Monday, September 28, 2009

:: Bila abah mula bertanya tentang.. ::


Salamun 'alayk...

Alhamdulillah, saya masih panjang umur, masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara di bumi kuantan ni...itu juga bermakna, ketabahan dan semangat perlu di top up dari semasa ke semasa dalam mengharungi suka duka sebagai insan bergelar pelajar...(ayat memberi semangat sbb assignment xsiap + byk lagi xstudy utk midterm exam..)

Baru2 ni, saya mesej sahabat yang pernah jadi sahabat baik saya sewaktu kat Kisas dulu.. dulu kami sangat rapat..dia dan family pun pernah bermalam kat rumah saya sehari sebelum dia mendaftarkan diri kat KMPP(Matrik Penang)..masa hari pendaftaran pun, saya yang menemani dia daftar..(saya dpt Matrik Kedah, tapi sy tolak sebab time tu mmmg aim nak masuk matric uia..huhu..) Secara jujurnya, kami dah makin renggang..mungkin sebab jarak yang memisahkan ditambah dgn masing2 sibuk study..bila saya mesej dia, baru saya sedar banyak cerita pasal dia yang saya tak tau...rupa2nya dia dah sambung master kat UPM sekarang..sangat2 hepi bila dapat tau...tahniah Yaa...(^_^)

................

err..apa kena mengena cerita di atas dgn tajuk entry?hoho...
itu hanya mukadimahnya je...(~_^)
k sekarang baru la nak masuk kepada isu utama...hehe...

Alkisahnya, sebelum ni abah memang langsung tak ada nak bertanya kat saya pasal calon pasangan hidup or pape la perkataan yang sewaktu dengannya..sebab abah tau kot jawapan saya memang tak ada...sebab prinsip dan pendapat saya pasal cinta ni pelik sikit,..hehe..kalo jadi orang tengah bole la..ingat lagi, masa kakak nak memberitahu dia berkawan rapat dengan seseorang, saya yang menjadi orang tengah antara kakak dan abah..

Masa praktikal pun, abah xde pulak nak tanya soal ni kat saya..padahal setiap hari abah hantar saya g tempat praktikal...punya la banyak isu yang kami bualkan dalam kereta, xpernah pulak abah bangkitkan soal saya ber'kawan' dengan sapa..kalo dah tak tau nak sembang apa, saya siap berkaraoke dengan abah dalam keta..(lagu nasyid la..hehe..)

Namun, tengah hari semalam, masa tengah tunggu untuk jemput adik kat sekoalah, abah tiba2 bertanya satu soalan yang buatkan saya terkejut..abah tanya.."haa, siti dah ada calon ka?"

Lalu, saya pun menjawab..."ada dah..orang kedah jugak.."
Abah mcm agak terkejut..abah tanya lagi.."sapa?"

~akan bersambung...(^_^)

1 komen:

Szakif on September 28, 2009 at 11:52 PM said...

chait~ ade lak sambung2. isk isk.. wat saspen jek.