Bismillahirrahmanirrahim..
Walaupun baru hampir 3 minggu memulakan semester baru, rindu pada keluarga begitu terasa..kalau ikutkan hati, saya nak balik rumah malam ni jugak.. petang tadi, bila seorang kawan memberitahu bahawa kelas EAP hari jumaat ni dibatalkan, saya seakan ingin terus ke terminal bas, beli tiket dan balik ke kedah..saya hanya ada satu kelas esok dan saya berkira2 untuk ponteng kelas..namun, apabila memikirkan yang minggu depan dah kena submit soft copy ppt untuk presentation Hematology, saya berfikir buat kali kedua, ketiga, keempat dan akhirnya membatalkan niat di hati..tanggungjawab sebagai pelajar perlu diutamakan..itu pesan mak..lagipun, mak dan abah mesti tak izinkan andai saya bertekad nak balik rumah..mesti mak dan abah risau akan keselamatan saya..walaupun setakat ni tak pernah berlaku perkara yang tak diingini, namun sebagai ibu bapa, rasa risau dan bimbang tetap ada..subhanallah, betapa sucinya kasih sayang yang Engkau anugerahkan..kasih sayang yang membuatkan mereka sanggup berkorban apa saja demi kebahagiaan anak-anak..seperti mana Siti Hajar berlari dari Safa ke Marwah semata-mata untuk mendapatkan seteguk air buat Nabi Ismail yang sedang kehausan.. kasih sayang yang saya ingin contohi dan warisi daripada mereka.. saya teringat lagi kata-kata mak kepada saya.."nanti bila dah jadi ibu, baru la chek akan faham apa yang mak rasa sekarang.." time tu, mak amat risau sebab saya tak jawab call mak..tambah pulak, saya sakit time tu..so, mak telefon Diana(my roomate) dan suruh tengokkan keadaan saya..mak takut saya pengsan kat dalam bilik..macam2 perkara pelik yang mak fikir..dan saya turut mewarisi perangai mak yang suka memikirkan benda2 yang bukan2..huhu..mak borek, anak rintik..
Rindunya pada family saat ini..mungkin saya semakin sedar, bahawa dalam dunia ini, saya punyai keluarga yang amat menyayangi dan mengambil berat tentang saya..saya amat bertuah kerana sehingga kini, Allah masih lagi membenarkan saya untuk memilki sebuah keluarga yang sempurna..walaupun abah tak mampu nak berikan kemewahan seperti yang sesetengah kawan saya dapat, saya tak pernah rasa diri saya kekurangan.. hmm..tipu la pulak kalau tak pernah rasa kekurangan..tapi, kasih sayang mereka mampu membuatkan saya berasa cukup dengan apa yang saya ada sekarang.. kaish sayang yang menyebabkan saya merasa bahawa sayalah anak yang paling bahagia di dunia.. cinta ibu bapa terhadap anak2 menyedarkan saya bahawa bernilainya harga sebuah keluarga..lebih bernilai daripada wang ringgit dan harta benda..pengorbanan mak dan abah begitu mulia di mata saya sebagai seorang anak ynag menyaksikan jatuh bangun, susah senang mereka untuk memastikan kami adik beradik mendapat keperluan yang cukup..membuatkan saya sedar bahawa menjadi tanggungjawab saya untuk membahagiakan mereka.. seperti mana mereka menjaga saya,kakak dan adik sebagai amanah dan anugerah paling berharga dalam hidup mereka, saya turut sama ingin berkorban seperti mereka..baru-baru ni, bila tengok kawan2 ada kamera, hati kecil saya teringin nak beli kamera jugak..tapi, kalau saya beli, saya terpaksa guna duit PTPTN..dan sudah semestinya duit PTPTN akan dihabiskan sebelum akhir semester..dan saya mesti kena minta duit kat abah..Ya Allah, malunya nak minta duit kat abah..kesian kat abah..Seboleh mungkin saya tak ingin menyusahkan mereka..sudah terlalu banyak pengorbanan mereka terhadap kami adik beradik..terlalu banyak..sehingga air mata saya menitis saat ini..
"Ya Allah, hanya Engkau yang memahami dan mengerti rindu di hati ini..
Ya Allah, berikan peluang kepadaku untuk membahagiakan kedua ibu bapaku..
Kurniakan aku kemampuan untuk berkorban seperti mana mereka sanggup berkorban demi kebahagiaan kami sekeluarga..
Jangan benarkan air mata mereka menitis kerana sedih dengan tingkah laku dan perbuatanku..
Sebaliknya, izinkan mereka tersenyum bahagia kerana gembira dan bangga mempunyai anak sepertiku..
Bahagiakan mereka di dunia dan di akhirat..
Temukanlah kami di syurgaMu Ya Allah..
Agar dapat kami hidup bahagia dan gembira di negeri abadiMu..
Amin, ya Rabbal 'alamin.."