Friday, March 13, 2009

: Di taman teman-Siti Nurhaliza ::


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana

Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah
Amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku

Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini..

~lagu ni saya sangat2 suka..
walaupun saya tak faham apa maksud di sebalik lirik lagu ni, but saya suka juga..
suara Siti macam lebih matang dan lebih merdu..(^_^)

ps: dalam mood untuk meng'update' blog..huhu..

8 komen:

Szakif on March 13, 2009 at 1:42 AM said...

aku ade full album. nak? hehe~

KiRaNa on March 13, 2009 at 1:45 AM said...

betul ke?
nak2..(^_^)
tapi semua lagu best ke?

Szakif on March 13, 2009 at 7:01 AM said...

results may vary :)

sms k..

Liyana on March 15, 2009 at 7:48 PM said...

nak jugak...
tiba2 menyibuk... :P

KiRaNa on March 15, 2009 at 10:11 PM said...

szakif,
mcm result experiment pulak ye..=p
ok, nti saya akan mesej bila rasa nak sgt dgr lagu lain..huhu..
sbb stkat ni, masih dlm mood mendengar lagu di taman teman..(^_^)

yana,
minta szakif belikan album terus..
hadiah before grad..hehe..(^_^)

Szakif on March 16, 2009 at 8:50 PM said...

terbalik. liyana yang kena beli untuk aku. hadiah b4 aku grad. ahahaha~

Liyana on March 16, 2009 at 9:09 PM said...

kak, Zaki takdenye nak belikan untuk saya...

Zaki, jap2...
ko kata ko ada album...
ape kes pulak aku kena beli kat ko???
kang ada 2 benda yang sama...
tidak ke membazir namanye~

KiRaNa on March 19, 2009 at 10:04 AM said...

abang dan adikku..huhu..

haih, asyik gaduh je ye..
macam ni la..
szakif belikan album siti utk yana, yana belikan album siti jugak untuk szakif..
hehe..

ok?