presentation toxicology esok, sorang kawan saya berkata

"Nisah ni, semua kirana ya..kat laptop awk pun semua tempat nama kirana..naik confius kite.." dia membebel..

Saya hanya tersenyum lebar..memang betul pun kan..so saya hanya mampu wat muka comel..

"Hehe..dah kite suka nama kirana, nak wat cane?" saya membalas, tak nak mengalah..huhu..

Sorang senior bersuara, "Apa maksud kirana tu ye?"

Saya membetulkan duduk(tanda bersemangat nak bercerita..hehe..)
"Sesuatu yang suci, bersih..lebih kurang la..kirana tu bukan perkataan arab, tp perkataan melayu.." saya bercerita..

"tapi, saya start suka nama kirana sejak form 4 or form 5 lagi..tau tak lagu bisikan nurani?in team yang nyanyi..part "kejernihan wajahmu, sempurna pada pandanganku..kau kirana.." saya menambah..

dan sorang kakak senior mula menyanyi part tu.."aah la..ada perkataan kirana.." dia berkata sambil tersenyum..

so terjawab sudah misteri nama kirana tu..
hehe..
yg penting, dakwaan sy mencuri nama kirana daripada astro kirana tu salah sama sekali..hehe..

Thursday, February 5, 2009

:: B.U.S.Y ::


Salamun 'alaik buat semua pembaca..(macam ramai je orang yg baca blog ni..hehe..)

Starting from this week, i'm busy preparing for 1 presentation, 1 quiz and 4 mid term exams..
as usual, as there are tooooooo much things to be done and completed, my level of stress will start to rise up..huhu..

Here are the list of the workloads that are waiting for me to pay attention to them..(T_T)

09/02-Toxicology presentation
11/02-Hematology Quiz(byk giler chapter yg masuk..waa..Dr Tariq, please pity us..)
13/02-EAP(English for Academic Purposes) mid term exam..waa..tatott..
13/02-Due date short taking note EAP
17/02-Hematology midterm exam
20/02-EAP outline presentation
24/02-UNGS 2050 midterm exam
26/02-Toxicology miterm exam


Right now, my mind is starting to think about ntah pape things like:
mak, nak balikkkkkk! =(
abah, sakit kepala..abah tolong la picit! (T_T)
shah(my adik), dodoi kak t tidoq..
kak min(kakakku sayang, nak kek koko!(^_^)


However, I have to be strong..
Because with every hardship, comes ease..
(Inna ma'al 'usri yusra..)
that's what Allah has promised and His promises MUST BE true..
No doubt at all..
May He gives me the strength and ability and capability and affinity to study besides at the same time overcome all the emotional problems in my weak heart(hati ye, bkn jantung..huhu..)
Hopefully, with du'a from my lovely parents and siblings, as well as their blessings and support, i'll able to go through the becoming stressful weeks..
nisah, chayok2!

Ya Allah,
Bantulah hambaMu ini..
Moga hamba dapat melalui segala-galanya dengan tenang..
Berikan kekuatan kepadaku..
Hanya kepadaMu tempat hamba menyandarkan harapan
Dan hanya kepadaMu tempat hamba memohon dan meminta pertolongan..
Kerana..hanya Engkau yang mampu memungkinkan segala sesuatu terjadi..
Amin ya RAbbal 'alamin..