Thursday, December 31, 2009

Jauhnya Syurga..


Jauhnya Syurga
Munsyid: Haikal

Ku cuba mengunyah keaiban di dalam diri ini
Yang tertuang dalam bekas kesedaran
Ku cuba menelan rasa cemas yang meracik hati dan jua perasaan ku
Di hening taubat dan penyerahan

Andai ditakdirkan waktu diundurkan kisah silam berulang
Pastinya kembali menganyan ilusi mewarnai mimpi
Selagi berpaut kepada impian yang entah terjadi
Menafikan takdir dan ketentuanNya merubahi nasib
Bukanlah ini kebetulan tapi suatu pertarungan
Diantara nafsu dengan keimanan

Ku sangka ku jumpa rupanya bayangan
Telah ku rentasi hutan penuh dosa
Mengapa ku ragu setelah dinyatakan
Kepastian yang belum ku temui
Sekian lamanya telah termateri suatu perjanjian
Jauhnya syurga untuk aku jejaki

~thanx to adik arif mmc (akak taip je ikut nama kat ym ok..hehe..) sbb menolong mencari link untuk download lagu ni...thanx a lot dik..jasa kamu akak kenang..=)
kalo ada sapa2 nak download, sila klik kat sini ok..

..........................................

ok back to MY STORY..(well, nothing else u can expect from my blog except my personal life..huhu..)
hari ni saya akan balik kedah lagi...(asyik balik je nisah ni..haih, apa nak jadi ni...)
balik untuk melaksanakan misi yang sangat penting untuk masa depan...(final year project la...huhu..)
ceritanya, saya dah bawa balik sample pokok kaduk dari rumah sejak minggu lepas..


Fresh sample ni untuk nak wat PBS extraction. oleh sbb nak guna 100gm je, saya budget cukup la kot 3 pasu..nak bawa balik banyak2 pun, malu kot nak letak dlm bas..hehe..
namun, sample xcukup sbb daun hanya mencecah 75.1gm. batang cukup la, dlm 100+..
Maka, selepas berfikir semasaknya, saya pun amik keputusan nak proceed dengan methanol extraction( extract dah siap dah..)
Yang PBS extraction terpaksa la tunggu balik time midsem break.

Maka, petang semalam, sy dan jihah nak g booking lab weekend ni..(rajin tak kitorang?hehe..)..ingat nak prepare media before boleh wat antimicrobial testing..borang suma dah siap isi, tinggal nak dapatkan signature supervisor je.. tengah berjalan menuju ke kereta, saya bercerita la pasal abah yang bersemangat tolong cari pokok kaduk..(sebab pokok kaduk kat rumah dah habis saya ambil..huhu..)..
sembang punya sembang, kami berdua akhirnya berpakat nak balik untuk ambil sample..
maka, masuk je dlm kereta, kami terus call parents masing2, minta restu nak balik. then instead of pergi booking lab, kami menuju ke terminal bas untuk beli tiket..
dan alhamdulillah, tiket ada lagi..(^__^)

Nak katanya, Allah itu Maha Penyayang.. sangat2 bersyukur sebab Allah izinkan saya balik.. dalam erti kata lain, Allah bagi peluang untuk saya melarikan diri seketika daripada kekalutan kat uia ni...hanya Dia yang faham apa yang sedang saya rasa..rasa yang hanya saya dan Dia yang tahu.. =(

~Manusia hanya mampu merancang, tapi hanya Dia yang menentukan segalanya..~

Sunday, December 27, 2009

:: Iklan.. ::




Sila jgn beli keropok di atas ni sbb TAK SEDAP...

sekian...

ps: tp sedap itu adalah subjektif..maka, mungkin bagi saya keropok ni xsedap, tapi sangat sedap bagi anda..=p

Thursday, December 17, 2009

:: Balik kedah lagi..(^_^) ::


Salamun 'alayk....

Agak lama rasanya saya tak update blog.. bukannya xde idea nak tulis apa, tapi tak berkesempatan. Semuanya disebabkan busy dengan final year project(FYP). Itu la akibatnya kalau baru nak start fyp sem ni (sepatutnya dah kena start last sem).. seminggu berkampung kat lab adalah aktiviti yang sangat2 memenatkan. even last weekend pun kena stay kat lab siang malam. dan alhamdulillah, sudah selesai extraction part. hopefully, next week boleh start prepare media, then bole start antimicrobial testing. satu lagi, xleh nak update blog sebab laptop xde depan mata..(sgt2 rindu nak guna laptop sendiri). sepatutnya dah boleh start tulis thesis, tapi sebab xde laptop, xleh nak start lagi..(malas sebenarnya..huhu..). makanya, saya wat draft je dulu dlm buku yang dikhaskan untuk fyp..(at least, ada usaha ke arah nak menulis thesis..ngee..)

Malam ni inshaAllah saya akan pulang ke kedah. tak sabar rasanya nak menatap wajah mak, abah, kakak dan adik. Kebetulan esok(Jumaat) birthday mak. harapnya saya orang pertama yang wish (sebab saya inshaAllah sampai umah time subuh. harap2 kak min n shah xwish dulu..huhu..)dalam kepala ni, tengah fikir mcm2 plan untuk sambut birthday mak. inshaAllah nak beli kek kat secret recipe. pastu nak belanja family makan. mungkin kat RFC. tak pun, makan nasi kandar kat Bedong. sangat2 murah n sedap makanan kat situ.. pape pun, kena undi dulu la. sampai umah pagi jumaat, kena buat urgent meeting dulu..hehe..

Tak sabar jugak nak jumpa kucing2 (moli, mili, miki, mini, mimi). rindu nak tengok kucing2 yang sedang membesar tu bermain. abah dah buat 'rumah' untuk diorang. rumah 3 tingkat. kreatif sungguh abah. oleh sebab dorang dah xbebas macam dulu, bila biarkan dorg keluar dari 'rumah', memang dorang akan bermain non stop. ingat lagi gelagat si mili. antara anak2 moli (mili, miki, mini, mimi), si mili ni yang paling besar. bila adik beradik yang lain panjat pokok, dia pun nak panjat jugak. tapi half way je sebab xlarat nak naik sampai atas pokok. huhu. sangat2 terhibur melihat telatah dorg. selalunya saya akan kuarkan dorg dari 'rumah' around kol 9pg. sambil2 sidai kain, boleh la tengok dan pantau dorang main (dorang suka merayau2..dah la kecik2 lagi, kena jaga betul2..hehe..). punyala seronok bermain, sampai kaki saya pun dorang nak panjat. selalunya yang akan start panjat ialah miki (dia paling manja). bila dia start, yang lain2 pun nak panjat kaki. pelik betul. punya la banyak pokok kat rumah saya, kaki saya yang jadi mangsa..

ok, dah banyak pulak saya bercerita kat sini. di kesempatan ini, nak ucapkan salam maal hijrah 1431H. jangan lupa baca doa akhir tahun dan awal tahun ya (ingatan buat diri jugak. takut jugak kalau xsempat sempat bas pukul 8mlm). moga tahun baru ni memberikan harapan, kejayaan dan permualaan baru buat kita semua. amin.

wassalam..

Tuesday, November 17, 2009

~Home Sweet Home~


Salamun 'alayk.....

Sukanya dapat balik rumah...(^______________^)
Walaupun sejak sampai pagi semalam sampai la saat ni, sakit kepala macam xnak hilang, tapi sangat suka dapat jumpa mak abah...
agaknya dah lama xnaik bus ditambah dgn pertukaran cuaca (ini mak yang kata..)..tapi tak pa, kalo sakit kepala pun abah n mak boleh tolong picitkan..hoho..

sejak sampai pagi semalam, kerja saya adalah makan n tido..huhu...tido sebab sakit kepala..mak pun lagi menggalakkan saya tido..bagi chance kat orang baru habis exam katanya..heee.. bila bangun tido, mak dah siap masak..maka, saya pun makan...(teruk betul anak dara ni...)..ptg plak, p kedai nak baiki laptop..org tu ckp sebulan lebih mayb baru siap..biasa la..bila under warranty ni, mmg lambat la..=(

ok, sudah tidak mapu meneruskan taipan sbb sakit kepala menyerang...
kepada diana, gudluck tuk last paper ok...kite doakan awk boleh jawab dgn baik..
bittaufiq wannajah...

ps: sgt sedih tgk citer rindu bertasbih kat tv3 smlm...suka baca ayat dia di akhir drama tu..."kehidupan, jodoh, ajal dan maut adalah hak Nya.."

Thursday, November 5, 2009

:: Jalan pulangku... ::


Jalan pulangku
UNIC

Tundukku malu didepanMu
kernaku insan berdosa
ku adukan sesalanku
apakah kan Kau terima..

kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
tinggalkan semalam yang nanah
lantas sedarkan ingatanku pada sempurnaMu
terpaut aku tak berpaling

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau temukan laluanku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buat ku melepaskan dahaga..

suburkan cahaya menerangi langkahku
semaikan segala kiasan indah cintaMu

ku bersyukur hanya padaMu tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara yang melepaskan dahaga

ku mohon Kau tenangkan
gusar hatiku yang rawan
bimbang Kau singkirkan taubatku
ku rayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
telah kuzalimi diriku..

Janjiku padaMu
abdikan seluruh jiwa
sehingga masanya
kau seru hujung nyawaku..

ku bersyukur hanya padaMu Tuhan
kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
buat ku melepaskan dahaga

Tak ku temu dimanakah hentinya
rayuan taubatku padaMu....

~lagu ni didownload sehari sebelum exam research methodolgy..adoi, selalu mcm ni...one day before exam, selalu jumpa lagu baru..then download..pastu, asyik dengar je..maka, xleh fokus pada study...huhu...nasib la time exam tu petang..pagi tu tinggal nak baca buat kal kedua..sekarang ni pun kat dlm mp3, tinggal lagu ni je..lagu lain sy dah delete,,huhu...maka nisah, insaflah...

ps: lagu ni sgt2 sedih..tu yg sy suka dengar...

Sunday, November 1, 2009

:: Entah ler.. :;


Bismillahirrahmanirrahim...

Oleh sebab tajuk entry pun dah jadi 'entah', maka taipan pada entry kali ni akan menjadi tidak tersusun..huhu..nak taip je apa yang tangan ni terasa nak taip..but, otak dan hati akan menjadi nakhoda, dan tangan hanya menjalankan tugas sbgai anak kapal yang patuh pada arahan nakhoda..=)

Semalam seharian saya berprogram Community service kat Cherating.. Overall xde la best sgt sbb kali ni saya xterlibat dgn facilitator sbb sy hanya bertugas di bahagian dapur (catering).. oh, i sangat2 penat u..(gedik giler ayat)..tengah2 menjalankan tugas kat sana, berjumpa pulak dengan kucing yg sgt2 kesian..rasanya dia bergaduh kot sampai badan sebelah kiri dia luka dan nampak isi badan...sangat2 sebak bila tengok..mood sy yg hepi pada mulanya terus bertukar jadi xhepi..(tambah ada lagi beberapa faktor..huhu..) kesian sgt tgk kucing tu..bila dah petang sikit, sy bagi la kucing tu makan kek pisang..dia mkn dgn berseleranya.. time tu terus terfikir kucing kat rumah..kalo kucing sy, xdenya nak mkn kek pisang berselera mcm tu..kalo bagi ayam ke, ikan fresh ke, baru la berselera mcm tu..rasa nak terbang balik rumah n bawa kucing kat rumah sy ke sana..supaya kucing sy bersyukur sikit dgn apa yang ada..kalo kucing sy, mmg memilih makanan la..bagi nasi sgn ikan goreng pun, nak pilih ikan j time makan...adoi, tu la akibatnya kalo dimanjakan...

............

ok ni nak masuk bab lain plak..asyik teringat je scene ni semenjak dua menjak ni..

tempat: petronas tikam batu, kedah..
tarikh dan masa: tahun lepas2.. pagi atau petang kot..=)

masa tu, kakak dan adik turun membeli makanan kat mesra petronas(ke petronas mesra?)..so dalam kereta time tu, hanya ada abah, mak dan saya..sy kat tempat duduk belakang, kat bahagian tengah..*sy kan manja mengalahkan adik..so tempat kat dlm keta kena la kat tengah2*..

pastu tetiba je abah bersuara.."kalo dulu abah belajar betul2, mesti hidup anak2 abah senang kan.." saya terdiam masa tu..sebak..sgt2 sebak..hidup kami sekeluarga xde la miskin sangat sampai abah kena rasa macam tu..mak pun terdiam time tu..masing2 tak tau nak cakap apa..maka, saya pun bersuara sekadar nak hilangkan rasa bersalah abah.."xpa abah..hidup kita ok apa kalo nak bandingkan dgn org lain yg lagi susah..at least, kita cukup makan pakai..kalo kaya raya pun, tapi guna duit tu utk benda2 yg xpenting pun, xguna jugak..nti kat akhirat, Allah akan tanya ke mana setiap harta yang kita belanjakan..(ada lagi yg sy merepekkan time tu..dah xingat..tp semuanya ke arah nak pujuk abah yg mcm tgh sedih tu..)

sayu sgt2 bila terkenangkan saat2 tu..realitinya, sy sebenarnya xrasa pun kami sekeluarga hidup susah..sebab sy selalu ingat, kalo saya rasa hidup sy susah, maka pandanglah ke bawah..lebih ramai lagi yg hidup dlm kesusahan..sekurang2, kami sekelurga xpernah la xcukup makan..makan terlebih lagi ada kot..huhu..tapi mungkin abah tengah ada masalah kewangan time tu..tu yg sampai tercakap mcm tu..

Lepas je sampai rumah, rasa sebak masih ada..sampai terbawa2 masa tengah solat..sy nangis teruk time tu..mintak supaya Allah kuatkan hati abah..jgn bagi abah rasa mcm tu dah..

maka, sekarang kena berusaha untuk study betul2...mungkin sy asyik teringat pasal benda ni sbb Allah nak bagi semangat kat sy utk study..alhmadulillah sem ni mcm semangat sikit nak final exam walaupun tgh homesick.. moga semangat ini berterusan...

ok, gudluck for those who'll have exams...may Allah gives us strength to overcome all kemalasan yg melanda...

Rabbi yassir wa la tu'assir..Rabbi tammim bil khoir..amin...

ps; kan dah cakap tulisan sy mmg xteratur..huhu...

Tuesday, October 20, 2009

:: Tak tau nak letak tajuk apa... =( :


Salamun alayk...

waaaaaaaaa...lamanya xupdate blog ni...huhu...
laptop yang rosak belum dibaiki..tunggu balik pas final exam nanti...
maka, wahai laptopku, selamat beristirehat..tidurlah puas2 ok...(ayat perli sbnrnya..sapa suruh dia wat hal..hehe..)

skrg ni, tgh guna laptop diana...thanx dear kerana begitu baik..sgt2 terharu dgn kebaikan awk smpai rasa nak menangis sekarang..T_T Hanya Allah yang mampu balas jasa baik awak...awak selalu ada dalam doa kite..

ucapan penghargaan juga ditujukan untuk aizu atas jasa baik meminjamkan laptop(diimport khas dari johor)..inshaAllah, saya pinjam sampai abis sem ni..thanx aizu!

hm, bila difikirkan, bagus jugak xde laptop sendiri ni..boleh fokus untuk final exam (kononnya la...berjaya atau tidak, tak tau la..)setakat ni, saya on laptop aizu pun kalo nak dengar lagu and nak buat assignment..ye la, laptop orang kan..kena la buat mcm laptop orang...

ok, nak sambung cerita pasal entry sebelum ni...
sebenarnya xde apa2 pun sbnrnya..dalam erti kata lain, calon tu mmg dah ada..dah tertulis dah siapa..tp xjumpa lagi...Allah masih nak rahsiakan..maka, saya akan bersabar menungggu insan itu...=) moga Allah temukan dalam redha dan rahmatNya...
yang orang kedah tu, sbb kalau boleh, abah saya nak menantu orang kedah...senang nak balik raya katanya..hehe..

ok dah...nak study research method utk exam khamis ni....

doakan saya ye....

wassalam....

Monday, September 28, 2009

:: Bila abah mula bertanya tentang.. ::


Salamun 'alayk...

Alhamdulillah, saya masih panjang umur, masih diberi peluang oleh Allah untuk menghirup udara di bumi kuantan ni...itu juga bermakna, ketabahan dan semangat perlu di top up dari semasa ke semasa dalam mengharungi suka duka sebagai insan bergelar pelajar...(ayat memberi semangat sbb assignment xsiap + byk lagi xstudy utk midterm exam..)

Baru2 ni, saya mesej sahabat yang pernah jadi sahabat baik saya sewaktu kat Kisas dulu.. dulu kami sangat rapat..dia dan family pun pernah bermalam kat rumah saya sehari sebelum dia mendaftarkan diri kat KMPP(Matrik Penang)..masa hari pendaftaran pun, saya yang menemani dia daftar..(saya dpt Matrik Kedah, tapi sy tolak sebab time tu mmmg aim nak masuk matric uia..huhu..) Secara jujurnya, kami dah makin renggang..mungkin sebab jarak yang memisahkan ditambah dgn masing2 sibuk study..bila saya mesej dia, baru saya sedar banyak cerita pasal dia yang saya tak tau...rupa2nya dia dah sambung master kat UPM sekarang..sangat2 hepi bila dapat tau...tahniah Yaa...(^_^)

................

err..apa kena mengena cerita di atas dgn tajuk entry?hoho...
itu hanya mukadimahnya je...(~_^)
k sekarang baru la nak masuk kepada isu utama...hehe...

Alkisahnya, sebelum ni abah memang langsung tak ada nak bertanya kat saya pasal calon pasangan hidup or pape la perkataan yang sewaktu dengannya..sebab abah tau kot jawapan saya memang tak ada...sebab prinsip dan pendapat saya pasal cinta ni pelik sikit,..hehe..kalo jadi orang tengah bole la..ingat lagi, masa kakak nak memberitahu dia berkawan rapat dengan seseorang, saya yang menjadi orang tengah antara kakak dan abah..

Masa praktikal pun, abah xde pulak nak tanya soal ni kat saya..padahal setiap hari abah hantar saya g tempat praktikal...punya la banyak isu yang kami bualkan dalam kereta, xpernah pulak abah bangkitkan soal saya ber'kawan' dengan sapa..kalo dah tak tau nak sembang apa, saya siap berkaraoke dengan abah dalam keta..(lagu nasyid la..hehe..)

Namun, tengah hari semalam, masa tengah tunggu untuk jemput adik kat sekoalah, abah tiba2 bertanya satu soalan yang buatkan saya terkejut..abah tanya.."haa, siti dah ada calon ka?"

Lalu, saya pun menjawab..."ada dah..orang kedah jugak.."
Abah mcm agak terkejut..abah tanya lagi.."sapa?"

~akan bersambung...(^_^)

Saturday, September 12, 2009

:: Menanti esok... ::


Bismillahirrahmanirrahim....

Esok nisah akan balik kedah...
Seronoknya + bahagianya + tak sabarnya..
hari ni, satu family berbuka puasa tanpa saya...
agak2 nya mereka rasa kehilangan sesuatu tak bila tengah makan tu?
ke lagi bahagia sebab sy xde?huhu...
ok, nisah dah fikir pelik2 dah...huhu...

BAnyak benda nak kena settlekan before balik esok.
mungkin malam ni saya terpaksa korbankan time tido..
meh nak listkan apa yang kena buat..
1. siapkan lab report herbal medicine..
2. pack barang..(xabis lagi pack..asyik berfacebooking je...huhu)
3. cari info pasal assignment..(sebab bila bali rumah nti, boleh terus wat je..xyah susah2 nak g cc..)
4. jap g nak masak utk sahur esok..menu:nasi goreng beriyani + telur dadar...
5. iron baju..(uniform balik rumah = jubah hitam + tudung purple..)

~ marilah kita sama2 mngimarahkan malam2 terakhir dlaam bulan yang penuh barakah ini..moga dengan izinnya, kita dapat bertemu dengan lailatul qadar...amin....

k di kesempatan ini, dengan rendah dirinya, saya ingin menyusun tangan memohon ampun dan maaf atas segala salah n silap..kalau ada gurauan atau kata2 dalam entry sy yg lepas2 yang menguris hati mana2 pihak, saya mintak maaf sangat2..

buat akhirnya, Selamat hari raya aidilfitri...

ps: jangan main mercun..(bunga api boleh la..hehe..)

Saturday, September 5, 2009

:: Bahagianya... ::


Bismillahirrahmanirrahim...

5 perkara yang membahagiakan saya hari ini;

1) Abah top up pagi tadi..
~ thanx abah..buat susah2 je..ehehe..kalo nak harap Siti top up sendiri, tunggu nak balik rumah next week la..tu pun sebab nak kena call abah bila dah nak sampai kedah..huhu..

2) Mak dah siap jahit sepasang baju raya...
~ Suka3...dah la warna purple..(^_^) mak, chayok2 tuk abiskan jahit lagi sepasan baju..Siti menyokong dari belakang..hehe..(kalo balik rumah pun, saya tolong tengok je..nama je mak pandai jahit baju, anaknya pandai tengok je..huhu..)

3) Dapat makan Big Apple time sahur nanti...(^_^)
~ thanx iman n farah sbb tolong belikan BigA..Jgn xtau..nisah sgt suka bigA..kalo nak amik hati n nak pujuk saya, silalah beli BigA..nak alien je..yang lain xmau ok..hoho..

4)Sudah selsai menghadapi satu exam..
~ Alhamdulillah...segalanya dipermudahkan...tinggal exam human gen n drug abuse before balik raya...(exam lepas raya jgn difikir lagi..lepas raya baru cheq nak fikir..hoho..)

5)Sedang menghitung hari untuk balik cuti raya...
~ jeng3..lagi 8 hari nak balik...bestnya...k min pun cuti awal..ada la masa nak buat kuih raya..(^_^)

sekian.....

~nisah, sila sambung study Human Genetics...~

Thursday, September 3, 2009

:: Jerawat oh jerawat.. ::


Semenjak dua menjak ni, tidur saya dah makin tak teratur..awal2 sem dulu, macam ok...walaupun busy, tapi boleh je nak tidur awal...makanya, jumlah jerawat di muka pun bertambah...huhu...jadinya, kekerapan merawat jerawat pun terpaksa ditambah..kekadang saya jeles jugak bila tengok kawan2 lain yang tak de jerawat...memang keturunan xde jerawat kot..huhu...yang saya pulak, even terlupa nak letak toner kat muka pun sudah cukup untuk menyebabkan jerawat tumbuh..

Sekarang saya pakai pencuci muka T3 (memang dikhaskan untuk kulit berjerawat..)..pernah beberapa kali saya cuba tukar pencuci muka..konon nak jimatkan kos penjagaan muka..pernah saya cuba guna pencuci muka al aishah, gervenne dan ada lagi(dah tak ingat..)..tapi semuanya tak berkesan..daripada nak jimatkan duit, terus berlaku pembaziran..(-_-) so sekarang ni, saya setia je dengan T3..selesai masalah...

Ok, itu baru cerita pasal pencuci muka (tambah dengan toner sekali).. ada lagi satu benda yang diperlukan untuk merawat jerawat..namanya, tea tree oil..minyak ni banyak jugak la membantu kurangkan jerawat..tapi tu la, mahal kot..satu botol kecil dah RM22..(bagi saya, mahal la...huhu..) tapi tahan jugak kot dalam 2 bulan..kelakar gile setiap kali nak pegi beli minyak ni..muka saya mesti masam bila nak bayar..

tak sabarnya nak keje...nanti nak pegi new york skin solution..(ambik kau..mahal gler kot..) sabar ye nisah..mengaji pandai-pandai..bila kaya nanti, kita pegi new york eh..hoho...

~kesimpulannya, tidur kena cukup and on time..jangan jadi mcm saya..update blog ni pun sebab x boleh tidur...=(

Sunday, August 30, 2009

:: Tinggal Kenangan.. ::






~ ini adalah disebabkan kecuaian saya semasa iron baju...first time jadi camni...waa...sedihnya...T_T

ps: selamat tinggal baju kurung yang ku sayang...

Thursday, August 27, 2009

:: Bed time story...=) ::


Bismillahirrahmanirrahim....

(actually, tengah dok study Drug Abuse..tapi tangan ni gatai sangat nak menaip..ehehe..makanya, blog saya ni la jadi mangsanya..)

Sebenarnya dah lama nak menulis pasal ni..tapi saya perlukan kekuatan untuk tulis sebab entry kali ni melibatkan mak saya..*kalo bab mak dan abah ni, saya cepat sangat nak menangis..so kena tunggu masa tak sensitif, baru boleh cerita...=)* dan sekarang saya tengah cool..so bolehla nak menaip tanpa perlu menitiskan air mata..

Alhamdulillah sangat2 sebab mak mampu puasa tahun ni..sangat2 happy bila saya call mak dalam pukul 6 ptg(sejak hari first puasa) dan dapat dengar suara mak yang sangat ceria..macam tahun2 lepas, around pukul 6 ptg, memang mak dah tak larat dah..pernah jugak mak pengsan sebab terlalu letih..(dah rasa sedih dah ni..)moga mak mampu berpuasa sepanjang bulan Ramadhan ni... *saya dah siap janji nak bagi duit raya kalau mak puasa penuh..hehe..* mak, bertabahla ye..kuatkan semangat..siti doakan mak sihat selalu...

Oleh sebab nak call mak setiap harilah, saya kurangkan mesej dengan kawan2..huhu..sorry kawan2 ku..kalo ada mesej yang tak berbalas tu, paham2 je la ek..tapi mesej penting saya balas je..sy xde la kejam sangat..hehe..*ni la akibat kedekut nak top up..huhu*

tapi..dalam nak menjimatkan kredit pun, kredit saya dah tinggal 50 sen je kot..huhu..so hari ni just anta mesej kat mak..memberi kata2 semangat..moga mak lebih semangat setelah baca mesej saya..(^_^)

terima kasih ya Allah kerana mengurniakan nikmat kesihatan yang baik kepada ibuku yang tersayang...

oh ya..abah pun turut serta tolong mak masak sahur..mak citer abah tak bagi mak masak..abah tolong masak nasi goreng..*tapi saya xpernah sempat nak merasa abah masak lagi..xaci sungguh..*

nak katanya, Allah Maha Adil kan..dan janji Allah pasti benar...Allah berjanji bahawa wanita yang baik jodohnya dengan lelaki yang baik.. dan oleh sebab mak baik, dapat la suami yang baik macam abah...(^_^)

ps: agaknya baikkah suami saya nanti?sebab saya ni pun cam xberapa baik...=(

Tuesday, August 25, 2009

:: Keberkatan bulan Ramadhan.. ::


Bismillahirrahamnirrahim...

Alhamdulillah, akhirnya semua acara2 penting smeester ni telah selamat dihadapi...
Syukur sangat2 sebab segalanya dipermudahkan...Walaupun hidup saya agak kelam kabut semester ni, tapi saya percaya kalau saya yakin dengan pertolongan Allah, Allah akan tolong...

Dan hari ni, Allah bantu lagi hamba-hambaNya..alkisahnya, semalam dan hari ni adalah hari presentation industrial training yang telah 2 kali ditangguhkan..minggu sebelum ni, ada presentation proposal final year project..so memang xcukup tido + penat + stress-tak-tau-nak-cakap-macam-mana la..tambah pulak, kalau ikutkan jadual, esok sepatutnya ada kuiz Industrial Pharmaceutical and Regulation (IPR)...makanya, saya sebenarnya nak pasrah je untuk kuiz esok memandangkan memang xsempat nak study ..mungkin kalau study pun, takkan sempat nak abiskan suma chapter yang masuk(walaupun 3 chapter je sbnrnya..)

Dan atas persetujuan semua, kitorang minta Dr Deny tangguhkan kuiz ke 2/9...Dr Deny pun xkisah..so minggu depan la kuiznya..cuma kuiz Drug Abuse still ada Jumaat ni..inshaAllah sempat kot nak study...(^_^) Oo..lagi 1 berita baik...esok pagi xde kelas Research Methodology..yay!! bolehla saya berehat dan berpoya2 malam ni...(~_^)

....berbalik kepada tajuk.....

nak cakapnya, pertolongan Allah memang sangat2 dekat..tambah2 pulak di bulan yang Allah muliakan ni..bulan yang sangat banyak keberkatannya..tinggal manusia je yang tentukan samaada nak menadah tangan memohon ataupun tak..makanya, saya ingin berpesan kepada kawan2, doa dan pohonlah apa yang nak dipohon dalam bulan Ramadhan ni..inshaAllah, doa yang tulus dari hati yang penuh pengharapan akan dimakbulkan...amin...

ps: nak doa supaya dapat suami yang soleh, baik dan bertanggungjawab la..=p

Friday, August 21, 2009

:: Ahlan wa sahlan ya Ramadhan... ::


Bismillahirrahamanirrahim.....

Salam Ramadhan buat semua...

Sama2 kita tingkatkan ibadah ek...

Moga Ramadhan tahun ini lebih baik daripada sebelumnya...amin...

~ selamat beramal...~

Thursday, August 20, 2009

:: warkah untuk kamu.. ::


Saya telah dan akan menulis surat2 untuk seseorang yang akan menjadi insan yang istimewa dalam hidup saya nanti..
inshaAllah....=)

ps: jangan ditanya siapakah orangnya sebab sy pun xtahu siapakah dia...hoho...

Tuesday, August 18, 2009

:: Jangan!! ::


1; Jangan bercakap dengan saya ketika saya sedang makan SAYUR sebab saya perlu fokus untuk menelan sayur yang tersangat 'sedap'....

2. Jangan panggil saya Siti sebab nama itu hanya dikhaskan untuk family dan kaum kerabat..=p

3. Jangan cuba buat saya kecewa dengan kamu kerana sekali saya kecewa, saya SANGAT SUSAH untuk memaafkan dan melupakan kekecewaan itu...

4. Jangan berlagak dengan saya sebab kamu dan saya hanya hamba Allah yang sama2 diberi peluang hidup dan beramal di dunia milikNya...

5. Jangan sesekali memusnahkan kepercayaan dan keyakinan saya pada kamu..=)

6. Jangan anggap saya baik sebab saya SANGAT banyak kekurangan dan masih banyak yang perlu saya lakukan untuk baiki diri..jadi, bantulah saya untuk jadi baik...

7. Jangan malu untuk tegur saya sebab saya memang fail bab nak menegur dan menyapa..kadang2 kena tunggu orang senyum, baru saya balas senyuman itu..(ni ikut sifat abah la ni...hehe..)

8. Jangan kata saya pandai or bijak sebab saya bukan orang yang begitu..huhu..(kalau kata saya rajin, saya terima kot..hoho..)

9. Jangan anggap saya sombong sebab saya tak sombong..when u know me, u'll know how peramah i am..hehe..maka akan terserlah la jugak sifat kebudak2an saya..

* ok,nti saya sambung ye..nak pk apa lagi yang patut disambung...*

ps: oh rajinnya saya taip..mungkin ini disebabkan stress nak present proposal fyp esok...huhu...pray 4 me...(takutnya!!!)

..........updated................

10. Jangan suruh saya pilih antara dua warna kalau salah satunya purple sbb memang pilihan saya akan adalah purple..(~_-)

~satu je lagi sy update...hehe...

ps lagi: banyaknya kuiz yang menanti..tu xcampur dgn lab report..xdarab dengan midterm exam lagi...pastu banyak la lagi benda nak kena settlekan...uwaa..sangat2 penat...

Ya Allah...
HambaMu amat memerlukan kekuatan saat ini...
Kurniakan daku ketenangan dan kekuatan...
amin....

Monday, August 17, 2009

:: Meh cheq nak bagi motivasi sikit... ::


Iltizam
Album : Epik
Munsyid : Rabbani
http://liriknasyid.com

Di depan sana harapan menantikan
Munculnya wahana sinar kejayaan
Yang bisa bangun setelah direbahkan
Diratap kecewa sepi sendirian

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang

Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati

Iltizam kita perlulah ditingkatkan
Sahsiah kan hebat menyerlah
Iman kita itulah kekuatan
Berjihad di segala bidang

Bukalah minda kan terlihat rahsia
Apa yang difikir menyingkap yang zahir
Betapa bijana kebijaksanaan
Mentafsir perkasa ilmu diilhamkan

Nilai hidupkan bererti
Maruah dihargai
Islam terus dihormati
Indah dihayati

Sandiwara tipuan khayalan
Kejahilan mainan syaitan
Emosi bukanlah penyesaian
Wibawa semoga yang beriltizam

~sudah beberapa kali ulang dengar lagu ni..syahdu, sedih, bersemangat..semua bercampur menjadi satu...~

Saturday, August 15, 2009

:: Moga diri ini kuat untuk menghadapi hari2 sukar ::


Bismillahirrahmanirrahim...

Pertama sekali, al fatihah buat Allahyarham Ustaz Asri..moga roh allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman..takziah buat keluarga allahyarham..
*sedih sangat dapat tau berita ni..tambah bila dengar lagu Pergi tak kembali..*

.......

ok berbalik kepada tajuk..

Minggu ni terlalu banyak bebanan kerja..
Sampai je Uia pagi Selasa, saya menyibukkan diri menyiapkan proposal..
Dengan kemudahan internet yang ada, dapatlah saya berdiskusi dengan Jihah kat ym..
Kitorang pilih tajuk antimicrobial study, so senang la nak discuss..tambah pulak extraction method sama..so memang diskusi sangat2 membantu..
mungkin lebih membantu dalam aspek nak meyakinkan dan menyedapkan hati..
ye la..kalau method saya salah, maknanya method jihah pun salah..hehe(bak kata saya.."xpa jihah, kalo salah, kita salah sama-sama"..hoho)

To be honest, saya seakan tak bersedia nak memulakan FYP..rasa macam muda lagi untuk start FYP..(baru 3rd year 2nd sem...huhu..mengada2 betul..)..
tapi since batch kitorang(062) sikit dan mengikut study plan yang disediakan, kitorang memang kena join senior batch 061 untuk FYP...huhu..

*ok...itu hanyalah rasa tak puas hati yang xsepatutnya dirasa..(statement apakah ini?ok abaikan kalau xpaham..)"

hakikatnya, saya KENA jugak hadapi... proposal dah selamat dihantar..sekarang tengah nak siapkan powerpoint untuk presentation proposal next Wednesday n Thursday...
pastu nak kena bersedia untuk practical presentation yang dah beberapa kali ditangguhkan..yang tu next next week..

Hari ni dan esok, ada pulak kelas Human Genetics..pagi dan petang pulak tu..sangat2 penat...but KENA jugak hadapi kan..kalau xmau penat wahai Nisah, sila la ucap bye2 kat Uia n balik tanam pokok jagung kat rumah..hmm, xmau la tanam jagung..nak tanam bunga la..(ok, mengarut lagi)

~ok untuk mengelakkan lebih banyak karutan dikarut marutkan, better saya stop..~

moga diri ini kuat untuk hadapi segalanya..

Rabbi yassir wala tu'assir...amin..

Tuesday, August 11, 2009

:: Perjalanan pulang yg memenatkan.. ::


Bismillahirrahmanirrahim..

I'm back..(^_^)
owh, saya gembira kerana saya berjaya membuat keputusan untuk balik awal ke uia..
sangat susah untuk buat keputusan ni memandangkan hidup saya kat rumah sangat2 best..
dapat makan makanan yang sedap..dapat tengok tv..dapat main dengan kucing (main sampai bercalar tangan sbb kena cakar dgn moli..moli pun satu..org geletek sikit dah nak cakar2..huhu..)..
pendek kata, banyak la saya dapat buat..huhu..
cuti yang sepatutnya sampai khamis, saya pendekkan sampai isnin...(sob..sob..)
semuanya kerana proposal FYP yang xsiap2..
saya pun tak tau la apa masalah saya...balik rumah je, mesti malas nak wat "keje sekolah"..huhu..
malu je dengan adik yang sudah rajin buat homework..(exam baru2 ni dia dapat 100% untuk 2 subjek..tabik spring la kat dia..)

ok, berbalik kepada tajuk asal..
nak cerita pasal perjalanan pulang dari sungai petani ke kuantan yang sangat meletihkan..=(
sebabnya driver bus tu pasang lagu kuat sangat..
Mula-mula ok lagi sebab dia pasang lagu Siti Nurhaliza..kebanyakan lagu Siti saya dah pernah dengar, so xde la rasa terganggu..
Bila dah sampai Butterworth, saya cuba pejamkan mata dan pekakkan sedikit telinga..
Baru je nak terlelap, pak cik bus tu tukar cd plak..dia pasang lagu Ella pulak..terus mata saya terbuka luas..
lepas habis lagu Ella (dalam sejam lebih jugak la..), Pak cik tu pasang cd cite omputih..xtau la tajuk apa..huhu..tu pun sgt kuat volumenya..
Last2, saya tertidur lepas cite tu abis..pukul 1 pg rasanya..(bas bertolak pukul 8mlm, tp pukul 1 baru nak tidur..huhu..)
Sampai Kuantan pukul 6.20pg...amik teksi then balik mahallah..

ps: agak menyesal balik awal..huhu..tp demi nak siapkan proposal, saya sanggup berkorban..(^_^)

Thursday, August 6, 2009

:: KOS cuti semingu ::


Bismillahirrahmanirrahim...

*saya yang masih di dalam kekeliruan..xtau saya perlu rasa happy atau sedih*

Alkisahnya sampai kat bilik lepas kelas Drug abuse, saya tidur sekejap sebelum lab Herbal Medicine yg sepatutnya ada pukul 2 petang ni..time tu pukul 12.30tgh hari..sy pun set alarm pukul 1.15ptg (takut nanti xterjaga)..
dalam tidur tu, saya mimpi..(tak ingat dah mimpi apa)..sedang best bermimpi, saya terjaga tiba2..perasaan masa tu xboleh nak didescribe..apa yang saya tau, saya rasa saya tidur lama sgt..sampai saya rasa dah pukul 2 lebih...huhu..saya terus tengok handphone kat sebelah bantal..dalam hati bersyukur sebab baru pukul 1 ptg..maknanya baru 1/2 jam saya tidur..

saya pun nak pejamkan mata balik (kan xsampai kul 1.15 lagi..hehe..)..Pada masa yang sama, kat compartment sebelah, Diana tengah sembang dgn Maisa...tetiba saya terdengar pasal KOS(kuliyyah of Science) kena tutup..mata yang hampir terpejam terus terbuka...terus g bilik diana n mengesahkan apa yang saya dengar..dan ternyata ap yang saya dengar betul...

*maka bermula la sesi persahabatan saya dan mr blur sampai sekarang..=(*

Pastu p bilik Jihah..depa semua dah kecoh dah.ada yang call mak ayah, ada yang dok berbincang..pastu jihah tanya.."nisah, nak balik dak malam ni?ampa call kaunter bas, then tanya ada lagi dak tiket malam ni..kalo ada, kita p beli tiket pas sembahyang zohor.."

Saya dengan muka blur yang teramat, ikut je cadangan jihah..balik bilik amik phone then call..dan orang kat kaunter tiket cakap tiket banyak lagi..then call mak cakap nak balik malam ni..(blur mode lagi)

dan setelah kembali dari terminal bas pun, saya still tak tau nak cakap saya hepi or bahagia dapat balik(padahal homesick dah tahap bahaya dah ni)..yang saya bole cakap, xde apa2 perasaan time ni..moga bila petang2 sikit, perasaan gumbira tu datang...amin..

ps: selamat tinggal kuantan dan uia..moga panjang umur untuk berjumpa lagi...

Thursday, July 30, 2009

:: Tangisan.. ::


Bismillahirrahmanirrahim...

Mengikut cerita mak, saya suka sangat menangis time baby dulu...bila nak makan pun nak nangis jugak..tapi habis jugak satu mangkuk nestum...huhu...pastu pulak, kalo sakit sikit, punyalah nangis macam luka teruk..dan mungkin sebab suka menangis tu la menyebabkan saya ni rabun...(sy pakai spek sejak darjah 3 tau..kaya la kedai spek kat sg petani..huhu..)bila direnung kembali, susahnya mak nak besarkan saya..macam2 kerenah..bila kecik, suka menangis..dah besar sikit, keras kepala dan suka memberontak...harapnya sekarang ni mak dah risau dengan perangai saya..mak pernah cakap saya dah banyak berubah sejak masuk Kisas..alhamdulillah.. *muka bangga sikit*

Agaknya gene menangis dalam badan ni terlalu dominant kot..(konon nak aplikasikan apa yang saya belajar dalam Human Genetic..huhu..)bila dah meningkat dewasa ni, air mata ni cepat je nak mengalir..tambah bila homesick, even geram dengan adik pun saya nangis...lepas solat Zohor tadi pun saya nangis lagi..menangis untuk sebab yang xde la besar untuk ditangisi..but menangis tu best...=p..lepas menangis, rasa lega sangat..kalau dulu, bila tengok tv dan ada adegan pelakon sepahkan semua barang dalam bilik bila tengah marah, saya pun terasa macam nak cuba..terfikir time tu, best ke buat macam tu? bole hilang ke marah bila baling semua barang?huhu...(tapi saya xbuat la camtu..xjadi bila fikir nanti kena kemas balik bilik..xke membuang masa dan tenaga?hehe..)

Oh berbalik kepada isu menangis...saya cuma harap bila dah bergelar ibu nanti, saya lebih tabah dan kuat untuk tidak selalu menangis...tak sanggup rasanya nak menangis bila anak buat salah...sebab setitis air mata ibu yang mengalir sebab sedih dengan sikap dan perilaku anak, air mata itu ibarat satu lautan untuk si anak berenang di akhirat nanti...so sekarang la time nak nangis puas2..huhu...bila dah kahwin dan ada anak, kena tahan menangis..(entah apa2 la saya ni..)..

conclusionnya, menangis itu best...hehe..sekian terima kasih..

~rindu untuk menyebut perkataan "teriak"..nak balik rumah!!~

Saturday, July 25, 2009

:: Kenangan Semalam ::


Seluruh renungan menjadi tangisnya
Entah dimana,
Hanya air dibibir mata..

Didalam sujudnya rayuan yang panjang
Memohon ditabahkan hati
Agar mampu terus tersenyum
Dengan jiwa luhur..

Kerana hidup adalah kenyataan
Moga kehilangan ini
Membangunkan diri yang terlena
Dan tidak lagi bermimpi
Hanya indah sirna yang kaburi nyata

Rintik rintik itu
Adalah suara hati
Limpahan rasa yang cuma mentafsir
Makna sebuah kehilangan

Tetapi selagi ia bernama kenangan
Bayangan indahnya sesekali menyentuh hati
Walaupun kelibatnya tak lagi dipandang
Bagaikan masih terasa
Ramah hadirnya yang mesra

Dan hanyalah Tuhan yang mengerti
Makna rindu ini
Dan hanyalah kepadaNYA diadukan
Segenap keresahan
Dipohon kasih Yang Esa
Menyekat tangis yang terbit dimata

Rintik rintik itu
Adalah suara hati
Dalam mencari hikmah yang tersembunyi
Di sebalik sebuah kehilangan

Rintik rintik ini
Adalah suara hati
Luahan syukur pada pertemuan
Biarun akhirnya perpisahan
Akhirnya kehilangan..

-Amar, Kenangan Semalam-

~ Teringat pada seseorang..semoga dia bahagia selalu..ameen..~

Tuesday, July 21, 2009

110709..


Bismillahirrahmanirrahim..

~Bila saya rindu kat family..~

Saya pun tak tau la apa dah jadi dengan diri..
makin besar ni, makin menjadi-jadi pulak homesick..huhu..
Tengok orang lain macam cool je..
xde nak resah gelisah macam saya ni..huhu..
So di waktu petang ni, di saat Diana xde kat bilik(dia ada lab..), di kala nisah nak mencari motivasi untuk belajar, so nisah pun mengenang kembali hari terakhir bersama family sebelum pulang ke kuantan..(macam buat karangan je..)

Alkisahnya, pada 110709 bersamaan hari Sabtu, saya n family keluar untuk lunch kat luar..
saya yang mengada-ngada nak makan kat luar since duit PTPTN dah masuk..
kira saya belanja family makan..best sgt perasaan time tu..
rasa macam baru dapat gaji n nak belanja orang yang kita sayang makan..
oh, indahnya perasaan itu..

Sampai je kat Sungai Petani, saya g ambil duit dulu..then kasi RM50 kat mak, abah n adik..tu je la yang mampu saya bagi..biasa la, nama pun student kan..huhu..
adik sengih je dapat RM50..biasa la budak kecik..

Lepas makan, saya ajak adik g shopping.. nak beli semua barang keperluan sebab kalau nak banding dgn Kuantan, kat SP lebih murah kot..yang paling best, tak payah nak pening2 kepala nak cari barang sebab saya dah biasa dengan kedai n shopping complex kat Sp..beli pencuci muka n toner kat Central Square.. pastu beli kasut n beg kat deretan kedai dekat dgn stesen bas(tak tau nak describe tempat tu cane).. dan alhamdulillah, I got all the necessary things..

Tapi sekarang saya rasa menyesal pulak g beli kasut n beg..sebabnya, saya xpakai pun..beg sandang pun xsentuh lagi..sebabnya, saya memang tak suka bawa beg g kelas..kalo g kelas, bawa fail besar warna PURPLE, then letak purse, kunci bilik, hp,pen n note book dalam tu..hm, bila pk, bagus jugak camtu..beg yang baru beli tu tahan lama sikit kot..huhu..same goes to the shoe..rasa xselesa nak pakai kasut baru..nak jugak pakai kasut getah yang macam budak2(ni mak la kata..)..adik pun kata pelik, tp nak wat cane, saya rasa selesa pakai, so lantak la orang nak cakap apa..hehe..yang penting diri sendiri selesa..

Ok berbalik kepada tajuk..lepas je beli barang, dalam kol 5pm, balik rumah untuk kemas2 before balik naik bas ke kuantan pukul 8.30pm..part naik bas xyah cite kot sbb nanti saya sedih,,(mengada-ngada lagi..)..

ok, dah abis..
ps: dah kurang sikit rindu..xnak call mak sebab nanti lagi rindu..T_T

Monday, July 20, 2009

:: Welcome Back.. ::


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..

(Tarik nafas dalam2..=P)

Dah lama ek saya tak update blog..
Cerita2 kat bawah yang memerlukan sy untuk update pun xtau la akan diupdate ataupun tidak..sori atas janji yg xditepati..=(
Alhamdulillah, dah seminggu semester 1, 0910 bermula..(tp sy rasa mcm sebulan je..huhu..)
Banyak benda berlaku, ada juga kejutan yang mengejutkan seluruh angota badanku..huhu..
pape pun, hidup ni penuh dengan kejutan kan?

Minggu lepas adalah minggu peralihan (sengaja sy letak istilah ni..)
Peralihan dari 3bulan berpraktikal kepada satu semester pembelajaran..
Peralihan daripada makan masakan mak kepada makan makanan kat cafe..(macam baru masuk u plak..huhu)
Peralihan daripada xde internet kat rumah kepada ada internet kat sini..(ni la yang membuang masaku berjam2..)
lastly, peralihan daripada bila bangun tidur nampak muka adik kat sebelah dengan nampak bantal kat sebelah..(how i miss my sis..)

dan minggu ni, inshaAllah, Nisah dah boleh adapt kot dgn environment yang hanya ditinggalkn 3 bulan je..
Moga segalanya berjalan dengan lancar..
Banyak benda nak kena fikir ni..
presentation praktikal, fyp, nak kawin(tipu je,,=p)..

ps: rasa ayat mcm berputar belit je..sori kalo xpaham..huhu..
n 1 more thing, Nisah amik Clinical Pharmaceutical Research(CPR)..akhirnya, terbuka juga jalan..moga ini yang terbaik..

Sunday, June 21, 2009

:: Cerita pasal lepat pisang.. ::


Salam..

Sejak praktikal kat hospital ni, tak pernah walau sekali saya masak or bawa apa-apa untuk staff kat sini sedangkan staff kat sini sangat2 baik..apa2 jamuan makan yang dorang anjurkan, saya n kawan2 pasti akan dijemput..so hari khamis lepas, masa balik rumah, saya nampak banyak jugak pisang awak kat belakang rumah..terus saya cakap kat mak..
"Mak, ari ahad nanti cheq nak bawa lepat pisang p hospital, boleh?xpernah bawa apa2 makanan lagi pun.."
Dan mak setuju dengan cadangan saya..

So semalam, kami sekeluarga bergotong-royong(hoho..macam xsesuai je perkataan ni..)membuat lepat pisang..
Mula2 abah yang jadi mangsa ..oleh sebab abah sorang je lelaki dalam rumah, abah kena kait buah kelapa(nak ambil santan) n ambik daun pisang dari pokok(thanx a lot abah..)..
Pastu saya, mak, kakak dan adik bersama2 membuat lepat pisang..

~to be continued..(ada orang nak guna komputer..huhu..)

:: Abah, Happy Father's Day.. ::


To my beloved dad,
Happy Father's Day..
Thanx 4 everything..

ps: actually, nak tulis banyak benda pasal abah tp xnak sambung tulis sbb sy mungkin akan nangis kat sini(library hospital)..huhu..

Wednesday, June 3, 2009

:: cukupkah sekadar ucapan terima kasih? ::


"Abah, cheq takut la nak p supermarket sorang2..Abah teman naa?kalau abah ada, cheq berani sikit..lagipun, cepat sikit beli barang.." saya memujuk abah ikut memebeli barang2 yang adik dan kakak pesan(nugget la, sosej la,air soya la..banyak sungguh..)
Abah menjawab, "ok..abah ikut.."
Saya tersenyum..(^_^)

...........

Lepas je beli barang, abah hantar saya ke cc..dalam perjalanan ke cc, saya cakap, "abah, takut la nak p masjid nanti..dah la ramai orang lelaki kat kedai moto tu..nanti gelap pulak.."
Terus abah cakap, "sat lagi, nak keluar cc, call abah..abah mai ambil n hantaq p masjid(walaupun masjid tu sangat2 dekat).."

................

Dua perkara yang berlaku dalam masa setengah jam sudah cukup untuk membuatkan saya hampir menangis..thanx abah..thanx a lot..

ps: nisah dah jadi kurang berani sekarang..tak tau kenapa..mungkin banyak sangat baca kejadian2 yang menakutkan yang berlaku kat Malaysia sekarang..so kepada semua, berhati-hati la ye..

Sesi muhasabah diri..


Salamun ‘alayk..

Seperti yang dibebelkan dalam entri lepas, ‘kehidupan’ di Microbiology lab pada mulanya tak seperti yang saya harapkan.. Semuanya bermula dengan insiden demi insiden yang akhirnya mencetuskan amarah saya kepada sesuatu-yang-membuatkan-saya-marah..huhu.. saya akui pada waktu itu, ringan je mulut saya nak berkata sesuatu yang pasti akan mengeruhkan keadaan, namun syukur, Allah masih tambahkan sedikit kesabaran pada waktu itu..

Pada malam Khamis lepas, emosi yang terganggu tu terus bermaharajalela dalam diri..sampai masa mengadu kat Diana pun dah berbaur emotional..huhu..Diana, sori ek..kesian awk nak kena baca mesej aduan kite..huhu..
Malam tu jugak, lepas solat isya’, saya baca ayat-ayat suci Al-Quran supaya hati saya menjadi lebih tenang..lepas je baca, saya membelek Al-Quran terjemahan yang saya beli semasa di matrik dulu.. saya selak helaian demi helaian..rasa2nya, kali terakhir saya khatam Al-Quran, bulan Januari tahun ni..pastu saya start baca dari mula balik..sekarang dah masuk bulan Jun, dan itu bermakna dalam masa 5 bulan, hanya 229 muka surat je yang saya baca.bila dihitung, secara puratanya, dalam sehari saya baca 1.5 helai..sangat2 sikit..T_T..Ya Allah, maafkan hambaMu.. Nak habiskan 229 muka surat Al Quran, saya ambil masa selama 5 bulan..tapi bila baca novel, boleh pulak habiskan dalam masa dua atau tiga hari..(tapi kalau novel English lama sikit..seminggu..huhu..).. sambil memandang Al-Quran kesayangan, saya berfikir lagi..bermuhasabah diri sebenarnya..mungkin inilah puncanya saya jadi cepat marah..mungkin Allah nak saya kembali melihat dalam diri..mencari salah dan silap diri..memang terlalu banyak salah dan silap pada diri saya..banyaknya kelemahan pada diri sehinggakan syaitan berjaya menaikkan api kemarahan saya dan melemahkan benteng kesabaran dalam diri..

Saya merenung pulak amalan sunat lain yang saya buat..nak katanya, punya la sikit amalan sunat yang saya buat sampai saya terfikir2..”apa ye amalan sunat yang aku buat?” solat sunat sebelum dan selepas solat, sangat2 jarang..sebulan dua ni lebih banyak sikit kot sebab selalunya saya akan solat sunat bila p masjid..hmm..bangun solat tengah malam pun dah lama saya tak amalkan..punya penat berpraktikal, sampai bila dah tidur malam tu, memang hanya akan terjaga bila dengar azan Subuh..(kadang2 mak kena kejut..huhu..)..

akan bersambung..(^_^)

Thursday, May 28, 2009

:: Saya nak membebel.. ::


Salamun 'alayk..

Kepada sesiapa yang selalu membaca blog ni(ada ke yang baca?huhu..), mesti anda perasan yang saya selalu menulis pasal diri sendiri..
Mungkin jugak ada yang meyampah bila baca blog ni kan..
Ye la, asyik bercerita pasal praktikal je..huhu..
Apa pun perasaan anda, anda berhak untuk berkata dan memikirkan apa sahaja sebab memang anda berhak..huhu..
Ok, kan saya dah mula mengarut..haih..

Ok(kembali serius)..
Entah mengapa, hari ni saya tiada mood untuk bercerita pasal praktikal atau apa2 sahaja berkaitan praktikal sebab saya tengah marah dan stress tentang sesuatu..
Tidak perlu rasanya untuk bercerita sebab ia tak memberi manfaat samaada kepada penulis ataupun kepada pembaca..
Kang anda yang mmebaca pun turut rasa geram sepertimana saya tengah geram sekarang ni..huhu

Secara jujurnya, sepanjang tempoh praktikal, hari ni adalah hari pertama saya rasa marah sangat sampai hampir je saya melahirkan kemarahan kepada sesuatu-yang-membuatkan-saya-marah..
Namun, masih ada sedikit kesabaran di hati saya pada ketika itu..ahamdulillah..
Walau apa pun, hakikat yang perlu saya fahami, perkara yang berlaku tu adalah lumrah bagi setiap yang bergelar pelajar praktikal..(-_-)

Dan sekarang, saya nak lmelepaskan kemarahan dengan cara baik..
Caranya ialah, saya nak berleter pasal budaya hormat menghormati sesama manusia..
So are u ready untuk membaca bebelan saya?hoho..

(1,2,3..start membebel..=p)

Sebelum ni, saya tak dapat bayangkan bila abah selalu berkata "stress dan tak best bila kita jadi orang bawahan di bawah sesuatu organisasi kerja.."
Dan hari ni, saya nampak dengan jelas dan dapat merasa bagaimanakah rasa stress itu..huhu..
Prinsip yang saya pegang dan percaya selama ini ialah, walau siapa pun kita, walau setinggi manapun jawatan kita, walau sekaya mana pun kita, kita tetap hamba Allah dan anugerah yang Allah bagi tu tak sepatutnnya digunakan untuk bermegah-megah..
Sebaliknya gunakan kelebihan yang Allah bagi untuk membantu orang lain..
Dan kalau jawatan kita tinggi sekali pun, jangan jadikan benda tu benteng antara kita dengan orang jawatan kurnag tinggi(bukan jawatan rendah ok..)

Teringat lagi nasihat dan kata2 abah..
"Kalau orang miskin xdak, orang kaya pun susah jugak..cuba fikir, kalau xdak nelayan, kita nak makan makanan laut pun susah..kaalu xdak petani, macam mana nak makan sayur? Allah dah jadikan manusia tu saling melengkapi..ada orang kaya, ada orang yang kurang kaya..apa yang Allah jadikan tu dah cukup bagus..orang miskin pun, kalau sentiasa bersyukur, buat kerja dngan ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki, mungkin darjat dia di sisi Allah lebih tinggi dari orang yang kaya.so kena la hormat sesama manusia..Allah jadikan orang kaya supaya depa dapat bantu orang miskin..tapi manusia memang mudah lupa..bila kaya sikit, dah lupa dulu pun dia pernah miskin.."

Saya selalu berdoa, andai suatu hari saya dah berjaya, saya sangat2 berharap saya tetap jadi seperti mana diri saya sekarang..
Sangat2 berharap saya tak lupa diri, xlupa keluarga, xlupa asal usul..amin.

ok, dah habis membebel..hehe..
Lepas balik rumah, nak membebel kat kucing pulak..hoho..
Apa pun, moga apa yang saya cuba nak sampaikan dapat difahami..=p
Maklum la,ayat saya berbelit sikit..huhu..

ps:sangat2 bersyukur sebab esok cuti..
nak ajak abah p jalan jalan la..
dapat tenangkan hati yang tengah bermuram durja sebelum start kerja next week..huhu..

Tuesday, May 26, 2009

:: Esok... ::


Salam..

Esok saya akan masuk microbiology lab..
nama lainnya ialah 'akuarium'..
sebab lab tu tertutup untuk mengelakkan microorganism tersebar ke seluruh jabatan patologi(sy rasa la..)
sejak petang semalam, si Izat asyik 'mengugut' saya dan Maha(kitorang akan mendiami microb lab esok..)..
"Siap la korang..bila korang masuk lab microb je, aku jadi senior korang plak..tgk la..sorang kena mop lantai, sorang wat culture kahak.." izat berkata dgn lagak yang dibuat-buat..(tak takut pun)

Tapi, bukan 'ugutan' tu yang buatkan saya takut..huhu..ada sebab lain yang saya sendiri tak dapat nak tafsirkan..huhu..
nak katakan staf kat situ suka tanya or garang, Hong n Ros cakap staf kat situ ok je..
Mungkin sebab sejak mula2 saya praktikal, ada la ura2 menyatakan yang kat microb lab, memang kena betul2 prepare before masuk..
So minda saya dah set macam tu kot..huhu..
Tambah pulak, saya tak prepare apa2 pun lagi..
Sat lagi baru nak baca sikit2..huhu..

Pape pun, moga hari esok berlalu dengan baik..
Ya Allah, permudahkan segalanya..amin..

Monday, May 25, 2009

:: Ti ti mei mei (eh, betul ke ni?) ::


Salamun 'alayk..

Seperti yang diceritakan dalam entry sebelum ni, saya dapat kawan2 baru..(^_^)
Minggu ni, Hong dan Ros masuk lab Biochem..
So si Hong ni ajar la saya bahasa Mandarin since saya menunjukkan minat untuk belajar bahasa tersebut..=p
ye la..saya sangat jeles bila Hong, Tan, Xian n Yen cakap bahasa dorang(sebab saya xpaham..hoho..)
Yang lebih jelesnya, sebab dorang bole paham cakap Melayu..siap bole bertutur dengan fasih lagi..

Sebelum ni saya hanya tau beberapa perkataan spt 'ker ker', 'chei chei', 'po po' n 'chi sei'..(maaf andai silap eja..hoho..)
tapi sekarang dah tau banyak sikit..
dan perkataan yang paling saya suka dan asyik ulang dari hari Ahad lepas ialah 'ti ti mei mei'..
ti it=adik lelaki
mei mei=adik perempuan
tak tau kenapa saya suka sgt sebut..
dah puas Hong ajar saya perkataan lain, tapi 'ti ti mei mei' jugak yang saya suka nak sebut..huhu..

ok, cukuplah sampai di sini kelas bahasa mandarin..
jumpa lagi pada episod akan datang..(~_^)

Tuesday, May 19, 2009

:: Nak tulis apa ek? ::


Salamun 'alayk..

Actually, saya tak tau nak taip pasal apa..
Hmm..tulis pasal praktikal la ek?
tu je benda menarik yang bole diceritakan..huhu..

Hampir 3 minggu di hospital, last week, saya dapat kawan2 baru..
ada 9 orang kesemuanya..(macam 'dragon ball ada 7 kesemuanya'..huhu..)
Mila, Santha, Xian, Tan, Hong, Yen, Eshwari, Ros, n Izat..
Ni la kawan2 yang mewarnai hari-hariku kat lab..thanx frens..
Minggu ni saya kat Bichemistry lab dengan Maha, Mila n Santha..
Geng2 bersembang kitorang ialah Yen dan Izat..(sebab dorang kat lab sebelah..)
sangat suka berkawan dengan diorang sebab dorang sangat2 baik..
Dan saya sangat2 suka sebab saya memang xpenah ada kawan berbangsa Cina atau India..
Moga perkenalan ini berpanjangan..

dan satu lagi benda nak cerita..huhu..
Saya tengah berusaha nak tinggal kat hostel hospital..
RM 30 je per month..sangat2 murah..
Mengikut kata Eshwari, bilik agak besar, pastu ada katil besar, meja n almari..
Tapi, dua hari lepas saya call kakak yang uruskan pasal hostel..
tp xde kosong..huhu..sedih sgt2..
Tapi di akhir perbualan, kakak tu bagi harapan kat saya..
Dia kata, kalo ada kosong nti, dia akn cakap..(^_^)

kalo ikutkan hati, memang la nak duduk kat rumah,.,'tapi kesiaan kat abah..
pagi2, terkejar2 nak hantar saya dan adik..
tambah kalau abah kerja malam..
pagi2 nak kena balik awal untuk hantar saya ke hospital..
pastu p tempat keje pulak untuk punch card..
walaupun abah xpernah cakap penat, tp saya tau abah penat sangat2..
thanx abah..
moga Allah memberi ganjaran pahala atas setiap pengorbanan abah..

dan sekarang ni, satu je doa saya..
andai dengan duduk kat hostel adalah perkara terbaik untuk semua, saya harap sangat2 akan ada tempat untuk saya kat hostel hospital..(^_^)
moga Allah tunjukkan jalan..amin..

lastly, harap untuk hari2 seterusnya, saya akan lebih bersemangat untuk praktikal..
to diana n fiyah, chayok2!!
Allah will always be with us..
n everything will be fine as long as we pray to Him..
all d best!

:: haPpY bIrThDaY, AbAh.. ::


Abah, Happy Birthday pada 15 Mei lepas(ni dikira second wish..huhu..)
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..
Terima kasih kerana berpenat lelah mendidik dan membesarkan kami tiga beradik..
Hanya Allah yang mampu membalas segala pengorbanan abah selama ni..
moga syurga menjadi milikmu, duhai abahku sayang..

ketika berjauhan
masihku rasa hangat kasihmu ayah
betapa kurindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketika ku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa

dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....


Siti hadiahkan GAMBAR kereta exora untuk abah..
Hanya gambar je yang mampu Siti hadiahkan..(T_T)



ps: Actually, abah asyik sebut pasal kereta Exora je sejak kebelakangan ni..
abah, doakan kejayaan anakmu..
InshaAllah, kalau ada rezeki, nanti Siti belikan abah kereta ni..inshaAllah..
tp bak kata abah, mungkin bila dah kuar kereta lain, abah nak kereta lain pulak..huhu..

Wednesday, May 13, 2009

:: Happy birthday, my dearest friend.. ::


To my dearest friend, Diana aka Angah:



Happy 22nd Birthday!!

All d best in ur life..

Di sini, kite ingin menujukan lirik lagu Saujana ni kat awk..specially for u..

Anggap je la kite nyanyi kat awk..hoho..

" Awan Berarak Ceria
Tiada Titisan Hujan
Pohon Melambai
Tanda Sokongan

Kususuri Perjalanan
Bertemankan Senyuman
Di Hari Lahirmu
Sahabatku

Dedaun Berguguran
Membuktikan Kedewasaan
Walau Tanpa Madah Dan Hadiah
Namun Cukup Bagiku
Sekadar Ucapan

Selamat Hari Lahir
Iringi Doa Kuhulur
Bersyukur KepadaNya
Atas Nikmat Usia

Sahabatku
Usia Yang Tuhan Kurniakan Ini
Dihasilah Ia Dengan Amalan Yang Murni
Semoga Ia Menjadi Temanmu Di Akhirat Nanti
Selamat Hari Lahir

Usiamu Ibarat Mutiara
Tiada Berganti Lagi
Hiaskan Iman Bersulam Taqwa
Agar Sempat Mengucup
Haruman Syurgawi.."

ps: Actually,kite ada rakam suara kite nyanyi lagu ni dalam mp3 kite yang lama..
tapi dah rosak..hoho..(mp3 yang kte sangat sayang tu la..)
kalau ada lagi, ingat nak bagi awk dengar..
so awk selamat la daripada dengar suara kite yg xsedap ni..hoho..

:: Dah boring kot ::


Tolong!!
Saya dah boring..
Saya dah bosan..
Saya dah xde perasaan untuk 'melepak' kat cc...
I dunno why..

Kalau tiga minggu lepas, saya la orang yang paling happy bila abah bagi cadangan bahawa setiap kali abah kerja pagi, abah akan jemput saya kat hospital and saya kena tunggu abah balik keje pukul 8mlm..
Sangat2 happy sebab boleh menghabiskan masa kat cc..huhu..

Tapi hari ni agak pelik sebab saya langsung xde perasaan masa masuk cc kejap tadi..

Mula-mula saya nak terus ke masjid, tunggu sampai solat Maghrib, tapi hari ni abah berhenti kereta betul2 depan cc, so saya pun turun kereta and masuk cc..hoho..(selalunya saya kena berjalan sikit dari balai bomba ke cc..)

Dan alang2 dah masuk cc, saya pun update la blog..huhu..
Dan mungkin pasni, saya kena cari hobi lain pulak la..
Jalan sorang2 kat supermarket ke..wat pape je la, asalkan bukan ke cc..
tapi, takut nak jalan sorang2..
(kalaula bole bawa kucing kat rumah teman saya jalan2, kan best..huhu..)

Sunday, May 10, 2009

:: I'm very happy ::


Salam..

Saya sangat happy hari ni..
Kenapa?
Sebab hari ni hari Ibu...
Selamat Hari Ibu buat emak tersayang...terima kasih atas segaal pengorbanan dan didikan yang mak curahkan buat kami bertiga..
Pagi2 tadi, sebelum berangkat ke tempat praktikal, saya sempat cium tangan dan pipi mak..
Sangat2 suka sebab saya orang pertama yang wish..(^_^)
Kak Min tengah tidur lagi(jealousnya dengan dia sebab dia boleh bangun tidur lambat sikit..)
Adik boleh pulak lupa hari ni hari ibu..(dia tengah risau pasal exam kot..)

Ok,..tu sebab pertama kenapa saya happy..
Sebab kedua..
Baru tadi saya dapat bunga ros..
wah! first time tu orang bagi bunga...
hoho..
sangat2 suka..wangi pulak tu...
walaupun sejambak je, tapi saya akan jaga elok-elok..(^_^)

ps: bunga ros tu diberi bersempena hari ibu..=p
tadi ada blood donation program..orang yang anjurkan bagi bunga utk semua kaum wanita(saya yang belum bergelar ibu ni pun dia bagi jugak...huhu..)

Thursday, May 7, 2009

:: Esok cuti..(^_^) ::


Salamun 'alayk..

Minggu ni saya rasa sangat2 seronok dan tertunggu2 untuk cuti sebab minggu ni rasa stress sikit kat tempat praktikal..T_T

Walaupun agak stress, saya belajar banyak sangat benda minggu ni..
Mungkin sebab kak Ina(one of d staffs kat blood bank) agak garang dengan saya..pantang salah sikit, mesti kena tegur..
Saya siap kena perli sebab tak reti guna gunting(seperti diceritakan dalam entri ini)..
tapi nak kata apa lagi, sebab dah memang saya susah sangat nak guna gunting..huhu..
Dan saya baru belajar cara nak PEGANG pipet dengan betul(jangan main2..nak pegang pipet pun ada cara jugak..hehe..)

Hubungan dengan staf pun, dah makin baik..kalau minggu pertama, saya rasa macam orang asing..
bila p surau nak solat Zohor, duduk je sorang2 kat satu penjuru sambil dengar staf2 bercerita..
tapi sekarang, saya dah makin mesra dengan staf..dah boleh bersembang dengan diorang..
tapi satu je keburukannya..bila dah syok bersembang tu, memang lambat la sikit masuk keje balik..
kalo minggu pertama dulu, pukul 1.50pm saya dah masuk keje balik, tapi skearang ni pukul 2.10pm, baru la nak berlari2 masuk ke blood bank..huhu..

satu pengajaran penting, bila kita praktikal, maksudnya, kita sedang belajar untuk bekerja..dan kena terima apa saja teguran..
dan saya sangat2 bersyukur sebab setakat ni, saya masih boleh menerima setiap teguran..semuanya berkat nasihat, doa dan sokongan mak dan abah..
mak dan abah sangat2 positif..
kalo saya mengadu apa2, mak dan abah alwez bagi nasihat..
terima kasih duhai permata hatiku..(^_^)
n thanx jugak buat my dearest fren, Diana..thanx sebab alwez bagi nasihat kat kite..

ok, dah cukup..
daa..wassalam..

Monday, May 4, 2009

Langit tak selalunya cerah..


Salam..

Waa..
baru ari ni saya merasa TAK BEST nya praktikal..hoho..
last 2 weeks, saya kat hemato lab..
This week until next week, saya kat blood bank pulak..
waa..xbest..ari ni rasa nak nangis je..
moga Allah kuatkan hati tuk hadapi cabaran ini...

tuk sapa2 yang baca entry ni, doakan saya ye..
lusa nak kena p kilang NAZA kat Gurun sbb da blood donation program kat sana..
sok staf kat blood bank akan ajar cara nak check blood group n collect blood..(takut!)
really miss Uia..
balik uia sem depan, sy berjanji tuk belajar lebih bersungguh-sungguh memandangkan BANYAK lagi benda yang tak tau...
waaaaaaaaaaaaa..nak nangis!!!

ok..dah cukup..
daa..
wslm..

Wednesday, April 22, 2009

:: P.R.A.K.T.I.K.A.L ::


Bismillahiurrahmanirrahim...

Salamun 'alayk..

Hari ni dah masuk hari keTIGA saya bergelar pelajar praktikal di Hospital Sultan Abdul Halim..

Pengalaman yang amat2 best but sangat2 penat..bangun pagi2 kol 5.30am(dah lama xkena PAKSA bangun pagi2 macam ni..huhu..)..
pastu abah antar g hospital(sbb abah xbagi saya drive.sayang sgt kat KERETA dia..lagipun, sy baru je dpt lesen..haha..)
sampai hosp kol 7.45am(awal giler..saya kan SKEMA..hehe..)..
pastu punch card warna kuning(sangat2 JAKUN bila mula2 guna punch card tu..huhu..)
then kerja n rehat kol 1-2pm..
Kol 5pm, balik..(yeay..setiap hari saya xsabar2 nak tunggu kol 5pm, sbb nak balik n makan..hehe..)
n jumaat dan sabtu, CUTI..(suka3..)
ahad keje. but rehat dari kol 12.15-2.45pm..(bole berjalan n melawat hospital..hehe..)
~tu la jadual yang telah, sedang n bakal saya jalani..huhu..moga Allah permudahkan..

Betul la kata senior ni..penat belajar dengan penat kerja tak sama..huhu...

For this week n next week,. saya n sorang lagi kawan dari MSU(kenal time daftar ari isnin lepas..) ditempatkan kat hematology unit..next2 weeek kat blood bank..
pastu kat unit lain(microb, biochem, histopathology, cytology n immunology)

ps: Banyak sebenarnya nak taip tapi masa amat tak mengizinkan..ni pun sempat singgah cc jap sebab abah fetch kat hospital kol 5 td n saya kena tunggu abah abis kerja pukul 8mlm ni..pasni nak solat Maghrib kat masjid..kol 8 nti baru la bole balik rumah..sangat2 rindu kat bantal n tilam..hoho..

c ya in the next entry..mayb nexy week..(^_^)
wslm..

Tuesday, April 14, 2009

:: Tak sedar diri betul.. ::


Salam...

Walaupun sok ada lagi exam(last exam pulak tu), tapi tangan ni mengada betul nak menaip..haih..
tapi xpe..orang cakap, petang-petang tak elok study..hehe..(alasan)..
nak tido pun, tak elok jugak,nanti bole jadi gila..(alasan ni munasabah)
hmm..nak basuh baju, awal lagi..hehe..pukul 6.45 nanti baru nak basuh sebab hanya beberapa helai je..(alasan jugak)
nak kemas barang untuk balik sok malam, malas..sebab exam tak abis lagi..so xde 'rasa' nak kemas..kemas barang sok baru best..(^_^)
pendek kata, nisah memang pandai bagi alasan..hoho..

kenapa ye saya rasa nak menaip petang-petang begini?
maybe sebab dah nak balik rumah dan blog ni mungkin akan ditutup buat sementara waktu..
in other word, bila je blog ni x diupdate, saya hanya akan open to invited readers only..hoho..
nak delete, macam sayang..so kuarantinkan blog ni adalah langakh yang paling bijak..=p
so inshaAllah, sok ptg, blog ni akan dikuarantinkan selama 3 bulan.hoho..
masuk sem baru bulan 7, baru dibuka balik..
xpun, kalo saya ada pape cite best pasal praktikal dan sempat diceritakan time cuti nanti, saya akan buka balik blog...(^_^)

so untuk entry yang terakhir ni, saya dan family(tetibe je) ingin mengucapkan selamat bercuti kepada suma student Uia..kalo bukan student uia pun, selamat exam..pendek kata, selamat la buat apa2 pun.huhu..

akhirnya, nak berikan ucapan istimewa buat insan ini:
selamat grad..all the best in ur life...moga2 xlost contact la ek..nice to know u..thanx 4 all d support n advice..

wslm..

Monday, April 13, 2009

:: Tenanglah duhai hati ::


Bismillahirrahmanirrahim...

Tenanglah duhai hati...
Tabahlah menghadapi ujian ini..
Ya Allah, kuatkan hati yang lemah ini..


waa..banyak benda yang perlu difikirkan..
terlalu banyak fakta yang perlu diingat untuk peperiksaan esok dan lusa..
dan yang paling susah, saya perlu melupakan 'sesuatu'..
walau dah berbulan-bulan cuba untuk tidak memikirkan, tapi syaitan sangat10000000000x jahat(memang la kan..syaitan kan musuh yang nyata bagi manusia..).
benda yang tak nak ingat tu la yang dok bermain kat dalam kepala ni..
pergilah main jauh-jauh wahai 'sesuatu'...
kesian la kat saya..
saya nak exam..T_T
hari Rabu malam nanti datang balik ok..
please..mintak tolong sangat2..
kepala dah sakit sebab banyak sangat menangis(dalam proses nak melupakan 'sesuatu')

ps: saya masih berfikiran waras ok..cuma tengah berperang dgn diri..
lagi dua hari je nisah..chayok2...

Sunday, April 12, 2009

:: Rindu mereka ::










Tuesday, April 7, 2009

:: Ramalanku benar belaka ::


Salamun 'alayk...

Pertama-tamanya, nak gelak kat diri sendiri dulu...

HAHAHAHAHA...

ok..cukup, sbb xelok gelak byk2...huhu...

sengaja saya meramal yg saya memang tak akan boleh untuk tidak menaip di blog kesayangan ni..hehe..dan ramalanku amat tepat...

sebab tidak meng'update' blog ada kaitan dgn entry ini
dan of courselah sebab nak tumpukan perhatian untuk final exam..(konon2nya la..)

bercakap pasal exam, alhamdulillah, saya dah lepas dua paper..so tinggal lagi 2 paper..dan berita baiknya, i've one week gap..next exam will be on 14th and 15th April...moga Allah permudahkan segalanya..moga saya kuat melawan nasir dan alien jahat dalam badan..(amat2 xbersemangat untuk study due to external and internal factors..huhu..)

but, apa2 pun, amat2 berpuas hati dengan prestasi diri..bangun subuh sekarang dah agak awal, in range between 6am-6.40am..(except pagi semalam, solat subuh pukul 7..sgt2 teruk..)..dah dua kali mandi before solat Subuh..sgt2 suka..well done, my dear self..(susah untuk pujuk diri mandi awl2 pagi tambah2 hari2 tersebut xde exam..huhu..)

~to be updated~

ps: tipu je to be updated...nak baca notes pun malas, nak update entry yg ditulis "to be updated" lagi la malas..haih...cepat la abis exam..sy dah tension tahap tak tau nak cakp dah..
dan sebab doa mak abah dan yg paling penting ketenangan dan kekuatan hadiah dariNya, saya masih mampu tersenyum di saat saya ingin menjerit kat semua orang yg saya jumpa..(benda bodoh dan tak matang yang terlintas kat dalam hati..T_T)

kuatkan hati ini Ya Allah...

Tuesday, March 31, 2009

:: Sekadar peringatan ::


Bismillahirahmanirrahim..

"O ye who believe! stand out firmly for Allah, as witnesses to fair dealing, and let not the hatred of others to you make you swerve to wrong and depart from justice. Be just: that is next to piety: and fear Allah. For Allah is well-acquainted with all that ye do." (Al-Maidah:8)

Sangat-sangat terasa apabila membaca terjemahan ayat Al-Quran di atas..
Mmebuatkan saya tersedar yang saya telah berlaku tidak adil kepada seseorang..
tidak adil dari segi layanan sebagai seorang kawan kepada kawan..
InshaAllah, lepas ni saya akan cuba menjadi seadil yang boleh kepada semua orang terutama kepada dia-yang-tidak-perlu-disebutkan-nama-di-sini..
moga Allah permudahkan..

Sekadar peringatan untuk diri dan semua yang membaca..
Walau bagaimana pun kebencian anda terhadap seseorang, berlaku adillah semampu yang mungkin...

Monday, March 30, 2009

:: Sangat2 happy ::


Alhamdulillah....

Alhamdulillah....

Alhamdulillah....


Assignment toxicology(the last assignment) siap jugak akhirnya tepat pukul 12am tadi...

huhu..

(^_^)

(^_^)

(^_^)

sangat2 happy..

terima kasih Ya Allah kerana permudahkan segalanya...

ok..kena berjuang untuk final exam...

gudluck untuk semua yang bakal menduduki final exam..

Moga Allah permudahkan kita semua untuk jawab soalan dgn cemerlang dan gemilang...

Epi studying...

ps: untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini, sila jaga kesihatan dan make sure anda makan on time...dont ever skip ur meal k..(kecuali kalau puasa...)pesanan daripada saya-yang-pernah-mengalami-kejadian-yang-tidak-diingini-semasa-exam..tq..

Friday, March 27, 2009

:: Kisah malam itu.. ::



Bismillahirrahmanirrahim...



Dua hari lepas(hari Rabu malam) tengah saya sibuk menyiapkan term paper English for Academic Purposes(EAP), mak call..

Saya : Assalamualaikum..(suara yang tak bermaya sebab tengah risau dengan EAP yang tak siap2 lagi)

Mak : Waalaikumussalam..amboi, tiga hari tak dengar suara anak mak ni..sihat ka?

Saya : Hehe..(ketawa sebab rasa bersalah..) sihat, alhamdulillah..mak, sori la tak tepon mak..banyak keje..hmm..bukan main lagi janji nak tepon mak setiap hari..(dengan nada marah diri sendiri..)

Mak : Xpa..mak tau cheq busy..haa..jadi dak gulai telur hari tu?(saya n roomate masak weekend lepas..=p)

Saya..Jadi..tapi macam terlebih santan...hehe..mak, banyak keje la sekarang..pastu, dah nak final exam..minggu depan start..

Mak : Nak berjaya kena la susah dulu kan? doa banyak2..pastu , selalu la buat solat hajat, taubat..dok buat dak?

Saya terdiam..amat-amat terasa disindir walaupun mak tak bermaksud nak menyindir..sekadar nasihat dan peringatan buat ibu kepada anaknya..dengan muka yang teramat malu, saya menjawab..

Saya : Hmm..last buat minggu lepas..

Mak : Buat la sekurang2nya sekali dalam seminggu..banyak doa kat Allah, inshaAllah Dia akan permudahkan..tadi pun mak tanya kak min, dia dok buat dak solat hajat n taubat..dia pun dah lama xbuat..pastu, dia suh mak gerak pukul 4.30 esok..nak mak gerak cheq dak?

Saya : Xpa la..cheq tido lambat, mungkin jugak tak tido..nti before tido, cheq smbhyang hajat n taubat naa..

Mak : Ok..oo..patut la mak dok rasa nak tepon..nak ingatkan suruh wat solat hajat n taubat..ni dah sembahyang isya' ke belum?

Saya : Dak lagi..lepas ni cheq sembahyang..(muka malu lagi..)

Mak : walau sibuk macam mana pun, masuk waktu, sembahyang dulu..baru la apa yang kita buat, dapat keberkatan dari Allah..

Saya : Ok..terima kasih mak..rasa tenang lepas cakap dengan mak..

Mak : Sama-sama..ingat pesan mak..doa banyak2...jangan lewat sembahyang..dah, pi sembahyang..

Saya : Ok..kirim salam kat semua..miss n luv u...assalamualaikum..

Mak : Ok..miss n luv u too..waalaikumussalam..

~Lepas cakap dengan mak, terus solat..rasa insaf sangat2 time tu...sangat2 betul apa yang mak cakap..tanggungjawab kepada Allah patut diutamakan..sesibuk mana pun, jangan lewat2kan solat..nampaknya, saya kena lebih menghayati lagu Seruan Lima Waktu ni..huhu..

~lepas solat, alhamdulillah, memang Allah permudahkan..term paper yang xsiap-siap akhirnya dapat disiapkan dengan jayanya..idea datang mencurah2, xde rasa mengantok..
Ya Allah
terima kasih atas segala anugerahMu..
walaupun selalu lalai dengan urusan duniawi,
namun nikmat dan kurniaanMu tak pernah kurang..
malah semakin banyak yang Engkau berikan kepadaku..
hamba amat2 malu denganMu..
Ampunkan dosaku Ya Allah..

~Mak..terima kasih atas doa dan sokongan yang xputus2..maafkan anakmu kerana diri ini bukan anak yang terbaik untuk ibu yang begitu mulia sepertimu..

ps: entry sebelum ni akan di update nti2..sebab tetiba dah tak tau nak tulis apa..huhu..

Tuesday, March 24, 2009

:: Wahai diri, berubahlah.. ::


salamun alayk..

Sedar tak sedar, usia saya dah semakin menghampiri 22 tahun..rasa macam tak percaya..masa seolah berlalu dengan pantasnya (walaupun kadang2 saya selalu berharap agar masa cepat berlalu..=p)

Kala ini, saya kembali melihat ke dalam diri..cuba mencari salah dan silap diri..cuba mebandingkan diri saya yang lalu dengan saya yang hari ini..terasa jauh bezanya..banyak amalan yang saya pernah amalkan dah semakin jarang saya buat sekarang ni..entah di mana silapnya..mungkin semakin banyak dosa saya hingga titik hitam di hati ini sudah terlau banyak dan menghalang kebaikan untuk menumpang..nak kata sibuk dengan assignment, saya rasa dulu lagi sibuk.. tapi ruang dan waktu untuk beribadah tetap ada..

Bila saya duduk dan berfikir soal ini, saya rasa saya lebih suka kehidupan saya diatur seperti semasa di Kisas dulu..saya suka begitu..sebab kalau nak harapkan inisiatif diri sendiri untuk memperbanyakkan ibadah kepada Allah,memang susah la..tunggu bila iman dah bertambah, baru la nak lipatgandakan amalan..

~to be updated

Saturday, March 21, 2009

:: Ni yang tak suka ni ::


Salam..

Pelik kan tajuk di atas?
Ada dua perkataan 'ni' kat tajuk tersebut..
Tapi ayat itulah yang selalu saya sebut..huhu..
nama je dah ambil subjek Bahasa Melayu kat UIA ni(walaupun dapat A- je..huhu..), tapi ayat bahasa melayu, entah apa-apa je..
ok, dah mengarut..

ok, kenapa tajuk entry ni begitu?
apa yang saya tak suka?
jawapannya, saya tak suka dengan apa yang berlaku kat diri saya sekarang..
sangat-sangat tak suka..
alkisahnya, lepas je tengok performance masa Scientist Appreciation Night hari khamis lepas, terus saya suka lagu Sheila On 7 ni..tajuknya Buat Aku Tersenyum..sebabnya, lagu tu saya rasakan sedap didengar..huhu..tambah2, bila dengar, terus teringatkan mak n abah..huhu..waa..nak balik rumah..T_T
ntah pape je..
Lepas je balik bilik n solat, terus buka laptop..nak download lagu tu..walaupun agak penat, tapi sanggup korbankan masa tidur sebab nak download..haih..(teruknya budak ni..)
tapi dengan kehendak Allah, tak boleh connect internet..time tu rasa berdosa sangat..rasa berdosa sebab bukannya bersengkang mata untuk solat hajat or taubat, tapi nak download lagu..dalam pada tu, rasa bersyukur pun ada..sekurang-kurangnya, Allah bagi saya peluang untuk berehat..sebab kalau dah boleh online, tak tau la nak tido pukul berapa..sangat2 bersyukur..alhamdulillah..(^_^)

tapi, kejap je saya insaf..(-_-) esoknya, da boleh online..so saya mendownload jugak lagu tu..bila dah download, memang dengar sepanjang hari la..asyik repeat je lagu tu..pape pun, teringat kata2 seorang kawan ni.."apa-apa pun yang kita buat, jangan sampai benda tu melalaikan kita daripada melaksanakan tanggungjawab kita kepada Allah..bila benda tu melalaikan, itu dikira lagha.." thanx kawanku..akan kuingat kata2mu..inshaAllah..
dan..saya akan pastikan lagu ni tidak akan melalaikan saya..(^_^)
moga2, sebelum kahwin ni, lagu Buat Aku tersenyum ni ditujukan hanya untuk mak abah sahaja.(^_^)

Ya Allah..
ingatkanlah hambaMu jika hamba terlalai dari mengingati dan melaksanakan peintahMu..
amin..

ps: moral of d story, jgn jadi macam saya ye..saya ni cepat jatuh hati kat lagu yang baru dengar..
pastu bila dah suka, lagu tu dok terngiang2 kat telinga..hmm..apa nak jadi ni?=(

Thursday, March 19, 2009

:: HaPpY BirThDaY.. ::




A special birthday dedication to my beloved sister, KAK MIN...

waa..kak min udah tua..udah 23 tahun..

cepat2 kawin ye..(^_~)

nanti kita sambut sama2 birthday ye..(macam selalu la..combination of our birthdays..)

semoga Allah memeberkati kehidupan kak Min di dunia dan akhirat..
semoga tercapai segala apa yang dihajati dan diingini..
May Allah always bless u, dear..(^_^)

ps: tetiba rasa nak g Melaka je weekend ni..T_T
tp.........lotta works+da nak final..huhu..

Monday, March 16, 2009

:: A.D.I.K ::


Salam..

Lepas solat Isya' tadi, saya termenung seketika..menginsafi diri..cuba menghitung nikmat dan anugerah Allah yang sebetulnya tidak mungkin terhitung dek akal dan kudrat saya sebagai hambaNya yang hina dina.. saat itu, saya menyedari betapa bertuahnya diri ini..betapa beruntungnya saya ditempatkan saya dalam sebuah keluarga yang sangat-sangat bahagia pada fikiran saya..kasih sayang yang melimpah ruah daripada mak, abah, kakak, adik, tok dan kucing2..(^_^)

Seketika, saya berfikir...bertuahnya saya..sebagai anak kedua dalam keluarga, saya ada seorang kakak dan seorang adik.. adik saya hanya ada dua orang kakak yang baik hati(^_^)..kalau kakak saya pulak, dia hanya ada dua orang adik yang nakal dan selalu bergaduh dalam kereta..huhu.. saat itu, air mata saya mengalir..bersyukur sangat-sangat..dalam tangisan tu, saya tersenyum bila mengingatkan kerenah adik semasa cuti Maulidur rasul baru-baru ni..

Hari Jumaat pagi(06/03/09), saya selamat sampai ke rumah..bahagia sangat-sangat..senyuman memang tak lekang dari bibir saya..huhu..sampai hilang seketika penat bermusafir bila tengok wajah mereka yang tersayang dan rumah yang dah siap dikemas walaupun jam baru menunjukkan pukul 8..(mak saya sangat10x rajin dan memang pantang melihat rumah bersepah..)

Oleh sebab mak dah habis mengemas rumah dan abah dah beli nasi bungkus untuk sarapan, saya merehatkan diri dalam bilik adik..baru je nak melelapkan mata, adik masuk ke bilik dengan membawa beberapa buah buku..dia tersenyum sambil letakkan buku2 tu sebelah saya..
"haa..apa senyum2 ni?nak something la ni." saya mengusik walaupun saya dah dapat agak dia nak minta tolong saya ajarkan dia add math, biology dan physic..
"hehe..kak t, ajaq la adik..adik nak periksa hari ahad ni.."
Dengan mata yang sengaja saya pejamkan, saya berkata.."kak penat la..mlm ni naa kak ajaq shah.."
"mlm lambat sgt..apa kata kak t tidoq dulu..pukul 10 nti ajaq adik..boleh?" sayu je suara adikku sayang ni..
"mai la kak ajaq..buat suara sedih pulak.." saya membetulkan duduk.
dia tersenyum lebar.."ok, kak t ajaq adik add math dulu la.."
Demi melihatkan kesungguhan adik(sebab dia memang malas nak belajar sebelum ni ok..), saya pun ajar sekadar yang saya ingat dan paham..tapi ada ka patut, bila da abis ajar, saya tanya, "paham dak?"
"dak.."dia menjawab dengan selambanya..
"nisah, sabar ye..tak leh marah2..nak gaduh, esok2 eh.." saya memujuk hati..
so saya pun explain sekali lagi..rupanya cikgu dia ajar cara lain dan bila saya ajar cara saya, memang la dia tak paham..biasa la..math memang la boleh guna banyak cara kan..
last2, ada yang dia paham, ada yang still tak paham..hehe..
lepas je ajar add math, kepala saya yang sedikit pening menjadi bertambah pening..maklum saja la,dah agak lama tak deal dengan nombor..asyik tengok tikus je..huhu..

Petang Sabtu pulak, adik saya mengajak kawan-kawan dia datang rumah..dan dia memujuk saya untuk ajar add math kat kawan2 dia..saya ingin menolak pada mulanya memandangkan saya dah hampir tak ingat cara pengiraan dan anything berkaitan add math ni..huhu..tapi, bila memikirkan, bila lagi saya nak membantu kan..bukannya sapa2 pun, kawan2 adik sendiri..
so saya pun bersetuju dan saya gitau adik.."tapi kak t dah tak ingat sangat add math ni.."
dia menjawab sambil tersenyum sinis.."dont worry,adik dah habaq kat depa yang kak t xterror add math pun.."

lagi sekali, kata2 adik membuatkan saya macam nak cubit2 tangan dia..tapi mood saya betul2 baik time tu,,so tangan dia terselamat la..huhu..

~updated story:
laa..terlupa nak citer satu peristiwa penting..ish..macam mana bole lupa ni..huhu..
hmm..hari jumaat malam, berlaku salah faham antara saya dan adik..malam tu,lepas Maghrib, saya sambung ajar adik biology..oleh sebab adik salah menjawab satu soalan Biology(yang saya rasakan tak de la susah sebab kena cari dalam buku je..), saya TERkeraskan suara sikit..dan bila ada perkataan 'ter' tu, itu bermakna saya xbermaksud nak marah dia..cuma meninggikan suara sedikit..huhu..terus adik cakap,"tak payah ajaq la macam ni!" sambil tarik buku dia dan masuk bilik dan menghempas pintu dengan kuat..
saya terkesima time tu..terkejut..(o_o) firstly,sebab dia tarik buku dengan kasarnya dari pegangan saya..(macam impolite je..) secondly, dia tutup pintu bilik dengan kuat..(ini menunjukkan dia sudah memiliki sifat saya-suatu-ketika-dulu..and now i dont like it..sangat2 xsuka..(-_-)

masa tu, saya ingin menangis..baru je tak nak wujudkan apa-apa keadaan yang boleh cetuskan kesalahfahaman or pertengkaran..lepas solat isya', saya ke ruang tamu..sebab memang sangat2 malas untuk buat keje sekolah ditambah dengan sakit kepala yang tidak hilang2..adik tengan study kat bilik..around pukul 11, saya masuk bilik mak untuk tido..(malam tu tido kat bilik mak sebab abah keje..)..cuba untuk pejamkan mata, tapi xberjaya sebab dok memikirkan masalah tu..nak minta maaf pun, macam xsesuai je lagi..lagipun, tengok muka dia yang masam tu pun dah membantutkan hasrat untuk minta maaf..huhu..so saya ambil keputusan nak temankan dia belajar, tapi konon2nya saya nak tengok tv..so saya pun g ke runag tamu, ambil tempat duduk jauh sikit dari adik dan on tv..
terus adik bangun and cakap"ish, kacau je orang nak study.."..dia berjalan sambil hentak kaki ke bilik dia..
waa..nak nangis je time tu..dalam hati, dok beristighfar..sebab rasa marah dah mula menguasai diri..syaitan pun time tu lagi seronok la nak menghasut...tapi akhirnya, berjaya membuang perasaan marah tu..saya pujuk diri.."xpe, orang nak exam memang la stress kan..bila stress, cepat nak marah..so bila satu pihak tengah marah, satu pihak lagi kena paham..kena cool..sabar nisah..esok,mesti dia dah ok.."
so saya pun tutup tv dan terus memaksa diri untuk tido..T_T

keesokan harinya, mood dia dah ok sikit..(^_^)
so masa tengah sarapan, dia dok sebelah saya...
melihat muka dia yang dah comel, saya memberanikan diri untuk menegur,"hmm..dah habis dah merajuk?"
dia senyum..
saya menambah, "sori la..sat lagi, kak ajaq shah lagi naa.."
dia mengangguk..
saya tersenyum bahagia..dan hati berkata.."adik...adik..kenapa perangaimu sebijik perangai kak dulu? membuatkan kak t malu bila mengenangkan perangai dulu2..huhu.."

Sunday, March 15, 2009

:: Tagged by Fira ::


Instruction:

Go to photos folder.
Go to 6th folder and go to 6th picture in the folder.
Then, put the picture on your blog and make a description of it.

ok, here is d pic..0_0

tara!!!



hehe..
gambar kucing nampaknya..
hmm..nak describe apa ye pasal gambar ni?

ok..
gambar ni adalah hasil carian di Google..huhu..
itu sahaja..

sekian..(^_^)

ps: fira, thanx..

~ok, kena menyegarkan mata untuk membuat kerja sekolah EAP(walaupun tengah malas dan mengantuk..(-_-)

Friday, March 13, 2009

: Di taman teman-Siti Nurhaliza ::


Tulus berkembang suci bunga
Harum cinta kuntum syurga
Burung berbisik tanpa dusta
Mersik manja asyik fana

Di kala malam tidurkan senja
Bintang menjahit baju lena
Sehingga fajar hindar purnama
Kau masih setia

Danau terbentang sejujurnya
Tenang jiwa hilang lara
Saat kujejaki tamanmu
Benar indah
Amat indah

Di kala luka terlalu dalam
Sembuhpun masih tak terpadam
Hingga terkadang aku berdendam
Kau tetap setia

Walau jauhku berlari
Walau jenuhku mencari
Tetap sungguh kau temani
Tanpa jemu dan benci

Biarku telan tangismu
Biarku simpan resahmu
Meski kau bukan milikku
Teguh kau di hatiku

Percayalah
Kau inderaloka
Kan kususuri
Bahagiamu teman di taman ini..

~lagu ni saya sangat2 suka..
walaupun saya tak faham apa maksud di sebalik lirik lagu ni, but saya suka juga..
suara Siti macam lebih matang dan lebih merdu..(^_^)

ps: dalam mood untuk meng'update' blog..huhu..

:: Hari termenung.. ::


Salamun 'alayk..

Hari ni saya sengaja menamakan 'hari termenung'..
sebab memang keje saya dari pagi sampai ke petang tadi asyik termenung je..
huhu..
rasanya sebab terlebih makan ikan termenung(ikan kembung) kot time balik rumah hari tu.(waa..nak balik rumah lagi...T_T)

Ok, berbalik kepada hari termenung ni, atau mungkin boleh dikatakan hari mengelamun, atau boleh jugak disebut hari merenung masa silam dan masa depan(istilah ni lebih best kot..), hari ni otak dan fikiran saya seolah-olah berada di alam lain.huhu..
contohnya, time lab toxicology petang tadi, sambil melihat tikus yang sedang berusaha melepaskan diri dari kurungan, fikiran saya terbang entah ke mana..macam-macam persoalan bermain dalam kepala ni..persoalan yang tak ada kaitan langsung dengan lab..

Antara benda yang saya asyik fikir, macam mana la rasanya bila nak melahirkan anak nanti? seriously, itu yang saya dok fikir..mungkin effect daripada tajuk EAP yang saya tengah usahakan..pasal waterbirth(melahirkan anak di dalam air suam..)..
persoalan tu timbul mungkin jugak disebabkan kesihatan saya yang tak berapa baik sejak kebelakangan ni(sakit kepala, batuk dan selsema)..
Allah hanya uji dengan sedikit rasa sakit, tapi sebagai seorang yang tak tahan sakit, saya rasakan sakit yang sikit tu amat menguji ketahanan mental dan fizikal..
dan sakit bila nak melahirkan baby nanti berlipat kali ganda sakitnya..
saya pernah dengar mak bererita pasal sakit time nak bersalin, tak terbayang rasanya sakit yang bagaimana seorang ibu tempuhi..
itu belum sakit bila malaikat nak cabut nyawa.
ya Allah, mampukah hambaMu ini menanggung segala kesakitan itu?

dan disebabkan saya geram dan tak puas hati dengan daya ketahanan sakit yang saya ada, saya ambil keputusan minimumkan makan ubat..
bukan nak menyusahkan diri sendiri atau tak nak sembuhkan penyakit, tapi nak biasakan diri dengan rasa sakit..hmm..betul tak tindakan saya?
dan bila sakit ni, saya rasa makin dekat dengan Allah..mungkin ini hikmah paling besar kenapa batuk dan selsema saya tak hilang2 sejak seminggu yang lepas..dan sejak batuk jugak la, air masak(air putih) menjadi teman karib saya..huhu..
Apapun, semuanya ada hikmah..dan yang pastinya, setiap kali kita ditimpa musibah dan dugaan, itu tandanya Alah sayang kat kita kan? mungkin banyaknya dosa saya yang tak terampun, dan Allah mahu kurangkan beban dosa yang saya mengunung tinggi ni..
Syukur atas peringatan dan kasih sayang Allah..alhamdulillah..

Benda lain yang asyik bermain batu seremban dalam kepala ni, berkaitan ,masa depan..huhu..macam-macam la persoalan.."betul ke nak amik CPR untuk concentration?", "bole ke aku nak jadi lecturer?", "nanti bila da abis degree, nak keje dulu or terus sambung master?"..persoalan demi persoalan menerjah otak yang sememangnya dah sarat dengan banyak soalan..huhu..last2, bila dah banyak fikir, situasi yang dinamakan termenung pun terjadi.huhu..

ps: buat kawan2, sori coz time lab tadi, kite hanya menjadi pemerhati yang setia..xmenolong apa pun..
tapi kite tolong basuh bekas tikus before abis lab..hehe..so dikira buat keje jugak kan..hehe..(busuk tau bekas tu..huhu..)
kira bagus jugak satu group, 10 orang..at least, saya yang tak membantu ni xnampak sangat xmembantu..=p(sori..ayat putar belit lagi..)

Sunday, March 1, 2009

:: Konon2 nya lah kan.. ::


Salam..

konon2nya lah kan.
beberapa hari lepas, saya buat keputusan untuk bersara dari aktiviti berblog ni since macam dah ketandusan idea nak tulis apa..
atau mungkin lebih tepat untuk saya katakan saya merasakan blog saya nih dah macam xserupa blog..(er..paham tak? kalo tak paham xpe je sbb penulis sendiri pun xpaham..huhu..)

idea asal nak delete je blog ni, tapi since kesian kat kucing2 kat atas ni, rasa xsampai hati pulak nak delete..
lagipun, nanti saya nak tunjukkan kat anak-anak blog ibu diorang..=p
ok, dah terkeluar dari tajuk asal..

tapi bila dah lama(seminggu je pun..) xmenulis, rasa rindu nak menulis..=p
ditambah pulak dengan kenaikan tekanan mental dan perasaan yang agak dahsyat(ni sebab nak siapkan draft EAP.huhu..)
so I need to write something di kala tgh tak ada idea untuk buat draft EAP..

so dengan lafaz Bismilahirrahamnirrahim, saya dengan ini mengisytiharkan penarikan balik hasrat untuk bersara dari berblog..huhu..

hmm..actually, banyak perkara berlaku dalam masa seminggu ni..
antaranya, I've made 2 important decisions in my life...

firstly, inshaAllah,saya akan amik Clinical Pharmaceutical Research for my concentration..
dan semalam, dengan hati yang agak tenang, saya membuat keputusan tersebut..(tu pun sebab kena pre reg..kalo tak, memang xdecide apa2 lagi..)
hope this is the best decision for me..
tapi, bak kata seorang kawan, ada 3bulan lagi untuk wat solat istikharah and fikir betul2..
seorang lagi kawan plak cakap concentration ni xpenting sangat pun.. n still bole amik tajuk yang tak berkaitan dengan concentration yang saya amik untuk final year project nanti.
thanx friends for all d support..
thanx sbb bertahan dgn perangai kite yang mudah gelabah ni..huhu..
sedih la plak bila membayangkan yang the fab ten akan berpisah next sem..(T_T)
kalo ikutkan core course yang kitorang add untuk next sem, kitorang hanya akan jumpa time kelas Human Genetics and Research Methodology je..
yang lain, suma concentration courses..
tp takpe, kat mahallah bole jumpa lagi..

2nd decision..(dia is not the important decision actually..)
inshaAllah, sy akan balik kedah next thursday..huhu..
akhirnya..setelah berhari-hari memikirkan, akhirnya saya buat keputusan untuk balik.
and abah macam suka je bila anak kedua dia nak balik..hehe..
hari tu pun abah macam tak de halangan bila saya cakap nak balik walupun selalunya abah xgalakkan balik kalau cuti kejap..
whatever it is, alhamdulilah sebab still ada tiket time g beli petang semalam..
alhamdulillah sebab dipermudahkan segalanya walaupun pada mulanya rasa nak batalkan niat untuk balik bila tengok ramai giler orang beratur untuk kat atm terminal..
nak tak nak kena jugak beratur coz xcukup duit utk beli tiket..
thnax nani n ilham coz bersabar menunggu kite..=)

ok, cukuplah setakat ini..
sekian..(^_^)

wassalam..