Friday, March 13, 2009

:: Hari termenung.. ::


Salamun 'alayk..

Hari ni saya sengaja menamakan 'hari termenung'..
sebab memang keje saya dari pagi sampai ke petang tadi asyik termenung je..
huhu..
rasanya sebab terlebih makan ikan termenung(ikan kembung) kot time balik rumah hari tu.(waa..nak balik rumah lagi...T_T)

Ok, berbalik kepada hari termenung ni, atau mungkin boleh dikatakan hari mengelamun, atau boleh jugak disebut hari merenung masa silam dan masa depan(istilah ni lebih best kot..), hari ni otak dan fikiran saya seolah-olah berada di alam lain.huhu..
contohnya, time lab toxicology petang tadi, sambil melihat tikus yang sedang berusaha melepaskan diri dari kurungan, fikiran saya terbang entah ke mana..macam-macam persoalan bermain dalam kepala ni..persoalan yang tak ada kaitan langsung dengan lab..

Antara benda yang saya asyik fikir, macam mana la rasanya bila nak melahirkan anak nanti? seriously, itu yang saya dok fikir..mungkin effect daripada tajuk EAP yang saya tengah usahakan..pasal waterbirth(melahirkan anak di dalam air suam..)..
persoalan tu timbul mungkin jugak disebabkan kesihatan saya yang tak berapa baik sejak kebelakangan ni(sakit kepala, batuk dan selsema)..
Allah hanya uji dengan sedikit rasa sakit, tapi sebagai seorang yang tak tahan sakit, saya rasakan sakit yang sikit tu amat menguji ketahanan mental dan fizikal..
dan sakit bila nak melahirkan baby nanti berlipat kali ganda sakitnya..
saya pernah dengar mak bererita pasal sakit time nak bersalin, tak terbayang rasanya sakit yang bagaimana seorang ibu tempuhi..
itu belum sakit bila malaikat nak cabut nyawa.
ya Allah, mampukah hambaMu ini menanggung segala kesakitan itu?

dan disebabkan saya geram dan tak puas hati dengan daya ketahanan sakit yang saya ada, saya ambil keputusan minimumkan makan ubat..
bukan nak menyusahkan diri sendiri atau tak nak sembuhkan penyakit, tapi nak biasakan diri dengan rasa sakit..hmm..betul tak tindakan saya?
dan bila sakit ni, saya rasa makin dekat dengan Allah..mungkin ini hikmah paling besar kenapa batuk dan selsema saya tak hilang2 sejak seminggu yang lepas..dan sejak batuk jugak la, air masak(air putih) menjadi teman karib saya..huhu..
Apapun, semuanya ada hikmah..dan yang pastinya, setiap kali kita ditimpa musibah dan dugaan, itu tandanya Alah sayang kat kita kan? mungkin banyaknya dosa saya yang tak terampun, dan Allah mahu kurangkan beban dosa yang saya mengunung tinggi ni..
Syukur atas peringatan dan kasih sayang Allah..alhamdulillah..

Benda lain yang asyik bermain batu seremban dalam kepala ni, berkaitan ,masa depan..huhu..macam-macam la persoalan.."betul ke nak amik CPR untuk concentration?", "bole ke aku nak jadi lecturer?", "nanti bila da abis degree, nak keje dulu or terus sambung master?"..persoalan demi persoalan menerjah otak yang sememangnya dah sarat dengan banyak soalan..huhu..last2, bila dah banyak fikir, situasi yang dinamakan termenung pun terjadi.huhu..

ps: buat kawan2, sori coz time lab tadi, kite hanya menjadi pemerhati yang setia..xmenolong apa pun..
tapi kite tolong basuh bekas tikus before abis lab..hehe..so dikira buat keje jugak kan..hehe..(busuk tau bekas tu..huhu..)
kira bagus jugak satu group, 10 orang..at least, saya yang tak membantu ni xnampak sangat xmembantu..=p(sori..ayat putar belit lagi..)

4 komen:

Unknown on March 13, 2009 at 1:06 AM said...

ambillah masa untuk termenung seketika merefleksi masa depan yang besar kemungkinan penuh dengan cabaran, atas apa sahaja yang telah dan akan kita pilih dulu dan sekarang sebagai jalan hidup.

bagus sebenarnye, cuma perlu ketermenungan itu dikonklusikan dalam satu wadah yang seobjekif mungkin. maka tidak lah ia seperti membuang masa sahaja. :)

KiRaNa on March 13, 2009 at 1:54 AM said...

tq atas kata2 ni..
kata2 yang best dan puitis.
belajar kat mana ni?hehe..
seriously, gabungan perkataan yang sesuai dan unik..
cth perkatan yang plg best..'merefleksi'.
bagus2.

Unknown on March 13, 2009 at 7:01 AM said...

tersemangat pas tengok debat kat lobi KOS semalam a~ hehe

KiRaNa on March 15, 2009 at 10:18 PM said...

szakif,
waa..cepat belajar ye..
tetiba teringat ur cv..
dkt part strength, ada tertulis
"fast learner"
so mmg terbukti la ye..

hmm..
sdg berfikir..
kenapa saya memuji senior..(~_~)