Monday, March 16, 2009

:: A.D.I.K ::


Salam..

Lepas solat Isya' tadi, saya termenung seketika..menginsafi diri..cuba menghitung nikmat dan anugerah Allah yang sebetulnya tidak mungkin terhitung dek akal dan kudrat saya sebagai hambaNya yang hina dina.. saat itu, saya menyedari betapa bertuahnya diri ini..betapa beruntungnya saya ditempatkan saya dalam sebuah keluarga yang sangat-sangat bahagia pada fikiran saya..kasih sayang yang melimpah ruah daripada mak, abah, kakak, adik, tok dan kucing2..(^_^)

Seketika, saya berfikir...bertuahnya saya..sebagai anak kedua dalam keluarga, saya ada seorang kakak dan seorang adik.. adik saya hanya ada dua orang kakak yang baik hati(^_^)..kalau kakak saya pulak, dia hanya ada dua orang adik yang nakal dan selalu bergaduh dalam kereta..huhu.. saat itu, air mata saya mengalir..bersyukur sangat-sangat..dalam tangisan tu, saya tersenyum bila mengingatkan kerenah adik semasa cuti Maulidur rasul baru-baru ni..

Hari Jumaat pagi(06/03/09), saya selamat sampai ke rumah..bahagia sangat-sangat..senyuman memang tak lekang dari bibir saya..huhu..sampai hilang seketika penat bermusafir bila tengok wajah mereka yang tersayang dan rumah yang dah siap dikemas walaupun jam baru menunjukkan pukul 8..(mak saya sangat10x rajin dan memang pantang melihat rumah bersepah..)

Oleh sebab mak dah habis mengemas rumah dan abah dah beli nasi bungkus untuk sarapan, saya merehatkan diri dalam bilik adik..baru je nak melelapkan mata, adik masuk ke bilik dengan membawa beberapa buah buku..dia tersenyum sambil letakkan buku2 tu sebelah saya..
"haa..apa senyum2 ni?nak something la ni." saya mengusik walaupun saya dah dapat agak dia nak minta tolong saya ajarkan dia add math, biology dan physic..
"hehe..kak t, ajaq la adik..adik nak periksa hari ahad ni.."
Dengan mata yang sengaja saya pejamkan, saya berkata.."kak penat la..mlm ni naa kak ajaq shah.."
"mlm lambat sgt..apa kata kak t tidoq dulu..pukul 10 nti ajaq adik..boleh?" sayu je suara adikku sayang ni..
"mai la kak ajaq..buat suara sedih pulak.." saya membetulkan duduk.
dia tersenyum lebar.."ok, kak t ajaq adik add math dulu la.."
Demi melihatkan kesungguhan adik(sebab dia memang malas nak belajar sebelum ni ok..), saya pun ajar sekadar yang saya ingat dan paham..tapi ada ka patut, bila da abis ajar, saya tanya, "paham dak?"
"dak.."dia menjawab dengan selambanya..
"nisah, sabar ye..tak leh marah2..nak gaduh, esok2 eh.." saya memujuk hati..
so saya pun explain sekali lagi..rupanya cikgu dia ajar cara lain dan bila saya ajar cara saya, memang la dia tak paham..biasa la..math memang la boleh guna banyak cara kan..
last2, ada yang dia paham, ada yang still tak paham..hehe..
lepas je ajar add math, kepala saya yang sedikit pening menjadi bertambah pening..maklum saja la,dah agak lama tak deal dengan nombor..asyik tengok tikus je..huhu..

Petang Sabtu pulak, adik saya mengajak kawan-kawan dia datang rumah..dan dia memujuk saya untuk ajar add math kat kawan2 dia..saya ingin menolak pada mulanya memandangkan saya dah hampir tak ingat cara pengiraan dan anything berkaitan add math ni..huhu..tapi, bila memikirkan, bila lagi saya nak membantu kan..bukannya sapa2 pun, kawan2 adik sendiri..
so saya pun bersetuju dan saya gitau adik.."tapi kak t dah tak ingat sangat add math ni.."
dia menjawab sambil tersenyum sinis.."dont worry,adik dah habaq kat depa yang kak t xterror add math pun.."

lagi sekali, kata2 adik membuatkan saya macam nak cubit2 tangan dia..tapi mood saya betul2 baik time tu,,so tangan dia terselamat la..huhu..

~updated story:
laa..terlupa nak citer satu peristiwa penting..ish..macam mana bole lupa ni..huhu..
hmm..hari jumaat malam, berlaku salah faham antara saya dan adik..malam tu,lepas Maghrib, saya sambung ajar adik biology..oleh sebab adik salah menjawab satu soalan Biology(yang saya rasakan tak de la susah sebab kena cari dalam buku je..), saya TERkeraskan suara sikit..dan bila ada perkataan 'ter' tu, itu bermakna saya xbermaksud nak marah dia..cuma meninggikan suara sedikit..huhu..terus adik cakap,"tak payah ajaq la macam ni!" sambil tarik buku dia dan masuk bilik dan menghempas pintu dengan kuat..
saya terkesima time tu..terkejut..(o_o) firstly,sebab dia tarik buku dengan kasarnya dari pegangan saya..(macam impolite je..) secondly, dia tutup pintu bilik dengan kuat..(ini menunjukkan dia sudah memiliki sifat saya-suatu-ketika-dulu..and now i dont like it..sangat2 xsuka..(-_-)

masa tu, saya ingin menangis..baru je tak nak wujudkan apa-apa keadaan yang boleh cetuskan kesalahfahaman or pertengkaran..lepas solat isya', saya ke ruang tamu..sebab memang sangat2 malas untuk buat keje sekolah ditambah dengan sakit kepala yang tidak hilang2..adik tengan study kat bilik..around pukul 11, saya masuk bilik mak untuk tido..(malam tu tido kat bilik mak sebab abah keje..)..cuba untuk pejamkan mata, tapi xberjaya sebab dok memikirkan masalah tu..nak minta maaf pun, macam xsesuai je lagi..lagipun, tengok muka dia yang masam tu pun dah membantutkan hasrat untuk minta maaf..huhu..so saya ambil keputusan nak temankan dia belajar, tapi konon2nya saya nak tengok tv..so saya pun g ke runag tamu, ambil tempat duduk jauh sikit dari adik dan on tv..
terus adik bangun and cakap"ish, kacau je orang nak study.."..dia berjalan sambil hentak kaki ke bilik dia..
waa..nak nangis je time tu..dalam hati, dok beristighfar..sebab rasa marah dah mula menguasai diri..syaitan pun time tu lagi seronok la nak menghasut...tapi akhirnya, berjaya membuang perasaan marah tu..saya pujuk diri.."xpe, orang nak exam memang la stress kan..bila stress, cepat nak marah..so bila satu pihak tengah marah, satu pihak lagi kena paham..kena cool..sabar nisah..esok,mesti dia dah ok.."
so saya pun tutup tv dan terus memaksa diri untuk tido..T_T

keesokan harinya, mood dia dah ok sikit..(^_^)
so masa tengah sarapan, dia dok sebelah saya...
melihat muka dia yang dah comel, saya memberanikan diri untuk menegur,"hmm..dah habis dah merajuk?"
dia senyum..
saya menambah, "sori la..sat lagi, kak ajaq shah lagi naa.."
dia mengangguk..
saya tersenyum bahagia..dan hati berkata.."adik...adik..kenapa perangaimu sebijik perangai kak dulu? membuatkan kak t malu bila mengenangkan perangai dulu2..huhu.."

2 komen:

Unknown on March 16, 2009 at 11:29 PM said...

saya nak jadik adik akak jugak la macam ni. saya takde kakak. hehe~

KiRaNa on March 19, 2009 at 9:54 AM said...

huhu..STBB..
eh, ke SMBB?
ke statement biasa je?huhu..
konfius2..

tp kan, memang mcm tu..
bila xde kakak, rasa macam nak kakak..
bila xde abang, rasa macam nak ada abang..

~xbole bayangkan kalo saya adik lelaki..huhu..