Thursday, May 28, 2009

:: Saya nak membebel.. ::


Salamun 'alayk..

Kepada sesiapa yang selalu membaca blog ni(ada ke yang baca?huhu..), mesti anda perasan yang saya selalu menulis pasal diri sendiri..
Mungkin jugak ada yang meyampah bila baca blog ni kan..
Ye la, asyik bercerita pasal praktikal je..huhu..
Apa pun perasaan anda, anda berhak untuk berkata dan memikirkan apa sahaja sebab memang anda berhak..huhu..
Ok, kan saya dah mula mengarut..haih..

Ok(kembali serius)..
Entah mengapa, hari ni saya tiada mood untuk bercerita pasal praktikal atau apa2 sahaja berkaitan praktikal sebab saya tengah marah dan stress tentang sesuatu..
Tidak perlu rasanya untuk bercerita sebab ia tak memberi manfaat samaada kepada penulis ataupun kepada pembaca..
Kang anda yang mmebaca pun turut rasa geram sepertimana saya tengah geram sekarang ni..huhu

Secara jujurnya, sepanjang tempoh praktikal, hari ni adalah hari pertama saya rasa marah sangat sampai hampir je saya melahirkan kemarahan kepada sesuatu-yang-membuatkan-saya-marah..
Namun, masih ada sedikit kesabaran di hati saya pada ketika itu..ahamdulillah..
Walau apa pun, hakikat yang perlu saya fahami, perkara yang berlaku tu adalah lumrah bagi setiap yang bergelar pelajar praktikal..(-_-)

Dan sekarang, saya nak lmelepaskan kemarahan dengan cara baik..
Caranya ialah, saya nak berleter pasal budaya hormat menghormati sesama manusia..
So are u ready untuk membaca bebelan saya?hoho..

(1,2,3..start membebel..=p)

Sebelum ni, saya tak dapat bayangkan bila abah selalu berkata "stress dan tak best bila kita jadi orang bawahan di bawah sesuatu organisasi kerja.."
Dan hari ni, saya nampak dengan jelas dan dapat merasa bagaimanakah rasa stress itu..huhu..
Prinsip yang saya pegang dan percaya selama ini ialah, walau siapa pun kita, walau setinggi manapun jawatan kita, walau sekaya mana pun kita, kita tetap hamba Allah dan anugerah yang Allah bagi tu tak sepatutnnya digunakan untuk bermegah-megah..
Sebaliknya gunakan kelebihan yang Allah bagi untuk membantu orang lain..
Dan kalau jawatan kita tinggi sekali pun, jangan jadikan benda tu benteng antara kita dengan orang jawatan kurnag tinggi(bukan jawatan rendah ok..)

Teringat lagi nasihat dan kata2 abah..
"Kalau orang miskin xdak, orang kaya pun susah jugak..cuba fikir, kalau xdak nelayan, kita nak makan makanan laut pun susah..kaalu xdak petani, macam mana nak makan sayur? Allah dah jadikan manusia tu saling melengkapi..ada orang kaya, ada orang yang kurang kaya..apa yang Allah jadikan tu dah cukup bagus..orang miskin pun, kalau sentiasa bersyukur, buat kerja dngan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, mungkin darjat dia di sisi Allah lebih tinggi dari orang yang kaya.so kena la hormat sesama manusia..Allah jadikan orang kaya supaya depa dapat bantu orang miskin..tapi manusia memang mudah lupa..bila kaya sikit, dah lupa dulu pun dia pernah miskin.."

Saya selalu berdoa, andai suatu hari saya dah berjaya, saya sangat2 berharap saya tetap jadi seperti mana diri saya sekarang..
Sangat2 berharap saya tak lupa diri, xlupa keluarga, xlupa asal usul..amin.

ok, dah habis membebel..hehe..
Lepas balik rumah, nak membebel kat kucing pulak..hoho..
Apa pun, moga apa yang saya cuba nak sampaikan dapat difahami..=p
Maklum la,ayat saya berbelit sikit..huhu..

ps:sangat2 bersyukur sebab esok cuti..
nak ajak abah p jalan jalan la..
dapat tenangkan hati yang tengah bermuram durja sebelum start kerja next week..huhu..

Tuesday, May 26, 2009

:: Esok... ::


Salam..

Esok saya akan masuk microbiology lab..
nama lainnya ialah 'akuarium'..
sebab lab tu tertutup untuk mengelakkan microorganism tersebar ke seluruh jabatan patologi(sy rasa la..)
sejak petang semalam, si Izat asyik 'mengugut' saya dan Maha(kitorang akan mendiami microb lab esok..)..
"Siap la korang..bila korang masuk lab microb je, aku jadi senior korang plak..tgk la..sorang kena mop lantai, sorang wat culture kahak.." izat berkata dgn lagak yang dibuat-buat..(tak takut pun)

Tapi, bukan 'ugutan' tu yang buatkan saya takut..huhu..ada sebab lain yang saya sendiri tak dapat nak tafsirkan..huhu..
nak katakan staf kat situ suka tanya or garang, Hong n Ros cakap staf kat situ ok je..
Mungkin sebab sejak mula2 saya praktikal, ada la ura2 menyatakan yang kat microb lab, memang kena betul2 prepare before masuk..
So minda saya dah set macam tu kot..huhu..
Tambah pulak, saya tak prepare apa2 pun lagi..
Sat lagi baru nak baca sikit2..huhu..

Pape pun, moga hari esok berlalu dengan baik..
Ya Allah, permudahkan segalanya..amin..

Monday, May 25, 2009

:: Ti ti mei mei (eh, betul ke ni?) ::


Salamun 'alayk..

Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, saya dapat kawan2 baru..(^_^)
Minggu ni, Hong dan Ros masuk lab Biochem..
So si Hong ni ajar la saya bahasa Mandarin since saya menunjukkan minat untuk belajar bahasa tersebut..=p
ye la..saya sangat jeles bila Hong, Tan, Xian n Yen cakap bahasa dorang(sebab saya xpaham..hoho..)
Yang lebih jelesnya, sebab dorang bole paham cakap Melayu..siap bole bertutur dengan fasih lagi..

Sebelum ni saya hanya tau beberapa perkataan spt 'ker ker', 'chei chei', 'po po' n 'chi sei'..(maaf andai silap eja..hoho..)
tapi sekarang dah tau banyak sikit..
dan perkataan yang paling saya suka dan asyik ulang dari hari Ahad lepas ialah 'ti ti mei mei'..
ti it=adik lelaki
mei mei=adik perempuan
tak tau kenapa saya suka sgt sebut..
dah puas Hong ajar saya perkataan lain, tapi 'ti ti mei mei' jugak yang saya suka nak sebut..huhu..

ok, cukuplah sampai di sini kelas bahasa mandarin..
jumpa lagi pada episod akan datang..(~_^)

Tuesday, May 19, 2009

:: Nak tulis apa ek? ::


Salamun 'alayk..

Actually, saya tak tau nak taip pasal apa..
Hmm..tulis pasal praktikal la ek?
tu je benda menarik yang bole diceritakan..huhu..

Hampir 3 minggu di hospital, last week, saya dapat kawan2 baru..
ada 9 orang kesemuanya..(macam 'dragon ball ada 7 kesemuanya'..huhu..)
Mila, Santha, Xian, Tan, Hong, Yen, Eshwari, Ros, n Izat..
Ni la kawan2 yang mewarnai hari-hariku kat lab..thanx frens..
Minggu ni saya kat Bichemistry lab dengan Maha, Mila n Santha..
Geng2 bersembang kitorang ialah Yen dan Izat..(sebab dorang kat lab sebelah..)
sangat suka berkawan dengan diorang sebab dorang sangat2 baik..
Dan saya sangat2 suka sebab saya memang xpenah ada kawan berbangsa Cina atau India..
Moga perkenalan ini berpanjangan..

dan satu lagi benda nak cerita..huhu..
Saya tengah berusaha nak tinggal kat hostel hospital..
RM 30 je per month..sangat2 murah..
Mengikut kata Eshwari, bilik agak besar, pastu ada katil besar, meja n almari..
Tapi, dua hari lepas saya call kakak yang uruskan pasal hostel..
tp xde kosong..huhu..sedih sgt2..
Tapi di akhir perbualan, kakak tu bagi harapan kat saya..
Dia kata, kalo ada kosong nti, dia akn cakap..(^_^)

kalo ikutkan hati, memang la nak duduk kat rumah,.,'tapi kesiaan kat abah..
pagi2, terkejar2 nak hantar saya dan adik..
tambah kalau abah kerja malam..
pagi2 nak kena balik awal untuk hantar saya ke hospital..
pastu p tempat keje pulak untuk punch card..
walaupun abah xpernah cakap penat, tp saya tau abah penat sangat2..
thanx abah..
moga Allah memberi ganjaran pahala atas setiap pengorbanan abah..

dan sekarang ni, satu je doa saya..
andai dengan duduk kat hostel adalah perkara terbaik untuk semua, saya harap sangat2 akan ada tempat untuk saya kat hostel hospital..(^_^)
moga Allah tunjukkan jalan..amin..

lastly, harap untuk hari2 seterusnya, saya akan lebih bersemangat untuk praktikal..
to diana n fiyah, chayok2!!
Allah will always be with us..
n everything will be fine as long as we pray to Him..
all d best!

:: haPpY bIrThDaY, AbAh.. ::


Abah, Happy Birthday pada 15 Mei lepas(ni dikira second wish..huhu..)
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..
Terima kasih kerana berpenat lelah mendidik dan membesarkan kami tiga beradik..
Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan abah selama ni..
moga syurga menjadi milikmu, duhai abahku sayang..

ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapa kurindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa

dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


Siti hadiahkan GAMBAR kereta exora untuk abah..
Hanya gambar je yang mampu Siti hadiahkan..(T_T)



ps: Actually, abah asyik sebut pasal kereta Exora je sejak kebelakangan ni..
abah, doakan kejayaan anakmu..
InshaAllah, kalau ada rezeki, nanti Siti belikan abah kereta ni..inshaAllah..
tp bak kata abah, mungkin bila dah kuar kereta lain, abah nak kereta lain pulak..huhu..

Wednesday, May 13, 2009

:: Happy birthday, my dearest friend.. ::


To my dearest friend, Diana aka Angah:



Happy 22nd Birthday!!

All d best in ur life..

Di sini, kite ingin menujukan lirik lagu Saujana ni kat awk..specially for u..

Anggap je la kite nyanyi kat awk..hoho..

" Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi.."

ps: Actually,kite ada rakam suara kite nyanyi lagu ni dalam mp3 kite yang lama..
tapi dah rosak..hoho..(mp3 yang kte sangat sayang tu la..)
kalau ada lagi, ingat nak bagi awk dengar..
so awk selamat la daripada dengar suara kite yg xsedap ni..hoho..

:: Dah boring kot ::


Tolong!!
Saya dah boring..
Saya dah bosan..
Saya dah xde perasaan untuk 'melepak' kat cc...
I dunno why..

Kalau tiga minggu lepas, saya la orang yang paling happy bila abah bagi cadangan bahawa setiap kali abah kerja pagi, abah akan jemput saya kat hospital and saya kena tunggu abah balik keje pukul 8mlm..
Sangat2 happy sebab boleh menghabiskan masa kat cc..huhu..

Tapi hari ni agak pelik sebab saya langsung xde perasaan masa masuk cc kejap tadi..

Mula-mula saya nak terus ke masjid, tunggu sampai solat Maghrib, tapi hari ni abah berhenti kereta betul2 depan cc, so saya pun turun kereta and masuk cc..hoho..(selalunya saya kena berjalan sikit dari balai bomba ke cc..)

Dan alang2 dah masuk cc, saya pun update la blog..huhu..
Dan mungkin pasni, saya kena cari hobi lain pulak la..
Jalan sorang2 kat supermarket ke..wat pape je la, asalkan bukan ke cc..
tapi, takut nak jalan sorang2..
(kalaula bole bawa kucing kat rumah teman saya jalan2, kan best..huhu..)

Sunday, May 10, 2009

:: I'm very happy ::


Salam..

Saya sangat happy hari ni..
Kenapa?
Sebab hari ni hari Ibu...
Selamat Hari Ibu buat emak tersayang...terima kasih atas segaal pengorbanan dan didikan yang mak curahkan buat kami bertiga..
Pagi2 tadi, sebelum berangkat ke tempat praktikal, saya sempat cium tangan dan pipi mak..
Sangat2 suka sebab saya orang pertama yang wish..(^_^)
Kak Min tengah tidur lagi(jealousnya dengan dia sebab dia boleh bangun tidur lambat sikit..)
Adik boleh pulak lupa hari ni hari ibu..(dia tengah risau pasal exam kot..)

Ok,..tu sebab pertama kenapa saya happy..
Sebab kedua..
Baru tadi saya dapat bunga ros..
wah! first time tu orang bagi bunga...
hoho..
sangat2 suka..wangi pulak tu...
walaupun sejambak je, tapi saya akan jaga elok-elok..(^_^)

ps: bunga ros tu diberi bersempena hari ibu..=p
tadi ada blood donation program..orang yang anjurkan bagi bunga utk semua kaum wanita(saya yang belum bergelar ibu ni pun dia bagi jugak...huhu..)

Thursday, May 7, 2009

:: Esok cuti..(^_^) ::


Salamun 'alayk..

Minggu ni saya rasa sangat2 seronok dan tertunggu2 untuk cuti sebab minggu ni rasa stress sikit kat tempat praktikal..T_T

Walaupun agak stress, saya belajar banyak sangat benda minggu ni..
Mungkin sebab kak Ina(one of d staffs kat blood bank) agak garang dengan saya..pantang salah sikit, mesti kena tegur..
Saya siap kena perli sebab tak reti guna gunting(seperti diceritakan dalam entri ini)..
tapi nak kata apa lagi, sebab dah memang saya susah sangat nak guna gunting..huhu..
Dan saya baru belajar cara nak PEGANG pipet dengan betul(jangan main2..nak pegang pipet pun ada cara jugak..hehe..)

Hubungan dengan staf pun, dah makin baik..kalau minggu pertama, saya rasa macam orang asing..
bila p surau nak solat Zohor, duduk je sorang2 kat satu penjuru sambil dengar staf2 bercerita..
tapi sekarang, saya dah makin mesra dengan staf..dah boleh bersembang dengan diorang..
tapi satu je keburukannya..bila dah syok bersembang tu, memang lambat la sikit masuk keje balik..
kalo minggu pertama dulu, pukul 1.50pm saya dah masuk keje balik, tapi skearang ni pukul 2.10pm, baru la nak berlari2 masuk ke blood bank..huhu..

satu pengajaran penting, bila kita praktikal, maksudnya, kita sedang belajar untuk bekerja..dan kena terima apa saja teguran..
dan saya sangat2 bersyukur sebab setakat ni, saya masih boleh menerima setiap teguran..semuanya berkat nasihat, doa dan sokongan mak dan abah..
mak dan abah sangat2 positif..
kalo saya mengadu apa2, mak dan abah alwez bagi nasihat..
terima kasih duhai permata hatiku..(^_^)
n thanx jugak buat my dearest fren, Diana..thanx sebab alwez bagi nasihat kat kite..

ok, dah cukup..
daa..wassalam..

Monday, May 4, 2009

Langit tak selalunya cerah..


Salam..

Waa..
baru ari ni saya merasa TAK BEST nya praktikal..hoho..
last 2 weeks, saya kat hemato lab..
This week until next week, saya kat blood bank pulak..
waa..xbest..ari ni rasa nak nangis je..
moga Allah kuatkan hati tuk hadapi cabaran ini...

tuk sapa2 yang baca entry ni, doakan saya ye..
lusa nak kena p kilang NAZA kat Gurun sbb da blood donation program kat sana..
sok staf kat blood bank akan ajar cara nak check blood group n collect blood..(takut!)
really miss Uia..
balik uia sem depan, sy berjanji tuk belajar lebih bersungguh-sungguh memandangkan BANYAK lagi benda yang tak tau...
waaaaaaaaaaaaa..nak nangis!!!

ok..dah cukup..
daa..
wslm..