Salam..
Pelik kan tajuk di atas?
Ada dua perkataan 'ni' kat tajuk tersebut..
Tapi ayat itulah yang selalu saya sebut..huhu..
nama je dah ambil subjek Bahasa Melayu kat UIA ni(walaupun dapat A- je..huhu..), tapi ayat bahasa melayu, entah apa-apa je..
ok, dah mengarut..
ok, kenapa tajuk entry ni begitu?
apa yang saya tak suka?
jawapannya, saya tak suka dengan apa yang berlaku kat diri saya sekarang..
sangat-sangat tak suka..
alkisahnya, lepas je tengok performance masa Scientist Appreciation Night hari khamis lepas, terus saya suka lagu Sheila On 7 ni..tajuknya Buat Aku Tersenyum..sebabnya, lagu tu saya rasakan sedap didengar..huhu..tambah2, bila dengar, terus teringatkan mak n abah..huhu..waa..nak balik rumah..T_T
ntah pape je..
Lepas je balik bilik n solat, terus buka laptop..nak download lagu tu..walaupun agak penat, tapi sanggup korbankan masa tidur sebab nak download..haih..(teruknya budak ni..)
tapi dengan kehendak Allah, tak boleh connect internet..time tu rasa berdosa sangat..rasa berdosa sebab bukannya bersengkang mata untuk solat hajat or taubat, tapi nak download lagu..dalam pada tu, rasa bersyukur pun ada..sekurang-kurangnya, Allah bagi saya peluang untuk berehat..sebab kalau dah boleh online, tak tau la nak tido pukul berapa..sangat2 bersyukur..alhamdulillah..(^_^)
tapi, kejap je saya insaf..(-_-) esoknya, da boleh online..so saya mendownload jugak lagu tu..bila dah download, memang dengar sepanjang hari la..asyik repeat je lagu tu..pape pun, teringat kata2 seorang kawan ni.."apa-apa pun yang kita buat, jangan sampai benda tu melalaikan kita daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah..bila benda tu melalaikan, itu dikira lagha.." thanx kawanku..akan kuingat kata2mu..inshaAllah..
dan..saya akan pastikan lagu ni tidak akan melalaikan saya..(^_^)
moga2, sebelum kahwin ni, lagu Buat Aku tersenyum ni ditujukan hanya untuk mak abah sahaja.(^_^)
Ya Allah..
ingatkanlah hambaMu jika hamba terlalai dari mengingati dan melaksanakan peintahMu..
amin..
ps: moral of d story, jgn jadi macam saya ye..saya ni cepat jatuh hati kat lagu yang baru dengar..
pastu bila dah suka, lagu tu dok terngiang2 kat telinga..hmm..apa nak jadi ni?=(
Ikan Swordtail
10 years ago
2 komen:
moga2 sebelum kahwin ni?
ehem2...mcm dah dekat je bunyinya
=)
nisah kite sllu je wat benda lagha
asik2 ngn internet
huhu berdosa betul..=(
neway thanks for ur little reminder
dianaku sayang.
dekat la sgt..
nak uruskan diri pun terkial2 lg, mcm mana nak uruskan family.huhu..
inshaALlah , lambat lagi..
dan..instinct kite menyatakan awk kawin dulu..(^_~)
sama la dgn kite..
asik online je..
EAP xsiap2 lagi.(apa nak jadi la..)
sama2 muhasabah diri n sama2 mengingatkan..(^_^)
ps: sbnrnya kite tls pasal sebelum kawin tu sbb nak ingatkan diri spya lagu buat aku tersenyum tu HANYA ditujukan utk org yg layak sahaja..hehe..
bila da kawin, xde masalah nak dedicate utk suami..dapat pahala lagi, inshaALlah..harap maklum..=)
Post a Comment